Saturday, 30 December 2017

PEARL 07

BATUK. Batuk. Dan dia batuk lagi. Kenapa dengan dia ni? Banyak sangat ketawa waktu berbual dengan Rayn tadi agaknya? Atau, kerana perubahan cuaca? Daripada panas terik di Malaysia kepada sejuk berangin di sini. Atau kerana musim bunga?
Pearl, I think you should take your meds. Teruk sangat batuk awak tu. Tak boleh nak tunggu sampai kita dekat rumah kalau macam ni.” Semenjak mereka tinggalkan pesawat tadi Rayn sudah dengar Pearl Ratna batuk tanpa henti.
Saat mereka menunggu di ruang mengambil bagasi ini, bertambah kerap batuk itu kedengaran. Sehingga merah-merah muka wanita itu. Mahu tunggu apa lagi?
Hanani pula lekap tapak tangan di belakang tubuh Pearl. “And, you are wheezing, dear. I can hear it very clearly.” Tapak tangan Hanani mula menggosok belakang tubuh Pearl Ratna.
Pearl sekadar membisu. Dia pandang wajah Rayn, dan pandang pula wajah Hanani.
Bingung. Sebenarnya, dia sudah mula rasa rimas. Bukan rimas dengan dua beradik Reynolds ini, tapi pada dirinya sendiri.
Dada dia terasa sesak. Ditambah dengan rasa gatal tekak. Hidung dia pun sudah mula mengada-ngada. Merenyam sana sini. Mata dia, tak perlu dia cakap. Terasa kering, gatal, dan minta digaru-garu.
Wahai alergi dan asthma, waktu beginilah kamu nak datang. Nanti-nanti tak boleh ke, getus hati Pearl.
“Beg awak yang mana satu, Pearl?” Mata Rayn mengekori deretan bagasi pelbagai jenis yang lalu di hadapan mereka. “Beg warna apa?”
“Beg?” Pearl gagau kiri kanan. Dia mencari warna yang ingin dipadan dengan ayat di minda. “Hmm.”  Jari telunjuk di tala ke satu logo. Tepat pada logo beg messenger Manhattan Portage yang terselempang di tubuh Rayn.
“Okay.” Sekarang Rayn faham kenapa aksesori wanita ini hampir semua dalam tona warna yang sama. Miss Little Red Riding Hood, rupa-rupanya.
Kemudian Rayn tatap kembali wajah yang kelihatan tidak selesa itu. Dan dia toleh ke arah Kak Ann.
“Kak Ann, go on. You duduk dulu dengan Pearl. I’ll grab our bags.”
You mean ‘allll’ bags?” Hanani senyum menyindir. Mana pernah Rayn mahu ambilkan bagasi dia.
Yes, all bags. Mine, yours and hers.” Rayn geleng tak percaya dalam tersenyum sendiri. Apa yang dia buat ini? Dia biarkan sahaja kedua-dua wanita itu akur, melangkah ke deretan kerusi berhampiran.
Sepuluh minit kemudian Rayn kembali, bersama troli sarat dengan tiga buah beg besar. Salah satu daripadanya, beg Pearl Ratna.
“Pearl, kenapa beg awak ringan sangat?” Rayn angkat sebuah bagasi petak. “Tak bawa apa-apa balik ke sini ke?” Hairan sungguh. Beza berat beg dia dan beg Pearl ibarat antara batu-bata dan kapas.
Pearl geleng sambil menatap wajah Rayn yang penuh dengan riak tanda tanya.
Rayn garu tengkuk. “Emm, okay. Come on, girls. Let’s head to the lobby.
Rasa pelik dalam fikiran Rayn masih belum surut. Banyak sungguh persoalan yang dia mahukan jawapan, tetapi dia sengaja hentikan suasana bisu janggal apabila Pearl kekal tak menjawab. Salahkah dia tanya soalan macam tu?
“Jay dah mesej. Dia sampai lambat sikit. Dia terlambat bangun. Dia kata, dia terus tunggu kita kat arrival bay.” Terang Rayn laju sambil menolak troli. Selepas beberapa langkah, Rayn berhenti dan kembali menoleh ke belakang. Pearl Ratna tak berganjak. “Balik dengan kita orang?”
Pearl pandang Rayn. Balik dengan awak? Dia belum beri kata putus sama ada mahu pulang bersama dua beradik ini, atau menggunakan khidmat Skybus bukan?
“Ada tempat duduk kosong, jomlah! Duduk belakang dengan Kak Ann ya?”
Kemudian, Pearl pandang Hanani. Duduk belakang ya, Kak Ann? Aduhai, bingungnya dia.
We will send you right at your doorstep.” Jelas Rayn lagi.
Pearl Ratna serba salah. Kenapa dia tak tahu nak jawab apa? Keadaan dia memang sudah cukup syarat untuk menurut sahaja. Mengantuk? Yes. Sejuk? Sudah terasa di tulang-temulang, walau cuaca sejuk tidaklah senegatif mana. Tapi, tak bermakna dia perlu balik bersama mereka ini bukan?
“Awak dah penat, Pearl. You couldn’t even think on your own.
Gesaan Rayn itu menamatkan soalan monolog Pearl. Rayn turut berikan satu anggukan kepadanya. Langsung Pearl tak mahu membantah. Sudah terlalu tepu akal dia untuk berfikir panjang.
Di lobi balai ketibaan, Pearl terus duduk di salah sebuah kerusi. Beg galas dibuka. Dia cari satu lagi set beg ziplog. Sebotol Avian yang baharu dibeli sebentar tadi turut dikeluarkan.
Powder inhaler dalam bekas bulat diputar, dirapat ke bibir dan nafas disedut sedalam mungkin. Air mineral langsung diteguk perlahan-lahan, melarut sisa serbuk di dalam mulut. Pil-pil ubat menghalau alergi, ditelan juga.
Ubat-ubat ini semua bakal membuatkan dia ingin mencari bantal. Itu sebab utama dia sengaja buat keputusan untuk makan ubat setelah tiba di apartmen nanti, bukan sekarang. Tapi nampak gayanya dia dah tak boleh tanggung semua ini lagi.
You asthmatic?” Tanya Hanani.
Pearl angguk, bibir dia turut tersenyum kelat. “Penyakit warisan.” Bisik Pearl perlahan. Mama ada asthma. Dia ada juga.
Oh my, my… and it’s spring.” Terdengar keluhan di bibir Hanani.
Hanani faham nasib seorang pesakit lelah apabila tiba musim bunga. Musim ini musim yang merengsakan buat mereka yang alah kepada debunga. “Pollen and allergies just don’t mix.”
Pearl angguk setuju dan terus menunduk. Lengannya bertongkat di lutut. Tapak tangan dijadikan penahan kepala. Tanpa dapat ditahan, batukan kecil mula berangkai keluar daripada kerongkong. Pearl tertoleh ke kiri saat terasa satu tangan lembut menepuk-nepuk belakang badan.
Bibirnya hanya mampu mengungkap senyap, thanks, sis.
Hanani angguk. Tepukan kosong chest percussion di belakang badan begini boleh bantu longgarkan rasa sempit di dalam dada Pearl. Dia belajar melalui pengalaman bersama rakan sebilik zaman universiti dahulu, si asthmatic juga.
Batuk yang kedengaran di bibir Pearl ibarat seruan untuk Rayn datang merapat. Melihat Pearl menunduk, Rayn turun melutut di lantai. Sebelah tangan direhatkan di sisi peha Kak Ann. Rayn jengah sedikit menatap wajah Pearl Ratna.
Are you okay?” Si mutiara yang ditanya senyap sahaja.
She’s asthmatic. I think she’s pollen sensitive. Kita duduk dekat open bay ni, Rayn.”
Rayn mendongak menatap kakaknya. “Nak duduk dekat dalam semula?”
Pearl geleng laju. Tak perlulah, Rayn.
“Nak pergi hospital ke, Pearl? You nak proper nebuliser?” Rayn kekal menantikan jawapan Pearl.
Pearl geleng lagi. Buat masa ini cukup dengan inhaler yang dia ada dan ubat-ubat ini sahaja. Sikap prihatin memang sebati dalam keturunan Reynolds ini agaknya, fikir Pearl. Baik yang lelaki, mahupun yang wanita, terserlah sikap empati walaupun mereka baharu berkenalan. 
Jay will be here soon.” Kata Rayn sambil menatap telefon. “Kalau kita perlu singgah mana-mana klinik atau E.R., do inform us, okay Pearl?”
Wanita itu mengangguk perlahan. Rayn toleh pula ke arah kakaknya. “Macam mana, Kak Ann? Do you remember, Angie?” 
Hanani angguk, tapi dia letak jari telunjuk di bibir. Bisinglah Rayn ni.
Rayn ketap bibir. Dia masih ingat. Dahulu, Kak Ann pernah cerita teman sebilik kakaknya di universiti itu pernah masuk wad hanya kerana semput. Spasm, katanya. Dia tak boleh nak bayangkan spasm itu bagaimana. Tapi dia tak mahu Pearl Ratna jadi macam kawan Kak Ann.
We’ll see how it goes, ya?” Sahut Hanani. Berbalas dengan anggukan Pearl Ratna.


