Wednesday, 27 August 2014

SHIROD Rambles v.08 : HOME

Day -7
Assalamu'alaikum

Shirod nak merapu. It has been quite a while since my last writings and my last doodlings. My last writing was at KLIA2 during last transit, a cerpendek on Rudi-Shak. Yang ni tunggu shirod balik Msia lah ya baru shirod release. Doodle? Ah! Dah lama tak buat. My japan house has turned into...shall i say storage? Mungkin. Kotak berderet, barang untuk dibuang, barang untuk dibawa pulang... Gila shirod! How long have you been living here? Empat tahun je kot?! Begini banyaknya harta benda, masyallah! Total madness! 
๐Ÿ‘†Ruang lapang kecil yang tinggal untuk membuka buku nota dan duduk sejenak sambil berpikir-pikir. 

Lagi bertambah gila bila di jepun ni, kita tak boleh buang sampah sembarangan. Ada certain hari untuk buang kertas/kotak, ada certain hari untuk kaca, ada hari raw rubbish (isnin & khamis sahaja). So in my 7-days timeline before return flight, shirod ada peluang satu hari sahaja untuk buang barang-barang yang tak mahu bawa pulang. Dan lagi satu, barang yang melebihi saiz 90cm lebar di jepun ni, perlu bayar untuk panggil orang sampah tu datang ambil sampah kita. Total chaos! Saat ini, bergempa bumi dah kocek ni, nak bayar 'sampah'. I will pour this feeling in fuad-dahl's plot , insyaAllah. In my list, I still have several unsolved 'rubbish', namely; single-size mattress, fridge, tv, washing machine. Siapa nak? Hihihi..

Ok then, I will update this piece regularly sampai hari perlepasan. InsyaAllah. It's like my diary, before I reach home safely insyaAllah next week. Lately, it feels weird not to write or doodle. Thus, that's the main reason, shirod grab handphone and start rambles di sini. 

And, may I share with you this one piece that I jotted down in flight, last few days, sebab sangat lemas tak dapat window seat, hence lah that word lemas pop-out! Jangan salah sangka. Sometimes ayat kita lain, orang faham lain. *jongket bahu satu kali* 

*harap-harap nampaklah ya apa yang tertulis dalam gambar tu. 


Ja matta ne. 
Wassalam 

Shirod. 2014.08.27. 19.18pm. Tokyo-home. 


***


Day -6
Salam. 
Have a break...
Have a....err...hanger...??

One thing which I can considered as expensive in Tokyo...is this...cloth hanger. 
Additional info: hanger ni semua turun temurun shirod dapat daripada senior, senior tu pun dpt daripada super senior, dan shirod akan turunkan pada junior. Junior itu akan pass lagi selepas dia settle pakai... Jadi, ini adalah hanger turun temurun pelajar Malaysia :) 


Dan hanger juga, adalah antara barang yang senang kita nak let-go kepada 'kohai' / adik junior...sebab dia benda 'mahal'. :) 

Ja ne :) 
SS. 28.08.2014. 0.16am. Tokyo-home. 


***


Day -5
Kenapa tiba-tiba jadi Day -5? 
Ahahaha...sebab Shirod salah kira hari. Tinggal lima hari sahaja! 

Hari ini bermula daripada pagi, Alhamdulillah. From tight pocket, situation changed miraculously, Alhamdulillah, into bigger pocket. 
Morning, a friend help me to contact the person who pick-up massive household furniture and electrical stuff. Dekat sini, masyarakatnya dididik untuk kitar semula barang-barang. So we called two different recycle sections; one for electrical things, another one for mattress and blankets etc. 

Poket dah nak menyusut: 
Single-size mattress 
Futon 
Total 6,000¥. 
+~RM200.

Fridge
Washing machine 
Tv
Rak tv. 
Total 19,000¥ 
+~RM650.

Alhamdulillah, by noon, dapat satu email from a stranger. A Vietnamese student. Dia nak cari perabot dan barang rumah. Shirod jemput dia datang rumah. 

Dia sampai rumah, tangan dia tunjuk sana sini. I want this, this..this...etc. 
Lega. 

Lori recycle datang, cuma bayar harga tv sahaja 5,900¥ pada otosan tu. Dia siap tanya, tak ada lagi ke? Maaf, otosan. Itu sahaja :) 




Half of the house is currently emptied. Alhamdulillah. 
Sambung lagi selepas maghrib nanti. 

Tentative for tomorrow: buang sampah plastik, botol kaca. 

