“MENGANTUK
lagi?”
Rayn perasan kelat mata Pearl sewaktu hidangan sudah berada di hadapan mereka.
“Awak nak kopi? Atau teh?”
“Teh.” Bisik Pearl pendek.
Rayn angguk.
Seperti hidangan pertama, kali ini
Pearl jamah menu yang sama. Menguap yang Rayn perasan tadi, memang dia tak
dapat kawal. Walau sudah cuci muka, dia masih mengantuk. Minum susu pula.
Santapan ala-ala memanggil katil sungguh.
Sepuluh minit kemudian, isi dulang
hidangan Rayn yang hampir licin, dan isi dulang Pearl Ratna yang masih penuh,
diambil semula oleh pramugara. Hidangan kini berganti dengan secawan kopi dan
secawan teh di meja masing-masing.
“Emm,
Pearl. Nanti awak balik mana?” Jari Rayn mula memusingkan pengaduk air plastik
putih.
Pearl toleh ke kanan. Dia angkat
kening. Ada rasa curiga timbul di benak fikiran. Dia berpergian solo. Perlu
lebih hati-hati. Zaman sekarang, ada orang jahat yang berpakaian ibarat mahu ke
pejabat. Sudahnya Pearl cuma tayang senyum tanpa sebarang jawapan. Dan kembali
tunduk menghadap cawan teh. Tangan dia mula meniru gaya tangan Rayn.
“Bukan apa, sleepyhead-”
Pearl kembali teleng ke kanan dan
bicara lelaki itu turut terhenti. Apa Rayn panggil dia? Reynolds Hanafi! Nasib sahaja
dia tak boleh nak menjawab. Tapi sumpah, Pearl dah tak boleh nak tayang wajah
serius lagi.
Rayn sengih. “Awak marah ke? Betul,
kan?” Rayn angguk ringan. “Awak memang mengantuk lagi, kan?”
Pearl kejap pengaduk plastik di antara
dua bibir. Dia nak mengelak daripada turut sama menyeringai.
Tapi ada betulnya juga apa yang Rayn
katakan. Kalau dia naik bas transit nanti, mungkin sahaja dia tidur pulas
sehingga ke pusat bandar. Adik beradik Reynolds ini pulang ke Central Business
District juga ke? Naik bus transit yang sama? Kalau sama, boleh dia ikut
sekali.
“Takkan awak nak balik CBD
sorang-sorang? Lalok macam ni? Bahaya tau.” Rayn pusing-pusingkan cawan yang
masih berisi. “Jangan anggap dia orang tu duduk negara maju, pemikiran pun
semua maju. Ramai lagi yang tak ada kesedaran sivik. Yang sakit mental pun
ramai juga.”
Pearl Ratna angguk perlahan.
Memang betul. Apa yang Rayn cakap sama
seperti apa yang berlaku di kejiranan lama dia. Di tengah Bandar Melbourne
juga. Seorang jiran lelaki telah ditangkap. Dia selalu anggap lelaki yang
berusia awal 30-an itu pelajar juga, sebab nampak sivil 24 jam. Dengan gaya nerdy, dan sentiasa nampak kemas. Tapi
di sebalik gaya mesra dengan anak-anak jiran yang lain, lelaki itu rupa-rupanya
pesalah kes pedophilia yang sedang diburu polis. Betapa naifnya pengamatan dia.
Sekarang ini, kalau dia beritahu Rayn
yang dia akan pulang ke arah mana, apa akibatnya? Pearl Ratna capai buku nota
dan letak di atas penghadang antara tempat duduk mereka. Pen yang terselit lama
di poket kerusi kini diambil semula.
La
Trobe St.
Kemudian bibirnya bertanya bisu ke arah
Rayn. Awak?
Tapi lain pula jawapan yang dia terima.
Lelaki itu sudah tayang wajah terkejut. Apahal ni?
“Ya Allah! Pearl!” Rayn raup wajah.
“Dekatnya rumah kita!
Pearl gantung kening. Maksud? Dekat?
Dekat yang macam mana? Orang lelaki memang suka cakap ayat tergantung ke?
“Pearl, saya tinggal dekat Arrow, dekat
Swanston Street. Awak di La Trobe Street. Pearl Ratna, kita berjiran!”