PEMANDU HONDA-CRV menjengah di cermin pandang belakang. “How is she?” Jordan Ghazi sudah berkenalan dengan wanita di tempat duduk di belakangnya.
Rayn turut sama menoleh. “She’s asleep. She took her medicine right after we landed.” Faham-fahamlah Jay, kesan makan ubat batuk itu macam mana.
But she’s wheezing, Rayn.” Bisik Hanani. “That’s not a good sign, right?” Hanani lekap tapak tangan perlahan-lahan di dahi Pearl. Beralih sedikit kedudukan Pearl. “Tak panas. Thank God!
We can bring her to my family’s clinic.” Cadang Jordan Ghazi.
Rayn toleh ke kanan. Jejaka arab berasal daripada Dubai ini memang mewah. Tak hairan kalau Jay ada khidmat klinik keluarga sendiri di bandaraya Melbourne ini. Dia dan Kak Ann sekadar dapatkan khidmat di farmasi sahaja kalau mereka jatuh sakit. Tapi semewah-mewah Jay, sahabat dia ini tetap dengan kereta lama yang mereka naiki ini juga.
Rayn jengah semula ke arah belakang “Boleh ke Kak Ann?”
Hanani angguk, tapi laju jari telunjuk diletak rapat di bibir. “Guys, sshhh!” Di sisi Hanani, Pearl mula bergerak. Mungkin terganggu dengan perbualan mereka.
Let’s head straight to my doctor.
Jawapan muktamad Jay melegakan hati Rayn. “Thanks, mate.” Rayn tepuk bahu kiri Jay.
No worries.” Stereng berputar, berlawanan arah. Kereta Honda itu membelok ke arah lain, bertentangan dengan laluan ke Swanston Street. Kini menghala ke High Street.
     
     
PEARL RATNA buntang mata.
Why?” Suara parau dia yang keluar. Ya Allah, ketiga-tiga insan ini dengar suara orang dikejut daripada tidur. Pearl berdehem sedikit.
Tapi kenapa mereka di sini? Di depan klinik ini? Pearl mula laras fokus mata. Dia cuba membaca papan tanda di hadapan bangunan itu.
McFarlane Clinic! Dan tulisan yang lebih kecil pula dibaca. Alamat tertulis menyatakan lokasi mereka kini di High Street. Bukan di La Trobe Street mahupun Swanston Street.
Why are we here?” Bisikan sudah bertukar parau, kini tidak dihiraukan, sambil dia pandang sekeliling. Rumah Jordan Ghazi di sekitar kawasan inikah? Tapi yang ada di sini cuma deretan kedai? Di mana rumahnya?
“Bunyi wheezing Pearl makin teruk. Ngeri Kak Ann dengar. Kita orang takut melarat. Jay cadang kita check Pearl kat sini.”
Hanani tiba-tiba tepuk dahi. “Gosh! Sorry Jay.” Dia sentuh bahu kanan Jordan melalui ruang antara celah kusyen. Terlupa sesaat ada bangsa lain yang tak mengerti sepatah pun bahasa ibunda mereka. Dia sebut nama Jay pula tu! Lelaki ini boleh salah anggap. “I was telling her why we are here.” 
It’s okay, mate.” Kata Jordan. “I can sense if it’s something bad that you said, which I  assumed not, right?
Hanani dan Jordan ketawa pendek.
Pearl, let’s meet the doctor.” Rayn selesaikan kebingungan yang mereka cetuskan. Dia nampak Pearl semakin resah. Cepatlah Kak Ann! Bawa Pearl masuk ke klinik itu dahulu.
Pearl renung sisi belakang tubuh Jay yang masih memegang stereng. Lelaki itu sedang sibuk menoleh ke kiri dan kanan jalan. Masih mencari parkir agaknya. Pandangannya beralih pula ke cermin pandang belakang. Dia berharap Jay turut melihat ke arah yang sama.
Saat pandangan mereka bertaut…“It’s ok, Pearl. Don’t feel guilty. We’ll get you your nebulisor, and then we’ll send you home. Any extra charges, it will be on my family account. No worries.” Pujuk Jordan Ghazi lagi.
Pearl berdecit. Bukannya dia risaukan caj bayaran rawatan. Dia ada kad insurans. Semua caj rawatan boleh dituntut ke situ.
Belakang Reynolds Hanafi pula dipandang. Seperti dipanggil-panggil, lelaki itu turut menoleh. Hanya satu pandangan redup beserta senyuman yang dia terima. Mata yang berkedip, memberi satu persetujuan bisu antara mereka. Ibarat lelaki itu sedang berkata, semuanya akan baik-baik sahaja.
Baik apanya! Dia sudah susahkan tiga orang sahabat ini!
Rayn pusingkan tubuh, menghadap penuh kepada kakaknya.
Kak Ann, could you help her register? Jay and I, we’ll go around the block to park. Nanti kita jumpa dekat klinik ya? Tak ada parking ni.”
Hanani angguk. Nama pun High Street Armadale. Ini jalan lubuk membeli dan blah. Kereta parkir berderet di sepanjang jalan. Daripada butik fesyen, kafe dan restoran, sehingga ke galeri seni, semua ada sepanjang jalan ini. Betul juga cadangan adik dia. Nak tunggu lot parkir kosong di tepi jalan High Street, pasti memakan masa. Jangan haraplah boleh dapat sekali petik jari.
“Jom, Pearl.” Kemudian Hanani menggeleng melihatkan tindak tanduk Pearl. “No, dear. You bawa kad pelajar dengan kad insurans saja. Beg tu tak payah bawa. Kalau perlu, nanti awak bawakan, ok Rayn?”
Reynolds Hanafi angguk. “Pergilah dulu, Pearl.” Sempat dia berlaga mata dengan Kak Ann. Kak Ann mungkin mengerti apa yang dia cuba sampaikan. Lihat saja betapa bingungnya Pearl saat ini. Nasib baik mereka ada bersama-sama Pearl hari ini. Kalau tidak?
“Nanti saya bawa bag pack awak tu, Pearl.”
Pearl masih geledah beg galas untuk dapatkan si kecil Cath Kidston. Dan dia terus menurut langkah Hanani yang setia berdiri, sedang nantikan dia di sisi luar kereta.
Ann, don’t forget to mention my name. Tell them we are related.” Pesan Jordan sebelum memandu CR-V pergi.  


__________________________


Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 


https://www.facebook.com/shirod.shukri

PEARL 06

“LA TROBE Street... Swanston Street. Hisssh Pearl! Dekatnya kita.”
Pearl toleh ke kanan. Ya Allah! Lelaki ini, tak sudah-sudah lagi ke? Pearl buka helaian baru pada buku nota dan mula conteng sesuatu.

Kenal Khadeja? Myb junior u?

“Kha... de... ja?” Balas Rayn sepatah-sepatah.
Pearl angguk. Khadeja yang mana lagi? Khadeja pelajar jurusan seni juga. Cumanya, Khadeja berbeza pengkhususan dengan Rayn.
Deja budak senireka industri. Pelajar design pasti kenal dengan clique design. Pearl teleng sedikit. Rayn kelihatan berkerumut dahi, dan sekadar membisu. Gayanya seperti orang yang sedang berfikir.
“Deja. Khadeja Khalid? The forever happy-go-lucky girl tu, kan?”
Pearl angguk lagi. Iya, Rayn. Iya.
But how do you know her?
Dan Pearl tulis lagi…

My housemate.

Pearl toleh ke kanan. Lelaki itu sudah jegil mata sambil tergeleng-geleng pula. Apahal lagi, Rayn?
“Biar betul, Pearl. Ya Allah...” Rayn raup wajah sekali lagi. “Awak tahu tak, Kak Ann selalu lepak dengan Deja.” Rayn toleh laju ke arah kanan. Bahu kakaknya dicuit.
Hanani menoleh, dengan mulut yang masih mengunyah. Dengan kening yang terangkat, Hanani jawab ringkas... “Hurmm?”
“Deja?”
Hanani angguk. “Uhuh. Why?
Wajah Rayn masih kekal menghadap ke kanan, jari telunjuk sahaja menghala ke arah kiri. “Deja housemate dia.”
Seriously?!” Hanani dah tayang wajah tercengang juga. “Kecilnya dunia!” 
Pearl Ratna senyum berisi. Inilah rupa-rupanya crime partner Deja. Patutlah Deja selalu tak melekat dekat rumah. Mentor Deja, gaya serupa saja macam Deja. Full of rocket spirit.
“Jadi, Pearl...” Celah Rayn sambil tatap kembali ke arah Pearl Ratna. “Awak tak jawab satu soalan saya lagi. Macam mana awak nak balik ke CBD? Deja will fetch you?
Pearl geleng. Deja ada ke dekat rumah? Budak itu suka merayap 24 jam. Apatahlagi waktu cuti musim bunga macam ni. Cuti beginilah musim paling seronok untuk berjalan-jalan. Cuaca sedang elok, tak terlalu sejuk, belum terlalu panas. Sememangnya dia tak harap kepulangan dia kali ini akan bersambut. Silap-silap haribulan, Deja sudah pusing separuh bumi kanggaru. Tanpa fikirkan dia langsung.
Pearl catat ringkas di buku nota, masih beralaskan pembahagi ruang duduk antara mereka.