InsyaAllah. 

SS. 28.08.2014. 16.40pm. Tokyo-home


***


Day -4
Slow motion 
Hari ni semua macam bergerak dalam kelajuan sloth. 'Fuad' and 'Rizqy' will go for solat Jumaat at around 12pm ++. So basically we will start sending 'rubbish' to the recycle center after solat Jumaat. 

Tentatif 1: selesaikan pack buku. Need to give away more books. Why? Terlebih muatan. Sad..sad...sad

Tentatif 2: pelajar Vietnam angkat barang yang dia dah pilih sekejap lagi. So, another quarter of the house will be cleared. InsyaAllah. 

Tentatif 3: urusan buang sampah di pusat kitar semula. Caj setiap ikatan barang/baju lama/buku/kertas yang hendak dibuang mungkin sekitar 20¥ seikat. Okaylah tu. 

Dua tiga hari ni rasa macam banyak bercakap hal sampah..hehhe... Macam tulis artikel pengurusan sampah di jepun pulak rasanya. 

Okay, kerana waktu yang senggang, kerana semua still in sloth mode, ada lah masa nak merapu ni.

Oh! Ada lagi satu misi. Misi makanan special jepun, 1 japanese meal /day. 

Last two days, been eating japanese full course meal at different restaurants. Ikut tekak and perut 'Fuad' & 'Rizqy' nilah. 


Today, misi sushi or okonomiyaki kot. We'll update by the end of the day. 

Ja ne. 

SS. 29.08.2014. 9.23am. Tokyo-home. 


***


Day -4
Rescue
Ini cerita semalam, tapi diceritakan hari ini. Semalam malam, lepak. Knock-out! 

Selepas slow-mo morning, everything turned hectic after lunch hour. Terima email, kena pergi ambil flight tiket di Shinjuku. Terus naik densha (keretapi) pergi sana. Shinjuku ni satu stesyen besar, macam sentral. Ada banyak exits. Tapi bila dah keluar west exit macam yang tour agent suggest in map, I was a bit lost. Nak ke kanan, atau ke kiri west exit? Ada dua tangga ke jalan utama. Not sure which way to go. So, shirod pergi 'koban'. Koban ni balai polis kecil. Bila tanya seorang pak polisi, dia jawab macam blur-blur. Tapi dia tunjuklah kena naik tangga, massugu (jalan terus), bangunan tu selepas lima lampu trafik. Tapi gaya macam nak tak nak je jawab. Jangan ingat dekat jepun semua orang baik sopan santun. Ada juga orang tempatan yang tak suka orang luar, samalah macam kita kat negara kita kan? Embraced the differents, love. Telan. 

Okay, sebelum bergerak, shirod and geng review semula map yang ada dekat dinding. Bila nak naik tangga, ada cuitan di bahu. Satu lelaki jepun, senyum. 
'Bukan,' dia cakap. 'Ikut tangga yang itu, bukan yang ini. Lepas naik tangga ni, nampak Uniqlo terus lagi, jalan terus sampai ada Tully's cafe...bla bla...' Rupanya daripada dekat map dia tengokkan kitorang, katanya. Dia kata dia nampak kitorang berbual dengan pak polisi blur. Dia nampak kitorang tunjuk bangunan yang nak dituju. Dan dia explain lebih details daripada pak polisi punya explanation. Bagus betul mamat tu. Semoga Allah swt balas kebaikan dia dengan kebaikan juga untuk dirinya, ameen. 


๐Ÿ‘† pemandangan Shinjuku daripada pejabat tour travel. 

Bila dah selesai urusan tiket, niat di hati mahu lunch+dinner. Kalau sudah di Shinjuku, jawabnya no japanese meal lah. Terus ke favorite Shinjuku spot kitorang... 



By the time sampai rumah semula, dah maghrib. Selepas isya', datanglah dua rescue team. Rescuer sampah. Both kawan ni tolong sort sampah. Plastic goes with plastic. Combustibles, non combustibles, boxes, papers etc. Ahli cekap bahagian sampah diorang ni! Terkesima sekejap tengok my friend ni expert sungguh sort sampah. And these rubbish are to be sent to recycling center this morning. Team sampah sedang menjalankan tugas saat ayat ini ditulis. Hantar sampah tu pun berbayar, 20¥ atau RM0.60 setiap longgok. Bolehlah tu.  Dan sekarang baru boleh goyang kaki sikit. Rumah sudah kosong. Yang tinggal hanya beg yang bakal naik flight nanti. Dan kotak buku yang mahu dipos ikut servis kapal, dua bulan baru sampai Malaysia. 


