Monday, 10 March 2014

Cerpen-dek: CINDI-tak-RELA

Cerpen-dek : CINDI-tak-RELA
11 Februari 2014




KLIA.
Di hadapan pintu Gate A8. Dia sepatutnya menunggu di pintu bertanda A8. Tapi kenapa dipenuhi orang-orang gelap yang ramai ini?
Tenaga buruh negara kah ini?
Di mana perginya anak-anak pemilik kartu negara biru?
Satu pertiga pesawat kalau nak dikira ni. Dahssyaaatt!

"Sorry, adik maniss, saya mahu tanya. Ini pirigi Johor? Ada betulll?" Tiba-tiba dirinya disapa. Bisikan diri terhenti. Liur ditelan.
Terkedu.
"Err...ya..ya. Pergi Johor." Ringkas dia menjawab.
"Terima kasih."
"Sama-sama."

Jangan tunggu lagi.
No.talking.to.stranger!
Lebih baik bersikap prejudis, daripada jadi free-'chikedees'!

Cepat-cepat dia beralih ke pintu A7. Bukannya jauh. Bertentangan sahaja. Melabuhkan duduk di kerusi yang diletakkan sepanjang laluan ke pintu check-in A7.
Sempat memberi peringatan untuk dirinya sendiri, 'Jangan salah gate!'

Di kerusi yang diduduki, ada selang satu kerusi kosong. Ada seorang lelaki yang resah gelisah.
"Penerbangan ke Kota Bharu di tunda..." Bergema.
"Damn! #*\#! Again!" Keluh si lelaki seorang diri. Nafas berat dilepaskan.

Automatik kepalanya tertoleh ke kanan, mencari wajah yang bersuara itu.

Si lelaki dot-dot yang sedang elok duduk membongkok, siku menongkat badan, turut tertoleh ke kiri. Baru menyedari yang keluhannya terluah agak kuat dan didengari orang di kiri kanannya.

"Tak payah lah nak damn damn bagai. Damn banyak mana pun, flight tu tak jadik cepat pun." Sindiran ikhlas. Mulut berkata-kata menuju kepada si lelaki, tapi wajah ditala tegak ke gateway sebenar, bertentangan di sana.

Makan dalam...makan dalam! Si lelaki angkat kening, "Like I care?"

"Ada budak kecil kan sebelah awak tu. Yes! You should care! Budi bahasa budaya kita. Bagus lah tu. Tunjuk lah kat budak kecik tu budaya damn awak tu!" Intonasi yang dia gunakan masih bernada lembut tapi kasar bermakna. Tangan menyelak helaian sebuah buku. Multi-tasking. Mata melihat isi kandungan daily-planner di tangannya itu. Otak berfikir. Esok? Apa jadual nya esok?

Si lelaki toleh ke kanannya pula. Ada budak? Damn! Budak kecil yang dimaksudkan sedang tersenyum kepadanya.

"Hi uncle. Damn! #*\#! Again!" Senyum.

"Errr..." Terkesima. Kembali menoleh ke kiri, "err, sorry. My bad. Tak perasan ada budak."

"Ada budak, takde budak. Tak payah bermaki maki kan lagi baik. Tak geti nak jaga lidah. Nampak educated, nampak civilize sangat, tapi...huh! Sendiri mau pikir lah."

Adehh! Koyak jantung mendengar ayat si dia ni, fikir si lelaki.

Senyap. Jeda.
"Tunggu flight KB juga?"
Senyap.
"Dari mana?"
Senyap.
"Bisu?" Memang lah tidak.
Berbalas! Berbalas jelingan tajam. Auch!

"Panggilan untuk penumpang ke Johor Bahru, penerbangan MH1063, sila ke pintu A8..." Berkumandang di ruang udara.

"Bisu ya? Hmmmm... Saya, TAK RELA nak berkenalan dengan orang yang tak geti jaga bahasa. Your choice of words, describe who you are, mister!" Sengaja ayat 'tak rela' ditekan. Ditambah perisa pula dengan reaksi jengkel di wajah. Punggung diangkat. Gerak melangkah menuju ke pintu A8.

Dia lebih rela beratur panjang bersama pendatang-pendatang yang ramai tadi, berbanding duduk bersembang dengan si lelaki pribumi yang kurang tatabahasa itu.

Tidak rela. Full stop.

Dush! Terasa wajahnya ibarat disimbah sebaldi air sejuk di bawah paras beku. Si lelaki hanya mampu mengekori langkah si gadis ke pintu pelepasan bertentangan dengan lirikan matanya.

Hai lah nasib badan...dah lah penerbangannya tertunda. Dapat pula 'tamparan hebat' dari Cik Tak Rela. Hanya kerana mulut nya...

Your choice of words, describe who you are, mister!

Terngiang-ngiang di telinga!



Setengah jam berlalu...
"Uncle punya?" tanya si anak kecil. Si copycat tadi. Telunjuknya menghala kepada sesuatu di bawah kerusi didudukinya.

Si lelaki turut sama membongkok melihat apa yang dimaksudkan oleh si anak kecil.
Ada sesuatu, yang pasti itu bukan miliknya.

Sebuah daily-planner...

Diselak muka pertama, "Tak, bukan uncle punya."

Senyum.

"Aunty Cindi-tak-rela yang punya."

__________


*nota-tangan: hanya cerpen yang sangat pendek. Inspired by incident sesama rakyat satu negara yang kurang berbudi bahasa berbanding orang asing yang sering disalahsangka...tetapi sebenarnya lebih menghormati budaya bahasa kita.

Mahu sambung kah cerita ini? sambung? end here? sambung? ... maybe, ready for boarding!

No comments:

Post a Comment