Skybus

Nope.” Reynolds Hanafi geleng laju. “No way. Balik dengan kitorang. We have a friend waiting at the airport. Tak payah naik bas transit tu.”
Pearl tayang senyum tawar. Oh my, lelaki ini bossy-nya! Dia baharu sahaja kenal dengan pasangan Reynolds ini. Dia segan nak berlebih-lebih berbalas budi. Tak mahulah.  
Rayn turut balas senyuman Pearl. Tapi dia masih tak tahu apa yang difikirkan si mutiara. Mahu atau tak mahu pulang ke CBD bersama dia dan Kak Ann? Tak menjawab pun si dia ini. Tak mengapa, mereka ada masa lagi.
Selepas itu, masing-masing seakan tiada topik lagi untuk dibicarakan. Mereka diam membisu. Minuman disudahkan dalam diam. Hanya sesekali mereka mengerling kosong dan berbalas senyum.
Setelah hampir setengah jam berlalu, Pearl masih membuang pandangan ke kiri.
Subhanallah...
Di luar sana, segenap langit masih gelap. Tapi ada satu garisan nipis mula muncul. Garis horizon halus yang sangat unik. Campuran kelam langit sisa malam dan merah jingga sang matahari yang malu-malu mahu menampakkan diri, dalam kelimut yang terhampar luas.
Inilah antara sebab Pearl gemar menempah tempat duduk di sisi tingkap. Dan sebolehnya pemandangan yang tidak terhalang dek sayap kapal terbang. Saujananya... masya-Allah.
Pearl tongkat dagu. Persoalannya sekarang, sudah selesaikah urusan orang di sebelah dia? Dia mahu toleh, tapi dia segan. Senyuman spontan terlarik di bibir sendiri. Senyuman perisa malu. Rencahnya, memori mereka sebentar tadi...
“Pearl, kita ni dah masuk waktu fajar Aussie.” Mendengarkan ayat itu dari bibir Rayn, Pearl tatap jam di tangan. Jarum jam sudah dilaraskan mengikut waktu tempatan di hujung destinasi. Yup, betul kata Rayn, waktunya sudah tiba. Tapi dia tak boleh nak jawab. Pipi sudah meruap suam. Macam mana nak beritahu? Ah! Geleng sahaja.
It’s your off day?
Soalan polos beserta senyuman nipis terbentuk di bibir lelaki itu menambahkan lagi rasa berpintal di hujung hati Pearl Ratna. Malunya dia! Diam. Buat masa itu, berdiam diri lebih baik.
Lelaki itu kemudian tergelak sambil geleng kepala. “I have a sister, Pearl. Don’t you think I get the idea?
Waktu itu, Pearl Ratna hanya mampu garu pipi. Tak gatal pun sebenarnya.
“Pearl, orang lelaki perlu sentiasa ada deria ke-enam.” Sambung Rayn lagi. “Especially around the woman he wants to hang out with. And likewise, for you ladies.”
Senyum, Pearl Ratna. Senyum. Senyum itu sedekah, dan senyum itu perisai terbaik, kata hati Pearl Ratna. Hampir saja nafas dia hilang sesaat dengan kenyit mata lelaki itu, sebelum si dia bingkas dari kerusi.
‘Around the woman he wants to hang out with.’
Dan ayat itu terus hang out dalam fikiran Pearl sehingga ke saat ini. 
“Assalamu’alaikum warah matullah...”
Bisikan itu ibarat izin untuk Pearl toleh ke kanan. Pandangan mereka bertaut. Sempat dia tilik wajah yang baharu mengucapkan syukur. Masih ada kesan basah wuduk di anak-anak rambut Rayn.
Suci.
Handsomely suci?
Boleh ke dia label macam tu? Tapi yang di hadapan mata dia sekarang ini adalah satu contoh terbaik untuk istilah itu. Ada rasa berlainan yang merebak dalam dada dia.
Dan terlintas di fikiran Pearl ayat terakhir yang dibisik ayah di telinga dia, sebelum ayah dan keluarganya berlepas tinggalkan dia keseorangan bersama pembantu rumah di rumah mereka. Dia tahu itu sebenarnya bukan ayat ayah. Ayah ungkap semula ayat Sri Sathia Sai Baba.
Pesan ayah, every experience is a lesson, every loss is a gain.
Pesanan itu juga yang ayah ulang dalam SMS terakhir yang dia terima daripada ayah lewat petang semalam, sewaktu dia pinta izin ayah untuk kembali ke Melbourne. Ayah satu-satunya orang yang tahu niat dia yang sebenar. 
Apa maksud ayah? Lessons? Loss? And gain? Hidup mesti diteruskan? Dia hilang yang seorang itu, dia ditemukan dengan yang ‘ini’? Begitukah literalnya, ayah? Hidup memang boleh diteruskan, ayah. Tapi bukan lagi untuk rasa sebegini!
This is not even the right time to feel this way, duhai hati! Tak wajar seawal ini. Tak logik kalau semudah sifir satu tambah satu sekali lagi. Tapi hati kalau sudah tercuit, memang payah. Logik akal dia pun sudah tak tahu yang mana satu waras, mana satu khayalan.
Hey, look. Cantiknya!”
Bisikan Reynolds Hanafi membawa Pearl Ratna kembali ke detik sebenar. Dan, bila masa lelaki ini menyendeng ke sisi kanan dia? Reynolds Hanafi sudah senget bahu kiri, turut mahu menjengah ke arah luar jendela.
Man, I need my private bubble! Pearl mengengsot perlahan ke arah dinding pesawat. Tangan kiri kembali menongkat dagu. Pandangan dihala ke arah fokus yang sama dengan lelaki di sisinya. Dalam hati dia ikut mengulang ayat memuji Sang Pencipta. Sama seperti ayat yang terbisik rapat dari arah bahu kanan dia.
“Cuba bayangkan pemandangan cantik ni di atas kanvas.” Terbisik kasar di bibir Pearl. Sememangnya itu yang terlintas di minda dia saat ini. Dia terbatuk sedikit.
Shhh. But yes... that horizontal line. Macam mana warna hitam tu nampak mati selari macam tu?”
“Rata, kan?” Dan dia batuk lagi.
Shhh. Don’t talk.” Bisikan masih bersahut bisikan. “And it makes you wonder, betulkah bumi itu bulat?”
But it’s one uplifting scenery…” Pearl menahan diri untuk bercakap lagi. Tapi dia akui hitam kelam itu tetap ada semangatnya yang tersendiri. 
“Tanpa kelam hitam langit tu, cahaya terang yang nak timbul tu tak akan jadi istimewa macam ni.”
“Uhumm.” Pearl Ratna angguk kecil. Lelaki ini ibarat boleh baca apa yang dia fikir. Sekarang dia mahu dengarkan apa lagi ekspresi lelaki ini. Ada lagi ke?
And those blue hues, merging with those sunny tint, masya-Allah.”
Pearl senyum. Setuju. Dia sekadar angguk lagi.
“Dekat bumi, kita tak nampak ini semua. Hanya untuk yang bertuah,” sambung Rayn.
“Yang bertuah...” bisik Pearl Ratna.
“Alhamdulillah.”
Pearl teleng kepala, sambil menongkat dagu. Dia lirik sedikit ke kanan. Rayn, they say great minds think alike, though fools seldom differ. But this time I am a fool, Rayn.
Tapi sesaat kemudian, pandangan Rayn beralih, betul-betul menghadap dia. Pandangan mereka lekap.  
Suasana jadi hening.
Sunyi.
Cepat-cepat Pearl berpaling.
Dan selepas itu agak lama masing-masing diam mengamati keindahan alam di julang ketinggian luar biasa. Sehingga cahaya matahari terbit tanpa silu lagi.
Tiba-tiba…
“Pearl, awak nak ke?”
“Nak apa?” Bisik Pearl Ratna, tanpa menoleh. Kali ini tubuh dia tak sanggup nak berganjak. Tapi Rayn ini... dia masih tak faham. Mahukan apa?
I can paint one.
Pearl toleh ke kanan. “You? Painting? You want to paint this?” Bisik Pearl lagi. Dan dia terbatuk kecil.
Pearl Ratna pejam mata. Ya Allah, sudah tentulah! What were you thinking! Lelaki ini pembuat arca. Fundamentalnya, tetap seni lukis. Lukisan macam makanan ruji untuk orang-orang artistik macam si dia ini. Tak faham lagi?
Dan apabila dia buka mata dan menoleh, Rayn masih tersenyum sambil mengangguk. 
Now...” Lelaki itu hulurkan iPhone. “Tolong saya snap. Nak jadikan rujukan. Lukisan tu siap nanti, saya cari awak.”