Dan bila ada waktu lapang ni, mula terfikir semula apa yang jadi hari ini. Allah swt sent rescuers through many people. The vietnamese student, the guy who helped me at Shinjuku eki, the sampah team (sorry guys, ku label korang sampah team walau yang sebenarnya korang adalah gems! Tapi korang tak baca pun article ku ini ...hihihi). So back to the muhasabah session, Allah knows best. Bila kita susah, Dia hantar bantuan. Orang-orang yang membantu shirod hari ini tak akan datang tolong kecuali bila Allah swt buka hati diorang untuk tolong. Hati manusia Allah yang pegang. Sangat betul, dan sangat terasa di saat-saat kelam kabut ini. Kita mohon bantuan manusia, tapi kita mengharap pada Allah swt di dalam hati. Kalau ada izin Allah, dapatlah kita bantuan. Jangan marah kalau orang tak nak tolong kita, sebab mungkin bantuan dia tak sebaik yang Allah nak susun untuk kita. Alhamdulillah for all the rescuer and non-rescuer for me today. 

Okay. 
Packing done. 

Sekarang misi mengemas dapur kesan sesi pemasakan yang berleluasa. Esok tuan rumah nak datang check. Kalau ada major kerosakan, deposit rumah sebulan burn. Tapi kebiasaannya memang lumrah burn duit deposit tu. Jarang tuan rumah pulangkan semula. 

Baiklah, misi Cindi-tak-rela pula hari ni. 
Scrub the floor...
Do the dishes...
Etc...etc... 
Until the house glows! 
Hihi

Till next rambles session. 
Matta ne! 
Wassalam. 

SS. 30.08.2014. 9.34am. Tokyo-home. 

***


Day-3
The End. 

emptied. 
kosong. 


The end. 

20.05pm. 30.08.2014. Tokyo-home. 

***
Day-3
Last sushi at japanese sushiro

Malam ini, dinner sushi. 
My favorite: Aburi salmon (sushi salmon mayo bakar), Aburi ebi (sushi udang with mayo bakar), Ebi avocado (sushi udang with avocado), Salmon avocado (salmon with avocado). 

๐Ÿ‘†aburi salmon


๐Ÿ‘† aburi ebi 

Will miss this walking session, jalan ramai-ramai, pergi sushiro (kedai sushi 100¥ sepinggan) dekat belakang rumah. 

InsyaAllah, someday kita datang lagi ya, sushiro. Sayonara. 

And today, shirod jumpa satu keratan akhbar lama. Shirod koyak satu mukasurat ni daripada suratkhabar yang shirod naik, first flight shirod untuk further study kat sini. Dated 31.08.2010. Esok, ia genap 4 tahun. Alhamdulillah. Empat tahun yang penuh dengan macam-macam ups and downs, including blog ni lah. Hihihi... 

Ok then, itu sahaja. This route to home journal end here. 


Maaf kalau bahasanya compang camping. 
Maaf kalau tercuit perasaan sesiapa. 
Maaf kalau entry ni entah apa-apa. 
Shirod just poured what comes in mind. 
As part of my travelogue. 
*Haiiihhh..lepas ni travelogue on work! Aiyakkk! 

Bismillahhirrahmannirrahim. 
Wassalam. 

SS. 30.08.2014. 23.18pm. Tokyo-home. 



Tuesday, 5 August 2014

SHIROD Rambles v.07 Qaseh's Updates

Assalamualaikum 

Dear love :) 
Salam Aidlifitri

So, hadiah Aidilfitri shirod is our beloved series of #QASEH.

Shirod will updates one vol. each week kat sini. InsyaAllah. 
And there will be times when shirod will updates snipputs (snippet+seciput) dekat helipad grup fb kita, sekali sekala, in between the full-entries. Snipput Qaseh vol.04 dah ada di wall group: 



So, anyone willing to fly to our facebook group helipad, here's the links: 


See you there, love :) 
Arigatou gozaimasu. 
Ja ne! 

Shirod Shukri 

Friday, 1 August 2014

Qaseh v.01

Qaseh v.01



Kedengaran beberapa ketukan di muka pintu. Qaseh angkat sedikit pandangannya. "Hmmm?" 

Ada wajah kecil bertudung terjongol di sebalik daun pintu pejabat.