Pearl ketap bibir sambil renung sepasang
mata buntang di sisinya. Mereka berjiran? Mana ada! Pearl geleng sambil sua
cawan teh sedikit. Kemudian teh dicicip perlahan-lahan. Dia masih tak gemar
bercerita tentang butiran rumah kepada orang yang baharu dia kenal. Cukuplah
dia berikan nama jalan sahaja. Boleh kan?
Reynolds Hanafi angguk. Okay, let’s take it easy! Mungkin dia
perlu cool down sedikit. Pearl nampak
terkejut dengan kenyataan ini. Kenapa? Ah,
think positive.
Mungkin sahaja si dia ini mahu
menikmati teh suam di genggaman. Dia pun peminat tegar kopi hangat. Dia faham
nikmat minum air di kala masih suam. Tapi kalau beri dia mocha, lagi dia layan.
Cawan kopi di tangan sendiri di bawa ke mulut.
Allah! Tak feeling langsung! Sekarang dia betul-betul mahukan taruhan antara
dia dan Kak Ann. Cawan diletak semula di atas dulang plastik.
Rayn toleh ke sisi. “Kak Ann...”
“Hmmm?”
Kakak dia sedang layan chai. Pasti
tanpa gula. “This is too bland! I nak
Max, sekarang.” Dan Kak Ann setakat cemik hidung. Kak Ann faham bukan apa yang
cuba dia sampaikan?
Rayn cebir sedikit. Oh, macam tu ya,
Kak Ann? Kak Ann bajet dia tak ada harapan? Pandang rendah sungguh pada dia!
Baik. Dia akan dapatkan juga alamat dan nombor telefon Pearl. Percayalah. Oh,
dan secara sukarela. Bukan dia yang minta. Tengoklah nanti! “You’ll see.”
Laju Hanani toleh ke arah Rayn. Adik
dia sudah dapatkan alamat sebenar Pearl? Nombor telefon?
Rayn gerak-gerakkan kening sambil
ketawa nipis. Terus kakak dia tayang muka marah sambil ketap gigi. Padan muka!
Sejenak kemudian Rayn terfikir kembali,
La Trobe dan Arrow? Bayangan minda mula terlakar. La Trobe di sebelah situ.
Arrow di sebelah sini. Tapi, Jalan La Trobe itu panjang. Blok mana? Bangunan
yang mana satu?
Pearl Ratna turut alih pandangan ke
luar jendela. Bayang peta lokasi dua jalan mula terilusi di sebalik imbasan di
tingkap. Dia tahu bangunan Arrow yang Rayn maksudkan itu bangunan yang mana
satu. Awal-awal kuliah dulu, setiap hari dia lalu di hadapan suite apartment itu untuk pergi ke
kampus.
Bangunan di Melbourne tersusun dalam
petak blok, terpisah dengan grid jalan raya. Bangunan Arrow On Swanston, lokasinya di blok kejiranan di atas bukit.
Apartment yang dia sewa terletak di hujung blok satu lagi, di sekitar kawasan
hujung kaki bukit. Sebab itu dia tak setuju apabila Rayn kata mereka berjiran.
Jiran itu, untuk yang tinggal
berhampiran, Encik Rayn. Over betul
ayat lelaki ini. Mereka sekadar berjiran-blok sahajalah!
Kalau nak kata betul-betul berjiran,
haaa... apartment yang dia duduki sememangnya berjiran dengan kampus Rayn.
Sepelaung sahaja. La Trobe Street dan Swanston Street, dua jalan yang bertitik
silang di hadapan kampus RMIT.
Teman serumah dia, seorang peminat
setia butang snooze. Sudah terlajak
waktu, baharu nak bangun. Apabila sudah lewat, cuci muka sikit-sikit, tukar
baju, sembur minyak wangi, zaasss.
Teman serumah itu lesap ke kampus.
Tak mandi? Dia selalu bebelkan hal itu.
Tapi jawab si teman serumah, ‘Alah, mat saleh pun tak mandi juga.’
Memang betul pun, nak kata apa lagi.
Pensyarah dia pernah datang ke kampus untuk sesi kuliah mereka dengan gaya
pakaian serba ringkas dan rambut masih ala bedhead.
Nampak sangat baru bangun tidur. Selamba aje.
Itu belum lagi waktu tiba musim sejuk.
Bau dalam tram ibarat bau sebuah bilik tidur yang tak buka tingkap berbulan-bulan.