Praktikalnya, Pearl akur. Tetapi di dalam hati, dia menolak idea itu sepenuhnya. Kalau selepas ini Rayn mahu cari dia hanya kerana sebuah lukisan, tak perlu!

__________________________


Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 

https://www.facebook.com/shirod.shukri

PEARL 05

“MENGANTUK lagi?” Rayn perasan kelat mata Pearl sewaktu hidangan sudah berada di hadapan mereka. “Awak nak kopi? Atau teh?”
“Teh.” Bisik Pearl pendek.
Rayn angguk.
Seperti hidangan pertama, kali ini Pearl jamah menu yang sama. Menguap yang Rayn perasan tadi, memang dia tak dapat kawal. Walau sudah cuci muka, dia masih mengantuk. Minum susu pula. Santapan ala-ala memanggil katil sungguh.
Sepuluh minit kemudian, isi dulang hidangan Rayn yang hampir licin, dan isi dulang Pearl Ratna yang masih penuh, diambil semula oleh pramugara. Hidangan kini berganti dengan secawan kopi dan secawan teh di meja masing-masing.
Emm, Pearl. Nanti awak balik mana?” Jari Rayn mula memusingkan pengaduk air plastik putih.
Pearl toleh ke kanan. Dia angkat kening. Ada rasa curiga timbul di benak fikiran. Dia berpergian solo. Perlu lebih hati-hati. Zaman sekarang, ada orang jahat yang berpakaian ibarat mahu ke pejabat. Sudahnya Pearl cuma tayang senyum tanpa sebarang jawapan. Dan kembali tunduk menghadap cawan teh. Tangan dia mula meniru gaya tangan Rayn.
“Bukan apa, sleepyhead-”
Pearl kembali teleng ke kanan dan bicara lelaki itu turut terhenti. Apa Rayn panggil dia? Reynolds Hanafi! Nasib sahaja dia tak boleh nak menjawab. Tapi sumpah, Pearl dah tak boleh nak tayang wajah serius lagi.
Rayn sengih. “Awak marah ke? Betul, kan?” Rayn angguk ringan. “Awak memang mengantuk lagi, kan?”
Pearl kejap pengaduk plastik di antara dua bibir. Dia nak mengelak daripada turut sama menyeringai.
Tapi ada betulnya juga apa yang Rayn katakan. Kalau dia naik bas transit nanti, mungkin sahaja dia tidur pulas sehingga ke pusat bandar. Adik beradik Reynolds ini pulang ke Central Business District juga ke? Naik bus transit yang sama? Kalau sama, boleh dia ikut sekali.
“Takkan awak nak balik CBD sorang-sorang? Lalok macam ni? Bahaya tau.” Rayn pusing-pusingkan cawan yang masih berisi. “Jangan anggap dia orang tu duduk negara maju, pemikiran pun semua maju. Ramai lagi yang tak ada kesedaran sivik. Yang sakit mental pun ramai juga.”
Pearl Ratna angguk perlahan.
Memang betul. Apa yang Rayn cakap sama seperti apa yang berlaku di kejiranan lama dia. Di tengah Bandar Melbourne juga. Seorang jiran lelaki telah ditangkap. Dia selalu anggap lelaki yang berusia awal 30-an itu pelajar juga, sebab nampak sivil 24 jam. Dengan gaya nerdy, dan sentiasa nampak kemas. Tapi di sebalik gaya mesra dengan anak-anak jiran yang lain, lelaki itu rupa-rupanya pesalah kes pedophilia yang sedang diburu polis. Betapa naifnya pengamatan dia.
Sekarang ini, kalau dia beritahu Rayn yang dia akan pulang ke arah mana, apa akibatnya? Pearl Ratna capai buku nota dan letak di atas penghadang antara tempat duduk mereka. Pen yang terselit lama di poket kerusi kini diambil semula.

La Trobe St.

Kemudian bibirnya bertanya bisu ke arah Rayn. Awak?
Tapi lain pula jawapan yang dia terima. Lelaki itu sudah tayang wajah terkejut. Apahal ni?
“Ya Allah! Pearl!” Rayn raup wajah. “Dekatnya rumah kita!
Pearl gantung kening. Maksud? Dekat? Dekat yang macam mana? Orang lelaki memang suka cakap ayat tergantung ke?
“Pearl, saya tinggal dekat Arrow, dekat Swanston Street. Awak di La Trobe Street. Pearl Ratna, kita berjiran!”
Pearl ketap bibir sambil renung sepasang mata buntang di sisinya. Mereka berjiran? Mana ada! Pearl geleng sambil sua cawan teh sedikit. Kemudian teh dicicip perlahan-lahan. Dia masih tak gemar bercerita tentang butiran rumah kepada orang yang baharu dia kenal. Cukuplah dia berikan nama jalan sahaja. Boleh kan?
Reynolds Hanafi angguk. Okay, let’s take it easy! Mungkin dia perlu cool down sedikit. Pearl nampak terkejut dengan kenyataan ini. Kenapa? Ah, think positive.
Mungkin sahaja si dia ini mahu menikmati teh suam di genggaman. Dia pun peminat tegar kopi hangat. Dia faham nikmat minum air di kala masih suam. Tapi kalau beri dia mocha, lagi dia layan. Cawan kopi di tangan sendiri di bawa ke mulut.
Allah! Tak feeling langsung! Sekarang dia betul-betul mahukan taruhan antara dia dan Kak Ann. Cawan diletak semula di atas dulang plastik.
Rayn toleh ke sisi. “Kak Ann...”
“Hmmm?”
Kakak dia sedang layan chai. Pasti tanpa gula. “This is too bland! I nak Max, sekarang.” Dan Kak Ann setakat cemik hidung. Kak Ann faham bukan apa yang cuba dia sampaikan?
“Jangan harap, brother!” [w1] Hanani jawab sambil tersenyum sinis.
Rayn cebir sedikit. Oh, macam tu ya, Kak Ann? Kak Ann bajet dia tak ada harapan? Pandang rendah sungguh pada dia! Baik. Dia akan dapatkan juga alamat dan nombor telefon Pearl. Percayalah. Oh, dan secara sukarela. Bukan dia yang minta. Tengoklah nanti! “You’ll see.
Laju Hanani toleh ke arah Rayn. Adik dia sudah dapatkan alamat sebenar Pearl? Nombor telefon?
Rayn gerak-gerakkan kening sambil ketawa nipis. Terus kakak dia tayang muka marah sambil ketap gigi. Padan muka!
Sejenak kemudian Rayn terfikir kembali, La Trobe dan Arrow? Bayangan minda mula terlakar. La Trobe di sebelah situ. Arrow di sebelah sini. Tapi, Jalan La Trobe itu panjang. Blok mana? Bangunan yang mana satu?
Pearl Ratna turut alih pandangan ke luar jendela. Bayang peta lokasi dua jalan mula terilusi di sebalik imbasan di tingkap. Dia tahu bangunan Arrow yang Rayn maksudkan itu bangunan yang mana satu. Awal-awal kuliah dulu, setiap hari dia lalu di hadapan suite apartment itu untuk pergi ke kampus.
Bangunan di Melbourne tersusun dalam petak blok, terpisah dengan grid jalan raya. Bangunan Arrow On Swanston, lokasinya di blok kejiranan di atas bukit. Apartment yang dia sewa terletak di hujung blok satu lagi, di sekitar kawasan hujung kaki bukit. Sebab itu dia tak setuju apabila Rayn kata mereka berjiran.
Jiran itu, untuk yang tinggal berhampiran, Encik Rayn. Over betul ayat lelaki ini. Mereka sekadar berjiran-blok sahajalah!
Kalau nak kata betul-betul berjiran, haaa... apartment yang dia duduki sememangnya berjiran dengan kampus Rayn. Sepelaung sahaja. La Trobe Street dan Swanston Street, dua jalan yang bertitik silang di hadapan kampus RMIT.
Teman serumah dia, seorang peminat setia butang snooze. Sudah terlajak waktu, baharu nak bangun. Apabila sudah lewat, cuci muka sikit-sikit, tukar baju, sembur minyak wangi, zaasss. Teman serumah itu lesap ke kampus.
Tak mandi? Dia selalu bebelkan hal itu. Tapi jawab si teman serumah, ‘Alah, mat saleh pun tak mandi juga.’
Memang betul pun, nak kata apa lagi. Pensyarah dia pernah datang ke kampus untuk sesi kuliah mereka dengan gaya pakaian serba ringkas dan rambut masih ala bedhead. Nampak sangat baru bangun tidur. Selamba aje.
Itu belum lagi waktu tiba musim sejuk. Bau dalam tram ibarat bau sebuah bilik tidur yang tak buka tingkap berbulan-bulan. Musim sejuk lepas, dia lebih rela jalan kaki daripada bersesak dalam tram. Rimas!
Tapi waktu itu, dia memang disarankan jalan kaki selalu. Baik untuk kesihatan dia sepanjang tempoh itu. Saat macam tu, pandai pula dia pasang niat nak cepat-cepat balik Malaysia. Mahu berkereta. Tapi apabila datang godaan hidup yang agak selesa di Ozzy, rasa nak berpaling tadah datang kembali.
Sekarang ini, dia pasang misi lain. Dia mahu bekerja di luar negara sampai berkepuk duit dalam akaun Commonwealth Bank dia tu. Rancangan dia kembali ke Melbourne untuk kali ini, dengan resolusi khas.
Pearl tahu dia sentiasa dahagakan ilmu, dahagakan pengalaman. Dia nak teruskan belajar-cara-mengajar daripada sudut pandangan dunia kelas satu. Itu alasan dia beritahu mama dan ayah. Niat tersirat dia yang satu lagi itu, tak siapa tahu. Sebenarnya, tak perlu sesiapa pun ambil tahu.
Dia tahu mama dan ayah dah tak yakin dengan dia. Tapi Pearl nekad. Sudah tiba masa untuk dia cipta sejarah sendiri, dengan misi untuk diri sendiri, bukan lagi untuk orang lain.
Keputusannya, dia nak bermastautin luar dari tanah sendiri, jauh di bumi kanggaru.
“Pearl...”
Panggilan yang membuatkan Pearl Ratna toleh kembali ke kanan. Cawan teh di tangan kanannya dikerling. Sudah hampir kosong rupa-rupanya. Dia hirup sehingga tak sedar teh itu sudah surut. Pearl letak cawan di atas dulang kecil. Pandangannya fokus semula ke wajah Rayn. “Ya?” Bisik Pearl dalam suara parau.
Rayn tayang buku nota.
Pearl Ratna alih pandangan, merenung helaian yang sudah berconteng. Bila masa lelaki ini lakar peta kasar kawasan CBD? Ada lukisan jalan di lokasi rumah dia, ada lokasi rumah Rayn. Ada lakaran RMIT, dan Jalan Swanston yang panjang itu serta bangunan petunjuk yang lain. Lakaran cincai, tapi... menarik! Boleh tak kalau dia nak siat lakaran ini dan letak di atas meja di kampus?
“Kita tinggal dalam satu kawasan. We mingled within the same few blocks.” Pen ditangan Rayn beralih-alih antara lakaran La Trobe Street dan apartment Arrow.
Jeda.
Pearl Ratna hanya angguk mengiyakan fakta disenaraikan lelaki itu. Kening dia sahaja yang mengacu persoalan, ‘jadi?’
“Tadi awak tulis, awak dah separuh tahun tinggal dekat Melbourne. And I assumed you went to campus on a daily basis too.” Sama seperti dirinya. Pelajar pasca siswazah kebanyakannya amalkan waktu pejabat, bukan? Tokok Rayn sendirian.
Pearl Ratna telan liur.
Nope, Rayn. Not me. Not for the last three months. Balas Pearl dalam hati. Peritnya hakikat ini. Tapi dia tayang wajah sesempurna mungkin. Tak perlu dia tunjuk sebarang riak kepada lelaki ini.
“Tapi, kenapa kita tak pernah berjumpa atau terserempak ya?”
Pearl senyum. Soalan itu, dia ada sebahagian besar jawapannya. Dia tahu kebarangkalian kenapa mereka tidak pernah bertemu. Tapi perlukah dia beritahu? Rasanya tak perlu. Lelaki ini siapa? Tak relevan.
Pearl Ratna tayang senyum kosong. Dan dia jongket bahu. Wajah yang berkerut penuh musykil di sisinya itu direnung bersahaja.
Entahlah Encik Reynolds Hanafi. The real answers are for me to keep, and for you to ponder upon. So, keep on wondering, mate!