"Errr...Puan Qaseh, ni dah nak masuk Zohor ni, err...saya nak balik dulu...boleh ke?" Serba salah nada suaranya. Suara Zaidah Halim, pembantu peribadi dia. 

Qaseh tanggalkan cermin mata bacaannya perlahan-lahan. Dia tarik nafas, juga perlahan. Nafas dihembus. Masih bereaksi dalam keadaan senyap. 

Pandangan mata difokus pada jam digital di satu sudut mejanya. Pukul dua belas, tujuh belas minit tengahari. Pandangan Qaseh beralih pada si dia yang berdiri kaku di bukaan pintu. Senyap lagi. 

Dan sesaat...Qaseh larik senyum manis. 

"Baliklah, Kak Zed. Qaseh banyak kerja lagi ni. Kak Zed kan memang saya dah bagi half day hari ni, baliklah kak." Ucap Qaseh, mesra.

"Akak gerak dulu ya...Qaseh jangan lama-lama sangat duduk pejabat sorang-sorang. Bahaya Qaseh. Orang dah ramai balik kampung, area pejabat-pejabat sini dah lengang." 

Zaidah melangkah menghampiri meja Qaseh. Walaupun dia lebih berusia berbanding bos di hadapannya ini, Zaidah tetap hormatkan Qaseh. Hanya bila mereka berdua sahaja, bahasa gelaran formal dilucutkan daripada bicara. 

Tahap hormat Zaidah berasaskan dua sebab yang kukuh. 

Satu, Zaidah senang dengan sikap Qaseh yang tidak pernah kasar terhadap dia. Qaseh tidak pernah mengambil kesempatan atas status pengarah syarikat yang dijawatnya. 

Dua, kerana kasih sayangnya sendiri terhadap Qaseh. 

Qaseh Kawsar ibarat adik angkatnya. Qaseh Kawsar membesar di hadapan mata dia. Sebelas tahun Zaidah menjadi pembantu peribadi arwah ayah Qaseh, sebelas tahun itu jugalah arwah Haji Kamarul seringkali bawa anak bongsunya ini ke pejabat. 

Zaidah sendiri jadi saksi Qaseh pulang daripada sekolah, selesaikan kerja sekolah di bilik mesyuarat di hujung pejabat ini. Qaseh sentiasa sabar menanti ayahnya selesai kerja dan pulang bersama. Setianya Qaseh bersama arwah ayahnya tidak dapat disangkal. 

Dan dua tahun lalu, Qaseh Kawsar pegang tampuk pemerintahan pejabat ini...tanpa rela sebenarnya. Atas 'arahan mendadak' pada wasiat yang ditinggalkan arwah Haji Kamarul. 

Cara pemergian arwah bosnya itu sendiri agak mengejut. Tak siapa menyangka Haji Kamarul yang sentiasa nampak sihat itu adalah seorang penghidap penyakit jantung. Zaidah, orang yang paling rapat dengan Datuk Kamarul, yang langsung tak pernah suka menggunakan gelaran itu di hadapan namanya, pun tak mengetahui tentang penyakit arwah. 

Kasihan Qaseh, terpaksa menanggung beban mengendali syarikat di usia muda. 

"Qaseh..." Zaidah sudah berdiri rapat di hadapan meja kerja bosnya. 

"Ya kak." Qaseh Kawsar boleh mengagak apa yang mahu dibicarakan kakak angkat dia seorang ini. Bibirnya menguntum senyum.

"Qaseh raya rumah akak ya? Datang malam ni pun tak apa. Tidur rumah akak. Rewang-rewang masak rendang, masak serunding dengan keluarga akak. Nak?" 

Qaseh lunjurkan tangan kanannya mendepa menyeberang lebar meja. Tapak tangan ditadah. Permohonan senyap agar tangannya disambut. 

Zaidah Halim sambut genggaman salam Qaseh. Mereka sama-sama bertukar senyuman. 

"Kak Zed tak payah risaukan Qaseh. Qas okay je kat rumah. Mak Jah ada. Pak Yem pun ada. Tak sunyilah."

"Hmmm...kalau sunyi datang rumah akak ya. Anak-anak akak suka kalau Qaseh datang rumah." 

"InsyaAllah, nanti raya kedua ke, raya ketiga ke...Qaseh datang ya. Raya pertama Qaseh nak jenguk..." Terdiam. Qaseh pandang mata si kakak.

Zaidah Halim mengangguk bisu. Mengerti sepenuhnya ayat terputus di bibir Qaseh tadi. 