Musim sejuk lepas, dia lebih rela jalan kaki daripada bersesak dalam tram.
Rimas!
Tapi waktu itu, dia memang disarankan
jalan kaki selalu. Baik untuk kesihatan dia sepanjang tempoh itu. Saat macam
tu, pandai pula dia pasang niat nak cepat-cepat balik Malaysia. Mahu berkereta.
Tapi apabila datang godaan hidup yang agak selesa di Ozzy, rasa nak berpaling
tadah datang kembali.
Sekarang ini, dia pasang misi lain. Dia
mahu bekerja di luar negara sampai berkepuk duit dalam akaun Commonwealth Bank
dia tu. Rancangan dia kembali ke Melbourne untuk kali ini, dengan resolusi
khas.
Pearl tahu dia sentiasa dahagakan ilmu,
dahagakan pengalaman. Dia nak teruskan belajar-cara-mengajar daripada sudut
pandangan dunia kelas satu. Itu alasan dia beritahu mama dan ayah. Niat
tersirat dia yang satu lagi itu, tak siapa tahu. Sebenarnya, tak perlu sesiapa
pun ambil tahu.
Dia tahu mama dan ayah dah tak yakin
dengan dia. Tapi Pearl nekad. Sudah tiba masa untuk dia cipta sejarah sendiri,
dengan misi untuk diri sendiri, bukan lagi untuk orang lain.
Keputusannya, dia nak bermastautin luar
dari tanah sendiri, jauh di bumi kanggaru.
“Pearl...”
Panggilan yang membuatkan Pearl Ratna
toleh kembali ke kanan. Cawan teh di tangan kanannya dikerling. Sudah hampir
kosong rupa-rupanya. Dia hirup sehingga tak sedar teh itu sudah surut. Pearl
letak cawan di atas dulang kecil. Pandangannya fokus semula ke wajah Rayn.
“Ya?” Bisik Pearl dalam suara parau.
Rayn tayang buku nota.
Pearl Ratna alih pandangan, merenung
helaian yang sudah berconteng. Bila masa lelaki ini lakar peta kasar kawasan
CBD? Ada lukisan jalan di lokasi rumah dia, ada lokasi rumah Rayn. Ada lakaran
RMIT, dan Jalan Swanston yang panjang itu serta bangunan petunjuk yang lain.
Lakaran cincai, tapi... menarik! Boleh tak kalau dia nak siat lakaran ini dan
letak di atas meja di kampus?
“Kita tinggal dalam satu kawasan. We mingled within the same few blocks.”
Pen ditangan Rayn beralih-alih antara lakaran La Trobe Street dan apartment
Arrow.
Jeda.
Pearl Ratna hanya angguk mengiyakan
fakta disenaraikan lelaki itu. Kening dia sahaja yang mengacu persoalan,
‘jadi?’
“Tadi awak tulis, awak dah separuh
tahun tinggal dekat Melbourne. And I
assumed you went to campus on a daily basis too.” Sama seperti dirinya.
Pelajar pasca siswazah kebanyakannya amalkan waktu pejabat, bukan? Tokok Rayn
sendirian.
Pearl Ratna telan liur.
Nope,
Rayn. Not me. Not for the last three months. Balas Pearl dalam hati. Peritnya
hakikat ini. Tapi dia tayang wajah sesempurna mungkin. Tak perlu dia tunjuk
sebarang riak kepada lelaki ini.
“Tapi, kenapa kita tak pernah berjumpa
atau terserempak ya?”
Pearl senyum. Soalan itu, dia ada
sebahagian besar jawapannya. Dia tahu kebarangkalian kenapa mereka tidak pernah
bertemu. Tapi perlukah dia beritahu? Rasanya tak perlu. Lelaki ini siapa? Tak
relevan.
Pearl Ratna tayang senyum kosong. Dan dia
jongket bahu. Wajah yang berkerut penuh musykil di sisinya itu direnung
bersahaja.
Entahlah Encik Reynolds Hanafi. The real answers are for me to keep, and for
you to ponder upon. So, keep on wondering, mate!
__________________________
Hakcipta terpelihara. © Shirod Shukri. 2017
PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari.
462 mukasurat
Terbitan minggu ke-2 Januari.
462 mukasurat
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku.
Whatsapp +6014 620 6290
Atau
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini:
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini:
https://www.facebook.com/shirod.shukri
No comments:
Post a Comment