__________________________


Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 

https://www.facebook.com/shirod.shukri

PEARL 04

OH, NO NO NO NO… NO! Pantas Rayn kembali duduk. Tangan kiri mula menongkat dagu antara dua kerusi. “Kak Ann, nanti dia balik semula, leceh. You balik semula kat tempat tidur tadi.”
Hanani mencemik. “Sedar diri sikit ya. Kerusi yang awak duduk ni, tiket asalnya nama siapa?” 
“Hello, makcik-” Reynolds Hanafi pandang tajam mata kakaknya. “Tempat tidur second class tadi tu, siapa yang sedekah ya?”
“Terima kasih atas ihsan pakcik.” Hanani sengih. “Tapi sekarang saya dah segar, pakcik. Mata dah besar dah ni. Tukar, please.”
“Sama-sama. But no way.
“Kenapa pulak?”  
Once switched, considered ditched.
“Oh, macam tu ya. Kerek rupanya dia ni ya? Pakcik Rayn, I demand, you pulangkan balik tempat duduk I.” Hanani tuding telunjuk ke kerusi seberang. “Immediately.”
Rayn geleng. “Nope. Muktamad.” 
“Sampai hati tau.” Hanani cebik mengalah. “Kak Ann mengantuk sangatlah tadi. Dah tak boleh tahan.”
Rayn tatap wajah kakaknya. “Rayn dah bagi tahu kan, malam kita nak fly, cuba sebelum tu jangan pergi kelab. Boleh tak? Apa yang susah sangat?”
Shussh.” Hanani kemam bibir. Kemudian dia peluk tubuh dan toleh ke ke arah tingkap. 
Rayn hanya menggeleng. Kak Ann memang tak makan saman. Tak kira mereka di Malaysia ataupun di Australia, aktiviti tunjuk langit itu memang tak boleh dihentikan agaknya. Dia tahulah kakak dia power. Kak Ann kalau togak air itu bergelas-gelas baharu dapat kesan bintang-bintang. Tak macam dia. Kalau dia, tak usah dibezakan tahap mabuk dia dengan Kak Ann. Buat malu aje.
Rekod lama dia dulu, paling high satu German mug sahaja. Selepas itu, Kak Ann perlu tukar status jadi babysitter dia pasca setiap aktiviti qalabul-malami mereka. Tapi itu semua kisah lama dia. Kisah, suatu, waktu, dahulu. Kisah pra-sejarah dia. Terasa sudah lama dia tinggalkan gaya hidup bodoh itu.
“Sepatutnya malam tadi you dah boleh tarik brek, berhentilah sekejap kalaupun tak boleh nak berhenti langsung.” Tapi Rayn tahu, Kak Ann tetap nak keluar berjumpa kawan-kawan. Katanya kawan-kawan yang belanja, parti selamat tinggal. Selamat tinggal apanya! Hujung tahun nanti, waktu cuti Hari Krismas dan Tahun Baharu, mereka akan pulang semula ke Johor.
Rayn pandang wajah kakaknya yang kekal berdiam diri. “Cuba Kak Ann tengok muka Kak Ann, dah tak serupa orang. Serabut!”
“Rayn!” Cepat-cepat Hanani betulkan bunjut cekak rambut.
Betulkah apa yang Rayn cakapkan tadi? Dia toleh semula ke kiri. Tingkap kecil berlatarbelakang langit gelap dijadikan cermin untuk belek wajah. Mak ai! Garis hitam di bawah mata dia memang nampak ketara! Tapak tangan mula laju buat urutan refleks pada segenap wajah.
“Tak payah nak tepuk-tepuk, Kak Ann. Makin banyak Kak Ann teguk benda tu, makin kerepot muka you. Kalau tak percaya apa Rayn cakap ni, kita tengok setahun dua lagi ya. Kita tengok…” Reynolds Hanafi lepas keluh. “I yang remain muda, atau you yang makin tua.”
Bukannya Rayn tak pernah pesan pada Kak Ann tentang kesan alkohol ikut pandangan logik. Sudah berbuih mulut dia. Kalau sentuh bab dosa pahala, kakak dia terus tutup telinga. Hanya kesan kecantikan luaran itu sahaja yang menarik minat Kak Ann. Alasan fashionista yang dia gunapakai. Alasan murahan sungguh. Tapi itulah realitinya.
Hanani lepas keluhan perlahan. Dia tahu ada kebenaran dalam kata-kata Rayn, tapi memang payah dia nak tinggalkan tabiat yang satu ini. Sudah banyak kali dia cuba, bukannya dia tak cuba langsung. Rekod insaf dia yang paling lama setakat 36 jam sahaja. Dia tahu tahap risau Rayn macam mana. Adik dia. Dia faham luar dalam. Tapi...
“Kak Ann...” Reynolds Hanafi angkat kening sambil merenung mata yang seiras macam mata dia. Bukan setakat itu, serba-serbi di wajah mereka berdua memang seiras, cuma kakak dia ni terlebih sedikit genetik mommy. Tapi itulah aset tambahan Kak Ann.
Saham mereka melambung ke mana sahaja kalau berjalan berdua. Ditambah dengan gaya baju Kak Ann yang macam bumi ini sudah terlampau global warming. Pasti ada sahaja mata yang melirik, bibir yang bersiul-siul nakal mengikut jejak langkah Kak Ann. Macam mana dia tak risau kalau Kak Ann ke kelab tanpa dia.
“Apa Rayn? Nak cakap, cakap ajelah. Main pause-pause pulak.”
“Dengarlah cakap Rayn ni, Kak Ann. You kena berhenti buat semua ni. Kalau mommy dengan abah tahu, dia orang mesti frust. Bayangkan kalau waktu mommy buat spot-check, and you dalam keadaan macam ni, cuba bayangkan.”
Hanani geleng. “I know. Someday I’ll stop.” Hanani buang pandangan ke luar tingkap.
“Bila?”
Bila ya? Hanani ulang soalan Rayn di dalam hati. Dia sendiri pun tak tahu.
“Kalau you tak boleh-“
“Rayn...” Hanani toleh laju ke kanan. “Tolonglah. Not now, please?” Dia pejam mata sesaat. “Hangover akak baru nak settle down. Besok ya you tazkirah?”
Reynolds Hanafi geleng. “Dah. Balik dekat kerusi sana tu. Nanti dia balik sini semula.”
Pffft...” Hanani tujah pandangan ke atas sesaat dua. Dan kembali toleh menatap Rayn. “Orang perempuan tetap orang perempuan, Rayn. Walau di mana kami berada. Walau siapa dia.”
Hanani sentuh ubun-ubun si adik. Rayn cuba mengelak, jadi dia tepuk terus. Padan muka!
“Kak Ann ni…” Rayn betulkan rambut dengan bantuan biasan pada skrin kecil selaras mata.
“Sila register satu fakta ni kat dalam minda anda ya, dear brother. Kalau Rayn nak tahu, orang perempuan ni, kita orang boleh tukar petak kecil saiz dua kali tiga tu...” Hanani tuding ke arah tandas di hujung kabin. “Petak kecil tu boleh jadi macam ala-ala cermin belakang pentas Victoria’s Secret, tapi yang istimewanya, ini VS di awan biru.”
“Awan tak biru, langit yang biru.”
Whatever...” Kemudian Hanani genggam laju pergelangan tangan kiri Rayn. Mata turut dibuntangkan. Dia berbisik perlahan, rapat di telinga Rayn.
“Eh, dia tak bisu kan?”  Itu sebenarnya yang Hanani mahu tahu.
Rayn geleng perlahan. Bibir dia dah tak boleh nak sembunyikan senyuman.
“Tapi dia berbual tak dengan you?”
“Hish.” Rayn berdecit. “Tiba-tiba aje tukar topik. Tadi bukan ke kita tengah bincang pasal you.”