"Baliklah kak. Kirim salam abang and kids." Qaseh bangun daripada kerusinya. Dia berjalan ke arah Zaidah. Salam dihulur. 

Sempat Zaidah kerling set baju kurung longgar yang tersarung di badan Qaseh. Cantik. Tapi bukan itu yang buat pandangan mata Zaidah masih kekal di baju Qaseh. 

"Jaga diri, dik. Jaga makan. Jangan makan yang bukan-bukan sangat." Zaidah peluk Qaseh erat. "Anything, call akak. At any time, malam buta pun tak apa." 

"Ya kak, dah...pergi balik sana kak. Kids dah tunggu kat rumah tu. Nak Qas guna kuasa bos ke ni?"

Spontan mereka gelak bersama. 

Zaidah Halim lurutkan pegangan tangan dia. Kemudian dia melangkah  berat ke arah pintu. Seberat hatinya untuk membiarkan Qaseh Kawsar menyambut Aidilfitri seorang diri. 

✂️

© 2014. shirod shukri 





Wednesday, 30 April 2014

SHIROD Rambles v.06: shirodryoriOshimasu

#shirod main masak-masak lagi. With Deen, Rayn and Rich...






Ding! Ding! Ding! Ding!
Bertalu-talu bunyi loceng di pintu. 

Rayn dan Richard sedang melepak di ruang tamu. Melayan Walking Dead. Back-to-back. Saat genting ni!  Saat pagar kem lindungan mereka hendak diroboh zombie. 

Rayn angkat kening, "turn kau!" 

"Ahh! Balik balik aku!" Membebel, tapi bangun juga Richard membuka pintu. Iya lah, sedar diri. Dia sekadar tetamu. 

Di balik pintu. Deen berdiri tegak di situ. Tangan kanan dan kiri penuh dengan jinjing beberapa beg plastik. 

"Assalamualaikum!" Terus terjah masuk ke rumah bujang milik Reynolds Hanafi itu. Apartment di Danga Bay, siap dengan pemandangan cantik menghala ke Singapura. 

"Waalaikumusalam." Bisik Richard. Diperhatikan saja gerak langkah kalut Rizal Deen. Kesemua beg plastik diletak di meja kaunter. Di dapur. Sudah kenapa mamat seorang ni? Kalut macam ni...

Richard tutup pintu. "Kau apa hal Deen? Kelam kabut je ni!" Jari telunjuknya berlari-lari menuding ke arah beg-beg plastik. "Tu apa? Nak buat apa? Bahan masak ke? Kau nak masak?" 

Deen bercekak pinggang. Sebelah tangan diangkat separas dada, "sekejap!" Senyap sesaat dua. Tarik nafas. Semput terasa. Ini semua kalau tak kerana Cik Cindi-tak-rela, takkan dia buat ini semua. 

Selamba Deen melangkah ke peti sejuk pula. Buat macam rumah sendiri. Seperti kebiasannya, penuh peti ais Rayn. Ada air tin 7up. Ada jus oren. Banyaknya yogurt! Dan pilih punya pilih, Deen ambil sekotak Peel Fresh akhirnya. Satu mug dicapai. Air oren dituang, "ahhhh..." Baru terasa betapa leganya tekak dia! 

Rayn yang sedari tadi menghadap televisyen pun berganjak ke ruang dapur. Rancak benar dia mendengar Rich menegur Deen. Apa benda pulak lah budak-budak ni...

Kini, ketiga-tiga lelaki itu berdiri di setiap satu penjuru meja kaunter. Berpaling-paling wajah. Apa? 

"It's her birthday! Aku janji aku nak buat something special..." Luah Deen. Akhirnya...

"Birthday siapa? Her siapa?" Richard bingung. Senarai kenalan perempuan Deen penuh sebuku folder name-card. Tak salah kalau dia terpaksa teka.

Deen guling anak matanya. "Birthday Cindi lah. Mana ada lagi yang lain..." 

"So, apa masalahnya?...celebrate je lah! Dah sah apa, nak buat celebration kategori mana pun boleh..." Disusuli high-five Richard dan Rayn. Ketawa-ketawa lelaki bujang berdua tu.

"Kurangggg lah tu!" Deen geleng kepala. Aura bujang dia masih ada lagi ke? Dah nampak sangat aura suami-suami ke? 

Rayn hentikan tawa juga akhirnya, "okay, okay bro... ni nak masak apa?" 