Detour, brother. Hidup kena pandai cilok-cilok.” Hanani sengih tanpa rasa bersalah. Adik dia buat muka macam orang bersalah. Ini siapa yang bersalah sebenarnya ni? “Alaa... chill lah.  Dia boleh bercakap tak?”
“Adalah juga,” jawab Rayn hambar.
“Apa maksudnya tu?” Dahi Hanani makin berkerut.
“Dia tak bisu. Dia tulis aje apa yang dia nak cakap dekat dalam ni.” Rayn tayang buku nota kecil yang boleh menjadi bahan bukti hampir 70 peratus perbualan mereka. Baki 30 peratus lagi, hanya dia sahaja yang lebih banyak bersuara. Si Mutiara hanya pasang telinga, senyum, ketawa kecil, dan buat pelbagai aksi wajah, yang kini sudah terbayang satu persatu di ruang mata dia.
Hanani rampas buku nota kecil itu saat adiknya kelihatan leka.
“Nak tengok.” Tapi tak sempat dia nak menyelak satu muka surat pun...
“Mana boleh! Ini rahsia sulit.” Buku itu Rayn rapatkan kembali di dada.
“Laaa, macam tu pulak. Okay tak nak bagi kita baca, tak apa. Tapi bet kita tadi, tetap jadi ya? Rasa-rasanya Rayn atau akak yang nak kena keluarkan duit ni? Cuba cakap.” Hanani petik-petik jari.
Rayn jeling kakaknya sekilas. “Yang itu... belum muktamad lagi ya, Cik Rusa Nani. But I think you are the one who will need to take out some cash. Bukan Rayn.”
“Yakin nampak?” Hanani melirik penuh sinis.
Oh yeah. Mestilah.”
“Dah dapat nombor telefon, alamat dia semua?”
“Kak Ann bersiap sedia aja.” Rayn kenyit mata.
“Sungguh ni?”
Rayn angguk. “Rayn nak rasa semua yang ada kat menu Max tu. Hari pertama, Rayn nak sarapan choc chai putih, siap dengan wafel Belgian. Makan tengah hari, kita makan coklat panas berkaramel dengan pizza coklat. Minum petang dengan choc fondue. Hmmm…” Kelopak mata ditutup rapat sesaat dua. “Malam pulak, kita tak payah makan berat. Kita makan mufin coklat, cukup.”
“I rasa I sebut nibbles aja tadi.”
Rayn ketawa pendek. “Tak payah nak tercabut dagu sangat.” Rayn bantu rapatkan mulut Hanani dengan hujung jari ditekan di bawah dagu. “Masukkan dalam bajet you, Kak Ann. Kak Ann belanja Rayn...”
Rayn tayang jari telunjuk menegak. “Satu minggu.”
Kemudian dia tayang tujuh jari. “Bersamaan tujuh hari, ya?” Yakin sungguh ni, detak hati Reynolds Hanafi. Nombor telefon dan alamat di mana Pearl tinggal pun masih belum ada dalam bayangan. Cari pasal sungguh. Silap-silap, ayat makan tuan.
“Menempah migraine nampak.”
“Eh hello. Saya, tak ada masalah ya dengan ramuan cacao.” Cebik Rayn, agak bangga. Kakak dia sudah menjeling tajam. 
“Mana boleh makan hasil taruhan.”
“Laa... tadi dia yang offer kita. Dah rasa nak kalah, kan? Betul tak? Betul, kan?” Melihatkan kakaknya tayang wajah tanpa reaksi, Rayn genggam pergelangan tangan Hanani. “Kira you belanja I makan ajelah. Jangan anggap bet. You halalkan. I terima. Anggap ia suatu sedekah.” Tangan kiri Rayn kembali menongkat dagu sambil dia tayang sengih lebar. “Tapi kan Kak Ann, entah lah ya. I think…” Rayn bersandar kembali, sambil pandang kosong ke arah skrin tv kecil. “I think…”
I think, I think...” Hanani genggam lengan kiri Rayn. “You think apa!”
Rayn tergelak kecil. “I think, kali ni tahap yakin Rayn memang ada lebihhhh... sikit. Gadis muslimah, Kak Ann. For once!” Hormon senyum Reynolds Hanafi mencanak.
“Gedik!” Hanani jeling adiknya sekilas. Tapi betul kata Rayn. Ini pertama kali adik dia ini suka pada seseorang dengan gaya berbalut begini. Si calon itu, berapa agaknya usianya ya? Nampak gayanya agak matang.
“Dia belajar jugak ya? Kursus apa? Uni mana?”
Rayn geleng tanpa alih pandangan. “Terlalu banyak soalan, inspektor-sahab.”
Hanani ketawa. “Please, bagitaulah.”
Rayn tatang tapak tangan menghala ke kerusi di sebelah kanan. “Nanti dia balik sini, kepochi-lah you ni.”
“Dia student kan?”
Rayn lepas keluhan pendek. “Yupp. Dia belajar dekat uni Kak Ann dulu. Post graduate.”
Master? PhD?
Master.” Rayn tatap wajah Hanani. “Dia belajar cara mengajar seni untuk kanak-kanak. Okay, dah cukup fakta? Selesai risikan?” Dua keningnya mula digerakkan, berselang-seli ke atas ke bawah.
Isshhh. Janganlah buat macam tu!”
Rayn tersenyum sendiri.
“Suka buat akak macam ni tau!” Hanani gosok dua lengan yang terdedah. Gelinya!
Rayn ketawa. Dia tahu kelemahan Kak Ann. Belum dia buat chest-flex lagi. Mahu bergolek terjerit Kak Ann di lantai pesawat ini karang. Tapi buat masa ini, dia perlu buat apa sahaja idea drastik. Kalau Pearl Ratna kembali nanti, ada pula yang bertukar teman duduk. Dia belum cukup mengenali wanita itu. Mana boleh!
“You cakap tadi dia belajar tentang apa? Tentang kanak-kanak?”
Rayn angguk. Dia malas nak bersuara. Berapa kali mahu tanya daaa… Kalau dia layan, Kak Ann tak akan mahu berganjak. Lebih baik dia buat hal sendiri. Buat-buat sakit tekak, macam Pearl.
“Hmm, ini sangat menarik.” Bisik Hanani sendirian. Dia tahu Rayn mula bolayan soalan dia. Tak mahu bercakap dengan dialah tu! Daripada kecil sampai besar, macam itu juga. Okay, mari kita lihat siapa yang akan halau siapa.
Sehingga hampir satu minit berlalu...
“Kak Ann?” Bisik Rayn tanpa menoleh. Kakak dia ni tak mahu beralih ke?
“Hmmm?”
Move, your…” Perkataan merujuk kepada anggota badan yang perlu dibangkitkan itu Rayn sebut tanpa suara.
Dan laju satu tepukan hinggap di lengan Rayn. “Kurang sopan punya adik!”
Rayn ketawa sinis.
Setelah gencatan mulut seminit dua, Hanani toleh kembali menghadap ke sisi kiri Rayn. “Dia fakulti mana?”
Rayn berpaling. “Siapa?”
“Siapa lagi.” Hanani tuding jari telunjuk pada kerusi yang dia duduki.
“Ya Allah, Kak Ann, you baru berapa tahun aje habis belajar?” Kakak dia ni selang tiga tahun saja dengan dia. “Takkan processor you dah slow kot. Orang education, tentulah dari Graduate School of Education.”
Hanani angkat dua tangan, menyerah kalah. “Sorry, sorry. My brain jetlag lagi.”
To get rid of Kak Ann. Itu misi Rayn sekarang ini. Ibu jari dia mula lenguh menekan butang di alat kawalan. Tak ada cerita yang menarik pun. Semua in-flight movies sudah ditonton di wayang. Lebih baik dia tengok peta di mana lokasi mereka berada sekarang. Atas lautan? Atau di atas gunung-ganang? Puas dia tekan-tekan punat, akhirnya skrin mula menayangkan grafik biru gelap laut dan hijau bumi.
Down Under, kita dah nak sampai.” Bisik Reynolds Hanafi.
Hanani turut memandang ke arah skrin. Grafik penerbangan mereka kini sudah jauh menembusi perimeter bumi kanggaru. Sudah di atas kawasan selatan Australia.
Seketika kemudian Rayn pandang kakaknya semula. Untuk sesaat, dia ibarat terkelu. Nak beritahu Kak Ann atau tidak?
“Apa?” Hanani renung mata adiknya. Mata itu penuh aura senyuman. Dan ada banyak juga persoalan dalam benak si pemilik mata. Dia tahu.
Dia… interesting, Kak Ann.” Rayn tersenyum sendiri. “Dia macam ada... ada style tersendiri. Macam luar biasa sikit, tak macam yang biasa-biasa. She’s… a gem. I could sense that.
Hanani senyum mendengarkan suara Rayn yang sudah bertukar nada. “Lain macam je bunyi tu.”
Tapi kali ini Reynolds Hanafi hanya balas dengan senyuman bermakna.
Elaborate. Nak tahu juga, magneto sangat ke?”
“Sangat-sangat!”
Hanani turut menyeringai. Amboi, adik dia siap jegil mata. Dan jawapan Rayn tadi kedengaran sangat jujur. Inilah yang seronok ni. Hanani tongkat dagu.
Adik dia kalau sudah jatuh suka, suka sungguh-sungguh. Kalau sayang, sayang dalam-dalam. Tapi jaga-jaga. Kalau adik dia benci, benci sampai mati juga. Sudah lama dia tak dengar Rayn berceloteh topik suka-sayang macam ni.
Sudah berapa lama adik dia ini ‘menduda’? Dua tahun kot. Dia dengar cerita, bekas buah hati Rayn, minah sesumpah yang kadang-kadang bertudung litup di siang hari, tapi sebenarnya berambut karan celup di malam hari dahulu itu, sudah dua kali ‘menjanda’ semula. Rayn juga yang selamba melayan semua wanita yang mengendeng sama macam Rayn layan sahabat-sahabat lelaki lain.
Sekian lama Hanani perhatikan Rayn. Adik dia ibarat sudah kematu hati. Stone. Macam orang tak ada perasaan. Dan yang paling merisaukan dia, sejak akhir-akhir ini, Rayn hanya rapat dengan Jay.
Jay itu bukan nama gelaran untuk Jennifer. Bukan juga untuk Juita. Malahan bukan gelaran Jayanthri. Tapi... Jordan Ghazi! Kenalan mereka, bujang anak pak arab. Benak dia seringkali sesak dengan soalan ‘Tak mungkin Rayn bertukar selera, bukan?’ Tapi saat ini dia boleh padam syak wasangka itu daripada ingatan dengan penuh yakin. Nasib baik!
Now, bagitahu akak, calon ni masuk poket mana?” Dan dia biarkan Rayn tersenyum-senyum sendiri. 
Bercakap tentang ‘poket’, hanya mereka berdua sahaja yang faham kod itu. Adik dia punya analogi. Rayn ini, muka saja omputih. Tangki jiwa, penuh rasa Melayu.
Rayn peminat nombor satu busana orang Johor, baju Melayu Teluk Belanga. Lengkap dengan skil lipatan samping berdagang dalam. Nama gaya lipatan itupun dia belajar daripada Rayn. Kalau tak, haram dia tak tahu. Kata Rayn, ada lipatan berdagang dalam, ada juga lipatan berdagang luar. Ah, macam-macam. Dia tak boleh masuk pemikiran line fesyen zaman dahulu kala itu semua.
Rayn peminat pantun Melayu. Juga peminat fanatik cerita Melayu lama, dan adik dia tanpa segan pernah ikuti kelas pendek mengenali tarian zapin waktu mereka balik ke Pontian dulu. Sangat Melayu. Berbanding diri dia sendiri yang dah, umm, sudah lalui fasa pengantarabangsaan? Ya, logik!
Analogi Rayn, dua poket pada baju Melayu Teluk Belanga itu lambang lokasi istimewa. Hanya mereka yang istimewa ‘masuk’ kod poket tertentu.
Setahu Hanani tak ada seorang pun kenalan wanita Rayn yang tersenarai ke poket kanan. ‘Janda’ lama Rayn itu pun setakat poket belah kiri. Poket kiri bermaksud standard biasa-biasa sahaja. Tapi apabila sudah putus cinta, si janda tersemat masuk poket belakang seluar jeans Rayn. Turun taraf. Demoted. Itu baharu betul-betul down-under.
Kali ini, si dia yang Rayn berkenan ini nampak macam ada potensi disimpan di salah satu poket hadapan. Cuma yang tak seronoknya, sekarang ini Rayn masih uji kesabaran dia dengan kelip-kelip mata. Poket kanan atau poket kiri?
“Cepatlah bagitau!” Gesa Hanani.
Rayn tutup kelopak mata beberapa saat. Kak Ann tanya kod poket ya? Terasa sudah lama dia tak fikirkan hal sebegini. Sebenarnya, dia mula tak mahu percaya akan adanya rasa nak memiliki teman istimewa. Selama hampir dua tahun ini, dia rasa hidup membujang pun okay. Free-trade di mana-mana. Sehinggalah ke hari ini. Kali ini berbeza. Saat ini dia dapat rasa ada satu kelainan pada wanita itu.
Dua saat kemudian, Rayn tepuk salah satu sisi pinggul. Kod poket rahsia mereka mahu diisytihar dengan penuh bangga.
Dan reaksi spontan Kak Ann memang patut direkod! Reynolds Hanafi tak dapat menahan tawa.
Holy-dooly...” Si kakak terbisik perlahan.
Rayn cekak dagu Kak Ann. “Muka tu…” Kak Ann masih terbeliak dan ternganga serentak. “Tak boleh nak buruk lagi ke? Buruklah!”
 “Bwowdi booty!” Hanani pantas menggeleng, melepaskan cekak jemari Rayn. Mereka sama-sama tergelak kecil. Dia nak sebut bloody beauty, tapi lain bunyinya yang keluar. Rayn-lah ni!
Rayn takup dua tangan pada wajah sendiri.
This is so unbelievable.” Dia lebih tak percayakan reaksi Kak Ann berbanding jawapan sendiri. Kak Ann dan ayat-ayat diva! Berpisah tiada!
“Ini… ini berita penting ni, Rayn!” Haruslah. Ini keputusan Rayn buat julung kali. Adik dia tepuk pada poket yang paling afdal. Macam mana dia nak percaya?
Believe me, kakakku.” Rayn sandarkan kepala pada kerusi. Mana Pearl ni? Kenapa lambat sangat?
You know what, abah kena tahu. Mommy pun. I am going to be the first person to tell mommy. Let me be the one who breaks the news okay?
“Oh you memang sesuai jadi anchorwoman.
“Mesti mommy tak percaya. And I should tell Henry. And Jay… And Deja.”
Wha...” Rayn tujah pandangan melangit. Nampak sangat kakak dia ini becok kelas atasan. Dia baharu nak pasang kekuda aje dengan gadis muslimah itu.
Kalau Kak Ann nak beritahu Jay dan Deja, geng hu-ha mereka di Swanston, dia boleh terima. Tapi Henry tu… isy! Come on, lah! Henry tu bukan siapa-siapalah. Setakat baharu nak mengurat kakak dia, belum tentu dapat. Kak Ann sekadar kawan suka-suka aje dengan lelaki OZ itu. Dia tahu sangat selera sebenar Kak Ann bagaimana.
“Nantilah kita cerita, Kak Ann. Cerita dekat rumah ya? Tak ada perasaanlah nak cerita panjang lebar dekat sini.”
Reynolds Hanafi mula tukar riak wajah. Dia tatap Kak Ann dan tayang wajah semanis madu. “Tapi sekarang, tolonglah Kak Ann ku sayang, please.”
Hanani sudah tertawa kecil. Sebenarnya seronok juga dapat mempermainkan adik dia ini. 