"Ayam panggang. Yang macam kita buat zaman degree dulu. Aku lupa lah cara dia..." Tangan Deen sudah menyelongkar kesemua bahan-bahan. 

Rayn datang merapat. "Mana tak lupa, lu yang selalu mengelat! Orang masak, lu membuta!" 

Ketawa meledak lagi. Kenangan zaman belajar mereka dulu sememangnya tak dapat dilupakan. Walau berlainan universiti, berlainan jurusan, berlainan tahap pengajian, tapi mereka tetap satu kepala. Menyewa rumah bersama. 

"Apa pulak mengelat. Aku kerja bro. Korang lain lah, belajar full time. Aku double task bro!" Deen tak puas hati. Mana ada dia mengelak. Dia penat. Kerja dan belajar dalam satu masa. Balik rumah, yang dicari cuma bantal saja. Lain tak ada. 

"Eleh! Kalau pergi jum..."

"Dah lah wei...karang Cindi balik, kau tak balik lagi..." 

Rayn baru saja hendak gali kisah dating Deen, tapi sudah dicantas Richard Krisnan pula. 

Serta-merta tiga lelaki mengambil alih tugas masing-masing. Macam tahu-tahu saja. Ibarat di rumah sewa lama mereka dahulu. 

Bahan-bahan sama-sama disemak Rayn dan Deen. Richard sudah bergerak menghangatkan oven. 

"Kau blender semua ni." Arah Rayn. 

"Semua?" Deen jungkit kening. Bahan-bahan yang diasingkan Reynolds Hanafi dipandang. Ada bawang merah, bawang putih, halia dan satu labu lada hijau. 

"Ya semua. Ikut je cakap chef-cikgi Rayn ni." Richard mencelah lagi. Bahu Rayn ditepuk sekali. Richard capai pula lobak dan kentang. Kulitnya dibersihkan satu persatu di sink bersebelahan Rayn. 

"Aku bersihkan ayam sekejap. Nasib baik kau pandai Deen... Tahu pulak kau beli bahagian maryland chicken ni." Lapan keratan ayam bahagian peha dan dada dicuci bersih oleh Rayn. 

Deen yang tadi sibuk dengan alat pengisar berpaling tubuh, "Lepas tu, bro?" Blender berisi kisaran bahan tadi diangkat separas wajah. 

"Come. Bawak sini. Tumis dulu dalam periuk ni." 

Tangkas Rayn bekerja. Olive oil dituang memenuhi dasar periuk. Bahan kisar dimasukkan. Berdesir. Tak sampai lima minit, harum bau tumisan bawang mengisi segenap ruang rumah. 

Deen berdiri sambil menyinsing lengan kemeja ke paras atas sikunya. Selit baju di pinggang ditarik juga. Lebih selesa. 

"Kan dah kuning-kuning ni kan, dah wangi kan bau dia, hah...kau dah boleh campak je semua. Masukkan je semua." Jelas Rayn sambil tangannya memusing-musing sudip kayu di dalam periuk. 

"Masuk apa? Campak apa?" Blur! 

Papp! Richard tepuk bahu Deen. "Blur lah kau bro! Takkan gabra nak treat orang rumah sampai macam ni sekali jadinya Abang Deen kita weiii!" Richard gelak lagi. 

Disahut gelak Reynolds Hanafi. 

Terfikir lagi di benak Richard, 'hai lah suami!' Kalau Deen yang serba serbi terkenal 'taff paling macho' antara mereka bertiga pun sudah begini gayanya bila tiba bab hal ehwal isteri, macamana lah agaknya dia dan Adinda nanti. Tak sabarnya nak tunggu saat-saat hendak melayan Adinda layanan istimewa begini. 

"Hah! Berangan!" Rayn tepuk dahi Richard. 

"Apa?" Richard gosok dahinya. Tak sakit pun. Tindakan refleks sahaja. 

"Berangan Adinda lah tu?" Serkap Rizal Deen pula. 

"Siapa lagi bro! Adinda beta lah!" Sengih memanjang Richard Krisnan sambil tangan laju memotong kentang dan lobak menjadi kiub sederhana besar. Siap dipotong kesemuanya, dimasukkan pula di dalam periuk yang sudah penuh dengan potongan ayam bersalut bahan tumisan. 

"Okay, kita tunggu sekejap. Sepuluh minit. Let the chicken cook halfway."  

"Kenapa kau tumis semua dulu bro, aku tengok chef mat saleh masak semua sumbat je dalam oven sekali jalan..." Soalan si blur. 