“Balik tempat duduk Kak Ann dulu, okay? Please let me have some extra moments with this gem, will you sis? Untuk...” Reynolds Hanafi toleh ke arah Rolex Deepsea pemberian ayah di tangan kiri. “For just another two-itsy-bitsy hours...”
Hanani kenyit mata kanan. Dia mula bermain dengan ibu jari dan telunjuk kiri kanan. “Itsy-bitsy-spider...” Hanani mula menyanyi perlahan. “Climbed up the water spout... down came the Rayn... errr...” Jemari Hanani yang memanjat tiba-tiba melambai sopan ke arah atas kepala Rayn. “Hai...”
Rayn turut tertoleh ke arah kakaknya. Kenapa berhenti menyanyi? Lirik lagu kegemaran dia semenjak di zaman kanak-kanak itu tiba-tiba sahaja tamat. “Kak Ann?”
“Rayn, tak nak kenalkan akak dengan kawan you ni?” Hanani tepuk lutut kiri Rayn sambil tersenyum lebar.
Ligat Rayn bangkit dari kerusi. Sempat dia goyang-goyang kening kanan sambil tatap wajah Kak Ann.
Ini klu terakhir, Kak Ann. Tolonglah. Tolonglah jangan hancurkan rancangan dia kali ini, doa Rayn dalam hati.
Rayn tatap kembali wajah Pearl Ratna. And this is... Wow! Wow! This is real akoya! Kecantikan asli tanpa secalit solekan. Sempurna. Setaraf koleksi mutiara terbaik dunia itu.
Dan monolog hati Rayn itu buat dia sendiri tak perasan tingkah Kak Ann. Rupanya Kak Ann sekadar beralih daripada tempat duduk 34A ke tempat duduk 34C. Saat dia toleh kembali...
“Kak Ann.” Rayn rasa tertipu, sungguh! Menyesal dia hilang fokus sebentar tadi. “Ermm Pearl, ini Reynolds Hanani. Kakak saya. Kita dah cerita tadi.” 
Pearl angguk dan dia hulur salaman.
“You cerita apa tentang akak?” Selepas berbalas salam, Hanani masih mendongak mencerlung menatap Rayn, tetapi dua kaki dilipat di lutut, diangkat sedikit, untuk membuka laluan kepada wanita itu.
Sebelum tidur tadi, Hanani tak pandang wanita ini betul-betul, sekadar sekilas dua sahaja. Apabila dapat tatap rapat begini baharu dia perasan. Cantik, boleh tahan.
Ada sesuatu yang menarik di wajah bujur sirih itu. Patutlah Rayn kata istimewa. Wajah itu, tanpa secalit solekan, sudah nampak segar. Tapi betulkah tanpa make-up? Dia pun perempuan, dia tahu. Solekan wanita hari ini, bukan boleh dipercayai. Nude look, natural look, you name it. Boleh sahaja dibuat.
“Tak ada apa, Kak Ann. Cerita perenggan pertama je, bab pengenalan. No worries.” Bisik Rayn. Kak Ann, bangkitlah. Dia segan berbual sambil berdiri di tengah lorong begini.
Hanani kecilkan mata sambil menatap Rayn. Boleh percaya ke? Kemudian Hanani toleh memandang wanita itu semula. “Maaf, I nak tengok luar tadi, tapi tak nampak apa pun. Gelap aje. Urm, siapa nama you tadi?”
“Pearl R-ehghrmm...” Parau. Pearl tutup mulut dengan tangan kanan. Ada pula tambahan batuk kecil berangkai.
Terlepas decit kecil di mulut Rayn.
“Ssyyy.” Kak Ann ini pun satu, bukankah dia dah beritahu tadi yang si dia ini sakit tekak. Atau dia belum beritahu ya? “Okay, girls. Cukup. Sila duduk kat tempat masing-masing. Kak Ann?”
“Pearl?” Soalan itu terluah di mulut Hanani sambil bangkit dan beralih ke lokasi kerusi-katil.
Setelah Pearl selesa duduk, Rayn ikut sama duduk di sisi. Tangan dia mula menggagau mencari sebelah lagi tali pinggang keselamatan. Mana pergi?
Sesaat kemudian Rayn jumpa apa yang dicari, tapi kepala tali pinggang itu terselit di ruang tengah antara tempat duduk mereka. Satu hal pula dia perlu selok tangan untuk keluarkan besi itu.
“Pearl?”
Eh kakak dia ni, ada lagi! Rayn toleh sekilas. “Yes, Kak Ann. Nama dia Pearl.”
“Waahh…”
Ssyyy! And yes, that’s a typical reaction too. Kak Ann, duduk.” Rayn balas dalam ketap gigi. Sekarang dia faham kenapa Pearl kata reaksi macam ni adalah reaksi normal.
Pearl tersenyum melihat aksi Reynolds dua beradik. Wajah dijengah sedikit lewat bongkok tubuh Rayn. Tengok reaksi Reynolds-lady itu macam masih nak bersoal-jawab dengan dia, walaupun si Reynolds-guy yang ini dah gerenyot mulut. Tak bersetujulah tu agaknya.
“Belajar ya?” Lantak you, Rayn. Kawan Rayn, kawan akak juga. Macam tak biasa.
Pearl angguk menjawab soalan Hanani.
“Dia belajar dekat Melbourne Uni, Kak Ann.” Suara tambahan menjawab bagi pihak pesakit. Rayn turut berikan jelingan tak puas hati ke arah Kak Ann. Kenapa Kak Ann sibuk tanya soalan yang dia dah beritahu jawapannya! Tak faham betul!
“Akak dulu belajar dekat situ juga.”
Sekali lagi, Rayn kembali toleh ke kanan. Mata turut dijegilkan. “Stop the chat, will ya?
Fair go, mate.” Semakin galak Hanani rasa nak mengusik adiknya. “You tinggal dalam CBD ke?” Ah, silap soalan! Hanani nampak bibir Rayn sudah terbit senyuman simpul. Habis! Habislah gaji mingguan dia.
Hanani geleng perlahan-lahan. Pearl, tolonglah jangan bagitahu fakta lebih-lebih, tolonglah! Silap dia sendiri pertaruhkan Max cekelat. Rayn hantu coklat. Kalau Rayn berjaya, memang dia yang rugi. Koyak poket! Hanani nantikan reaksi Pearl dalam debar.
Kelihatan wanita berlilit shawl itu menjengah sedikit sambil mengangguk. Dan kemudian hanya tayang seulas senyuman. Itu saja?
Itu sahaja! Yes! Nasib dia baik! Saat ini Hanani bersyukur wanita itu tidak boleh bersuara. Cukuplah maklumat pendek begitu. Tapi alahai... sopan sungguh calon adiknya kali ini. Tak putus-putus senyumannya. Janganlah santun sangat, dik.
“Kak Ann, dia ni tak boleh banyak bercakap.”
“Eleh! Pearl tak cakap apa pun. Jawab pakai signal aje, tak luak pun air liur. Kan Pearl?”
Kalau tak sakit tekak, dia ini peramah tak? Persoal Hanani sendirian. Nampak gaya macam okay. Manalah tahu boleh jadi geng lepak dia. Boleh ikut dia dengan adik angkat seorang lagi dekat Melbourne tu.
It’s okay, Pearl. Nanti bila dah sampai airport, kita sambung lagi ya?” Hanani tayang genggaman dengan ibu jari menghala ke atas.
Pearl mengiyakan dengan gaya yang sama. Berbual begini dengan Kak Ann pun dia rasa seronok. Di Melbourne, dia bukannya ada ramai kawan. Setakat rakan sekuliah dua tiga kerat, rakan serumah yang seorang itu, sekian.
Pandangan Pearl beralih ke arah lelaki di sisinya. Rayn sedang fokus pada grafik laut dan bumi di skrin kecil. Membuatkan dia mahu mencari siaran yang sama.
Di mana lokasi mereka sekarang ini?
Pearl Ratna pasti jawapannya di langit. Tapi kenapa dia terasa selesa, ibarat berada di ruang tamu rumah sendiri.

__________________________


Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 

https://www.facebook.com/shirod.shukri