"Macam ni cepat sikit. Ayam half cook dalam periuk. Halfway lagi dalam oven. Kalau roast straight in the oven, lama sangat nak tunggu. Kau nak cepat kan? Aku buatlah cara separuh-separuh macam ni." 

Sambil menanti tumisan ayam, lobak dan kentang di dalam periuk, Rayn capai lagi dua mug. Untuk dia dan Richard. Santai mereka melepak di meja kaunter. Angin bayu yang menerpa dari pintu sliding balkoni terasa sangat mendamaikan. 

"Rayn, kau macamana? Jadi kahwin?" Tanya Deen. Mug berisi air oren dipusing-pusing. 

"InsyaAllah. Tengah tunggu sibling dia  confirm tarikh nak balik daripada New Zealand. Confirm je, kitorang proceed application kat pejabat khadi." Senyum lagi seorang bakal suami. 

"Kau Rich?" Soalan beralih kepada calon suami seorang lagi. Kisah bakal pengantin ini lagi sadis daripada kisah dia dan Rayn. 

"Insyallah. Sebulan lagi. Insyallah! Entahlah. Kejap jadi. Kejap tak jadi. Hopefully kali ni jadi, tak ada halangan macam dulu lagi." Kedengaran Richard tarik nafas dalam. Rayn dan Deen tunduk menghadap mug masing-masing. Sememangnya jalan cerita jodoh mereka bermacam gaya. Tak ada yang sama. 

Deen kalih pandang ke arah jam dinding. "Hey! Dah nak dekat sepuluh minit ni Rayn... Lepas tu macamana? Nak buat apa?" Tanya Deen. Teruja semula. 

"Okay, lepas ni kau buat sendiri. Air tangan kau saja untuk Cindi." 

Deen gosok-gosok kedua telapak tangannya. Bibir digigit sekejap. "Boleh, boleh... aku nak jampi-jampi sikit. Biar lembut sikit si Cindi tu dengan aku." Dan tersengih-sengih si lelaki bertiga itu ketawa. Faham akan apa yang dilalui Rizal Deen dan isterinya, Cindi Aisyah. 

Rayn ringan tangan saja melapik dulang pembakar dengan kertas aluminum. "Okay Deen, lepas ni kau keluarkan ayam, kentang, lobak daripada periuk tu... kau letak dalam mixing bowl ni." Rayn hulur satu mangkuk besi sederhana besar kepada Deen. 

Arahan seterusnya, "Kau tabur garam, lada hitam, basil, thyme. Kicap dengan madu pun kau jirus atas dia. Mix, ratakan semua keliling ayam. Kalau nak pedas lagi, boleh tambah serbuk lada. Serbuk kari pun boleh." 

"Jangan! Cindi tak tahan makan pedas. Tak macam lidah kita." 

"Pssst! Kau dah rasa eh lidah dia?" Richard yang bertanya, jungkit-jungkit sebelah kening. 

"Lu kurang asam eh Rich! Gurau 18sx eh dengan gua! Asik kena kan gua je sekarang ni! Nanti siap kau ya... siap lah turn lu nanti, wa kasi bakorr!" 

Terbahak-bahak Richard dan Rayn ketawa. 

"Dah, dah! Cepat! Tak siap nanti ni..." Deen akur dengan teguran Rayn. Ligat tangannya melumur ayam. 

"Dah lumur rata, letak ayam tu atas dulang besi ni. Susun flat semua, jangan bertindih. Nanti tak masak sama rata bahagian yang tertindih tu." 

Deen akur lagi. Setelah ayam, kentang dan lobak tersusun cantik di atas dulang, "Lepas tu?" 

Rayn hulur sudip kepada Deen, "scoop bahan kuah tumis tu, jirus sikit-sikit atas ayam. Tambah perisa dia." 

Deen akur lagi. Mengikut saja arahan Chef Rayn. Richard bersantau sahaja, sekadar menonton daripada seberang meja kaunter. 

"Okay, dah siap." Deen tersenyum. "Macam jadi je ni..."

"Walhal, panggang pun belum Encik Deen." Richard lagi. Penyakat terbaik sedari tadi. 

"Dah siap tu masuklah tray tu dalam oven sana." Richard bersuara lagi, "tu lah! Dulu kecik-kecik mak suruh belajar masak, kau lari tak mau!" Sakat lagi si suami yang baru nak belajar jadi mithali itu. 

Deen dah tak tahan dengan usikan Richard. Sempat dia capai sisa hujung lebihan carrot di meja kaunter. Dicampak ke dahi Richard. 

"Auchhhh!" Mengaduh Richard. Kali ini betul-betul dahinya sakit. 

"Wey! Kecah rumah aku! Behave! Korang tak kemas, siap eh!" Chef Rayn dah naik hangin! "Masukkan ayam dalam oven cepat lah Deen! Pukul berapa nak siap kalau macam ni!" 

"Iya! Iya! Relaks lah bro! Chill!" Lantas Deen masukkan sedulang ayam itu ke dalam oven. 

Richard pula datang merapati oven bila dilihat Deen masih terkial-kial. Beberapa butang dilaras. 210 degrees C. Empat puluh lima minit. Butang 'start' ditekan. "Okay, done.  Jom Rayn, sambung zombie!" 

"Wey aku?" Deen tuding jari pada dada sendiri. 

"Kau kemas ni semua. Kau yang punya angkara. Silakanlah ya." Ucap Rayn dalam gelak tawa. 

"Sii..." Tak jadi Deen nak habiskan ayat carutan yang hampir terluncur dari mulutnya. Teringat akan nasihat si isteri. Kepala digeleng sahaja melihat kawan-kawannya sudah santai berbaring di sofa. Tak boleh harap punya kawan! 


SATU jam kemudian...

Ketiga-tiga lelaki berdiri tegak menghadap sedulang ayam panggang. 

Rayn capai set pisau dan garfu daripada bekasnya di hujung sudut meja. Peha ayam dihiris sedikit. Hirisan ayam dicucuk, disuap ke dalam mulut. "Rasa ada. Sedap. Ada kualiti. Moist and yummy." 

"Kau tengah puji diri sendiri ke apa ni?" Tanya Deen. 

Richard pula capai pisau di tangan Rayn. Garfu diambil yang lain. Disuap juga hirisan ayam ke mulut. 

"Hmmm. Sedap. Betul lah Chef Rayn, sedap!" 

"Eh tapi kenapa rupa dia gelap semacam?" 

"Dah kau ikut kitorang layan zombie tu jugak tadi kenapa? Tak palingkan ayam tu... jadi lah dia gelap sebelah macam ni..." Chef Rayn berbalas hujah. 

"Boleh ke ni nak hidang dekat Cindi macam ni?" Sesaat Deen pandang wajah Rayn, kemudian kalih pandang ke wajah Richard pula. Kemudian menghadap dulang berisi ayam panggang yang agak gelap. 

"Boleh Deen! Kalau Cindi sayang kau, insyaAllah dia terima je apa pun kau masak.." 

"So...take this as sayang test... Kalau Puan Cindi sayang Encik Deen..." Rayn tepuk-tepuk bahu Rizal Deen, "dia akan terima kau seadanya... walaupun kau bagi dia ayam separa rentung ni!" 

"Terbaik lah kawan-kawanku... Terbaik sungguh!" Deen dongak menghadap siling, "Ya Allah! Kau lembut kan lah hati Cindi!" 

Serentak Rayn dan Richard menadah tangan menyambut doa sahabat mereka, "Ameen!" 

Copyright © 2014. Shirod Shukri. All rights reserved. 

Saturday, 22 March 2014

SHIROD Rambles v.04: IMAN inbox vol.12



IMAN inbox is a story of hidden loves in Richard Krisnan, Adinda Alwi and Taufik Tarmizi. 
Cerita biasa..santai santai lepak lepak je shirod buat pada awalnya..tapi jadi meng'stress'kan banyak pihak ...gulppp.. 
Jadi shirod rephrases ayat shirod, shirod MENAIP cerita ini dalam keadaan santai n lepak lepak...sambil tengok tv, sambil tunggu CNN update MH370, sambil dalam train, sambil bancuh kopi kat pantry...tapi cerita nya tidak lah santai ya, readers..? What say you? Ahaksss... 

This has been a very wonderful experience in plot writings...as shirod posts, love readers give feedback, and shirod twist plots further! The feelings is mutual, readers rasa ups n downs perasaan Adinda-Richard-Taufik. Shirod felt your frustations towards the scene, your happiness when the scene berbunga bunga, your hate..every single comment shirod digs n tried to improve in every sense that I can. 

Herewith, is a chapter for viewers yang belum ada dalam group fb shirod shukri love travelers.... Join us there! 

____________
The full entry for this volume were deleted. :) peace