Tuesday, 28 October 2014

Shirod Rambles v.09 Ilham GAZA: The Cover

Assalamualaikum

First of all, it is with deep deep deep gratitude that I should thank The Gossiper Project team for their invitation to participate in this project Antologi Cerpen Ilham GAZA. I owe you guys, lots!

Now, let's walk down the lane... this time, Shirod will rambles particularly on the artwork development, only. Not on the the gist of this project, the writings itself. I need to get this popping excitement about the artwork on something. on paper, or in this blog. Thus this is just a ramble of another experience. Kenangan.


22 July 2014
Received invitation to contribute in the anthology.
Offer accepted.
The big question:
Me: Berapa page TGP? 
TGP: 10-15 pages.
Gulp. 


23 July 2014
Apa yang dirisaukan telah terjadi. Kalau satu hari Shirod dah tiada, my generations can read and acknowledge that I have virtual-friends, who are so close to my heart, whom I get to know through my writing helipads, and who can shout at me, deyyyy me sesuka hati, and I still LOVE them. Virtually. Unconditionally.

Me:
Err...
Cerpen e-book mencecah 15ms
Sekali lagi
Nanti edit dulu ya

TGP: Hang memang kan! Suka lajak!

Me:
Terlajak perahu boleh reverse
Terlajak keyboard syg nak delete
kihkihkihkihkih


9 August 2014
Then, tiba lah masanya...
I was lazily on bed sambil baca ebook. Masih dalam cuti raya di rumah di Malaysia. At the same time, it was summer break in Tokyo. So cuti-cuti Malaysia lah waktu tu. Lepak.
Dan... ketika sedang bersantai santai... bersama tart sebotol...
Buzz message masuk.

TGP:
Shiroddd... (nampak tak ejaan yang berunsur pujukan mendayu! TGP, maaf sekali lagi, I masih.lap.u! ehehehhehe)

doodle kan cover boleh?

Terus Shirod duduk bersandar.
Doodle?
For the cover?
And, I thought you will never ask me that question, TGP!
Senyum.
Bulehhh.


To be frank, dah lama Shirod tak buat water color based painting, especially painting yang ada theme/mission. And the first form that I can imagine during that time was waterspot/splat form. To represent the blood-shed. The life lost. The battle they withstand. Tapi bentuk blood spot/splat susah nak feel kalau guna pencil color.

Lately, my art piece concentrated on pencil sketches and inking. Kenapa? Sebab rumah Jepun kecil sahaja. When I paint, I need big...wide space untuk campak campak, splat splash. Rumah yang kecil, dan dengan warning yang kami terima daripada tuan rumah sebelum masuk ke rumah Jepun, 'tak boleh kotor/ rosak'. Every defect will cost you money as you leave the house', bla...bla...Jadi, untuk empat tahun Shirod tak berkarya guna cat air or acrylic. Pencil dan black ink sahaja yang ikut ke mana-mana. Kain canvas dah lama duk terperap dalam stor rumah Johor. Buku sketch dan buku nota jalur satu sahaja yang ada dalam bag pack. Tak ada perasaan nak beli water-based paints. Dah lama.

But since, my targeted framework was 'splat' form, thus Shirod perlu 'gali' stor cari bahan water color painting. Bongkar punya bongkar, tanya my family, my niece yang sekolah rendah, ada water color tak? ada water color? Akhirnya, jumpa. Jumpa apa?
Sekotak set buncho sedozen warna. Itu sahaja stok yang ada. Hanya itu.
My tube paints, mostly all sudah penyek. Dah lama tak restock.
Belek punya belek set buncho tu. Tanya diri sendiri, will this do any justice?
Hmmm, nak tak nak, kena guna jugalah.
Cuba. Insyallah, boleh dapat effect yang shirod nak.
Insyallah. Yakin.
Kena yakin.

Okay, pernah buat painting guna straw tak?
Dekat sekolah?
Zaman sekolah rendah?
The one where you put a blob of paint, then you blow, haaa...
Yes! Same method applied for this artwork.
Mula-mula bancuh cat ikut warna bendera Palestin.
And....
Do you know apa makna empat warna dalam bendera Palestin?
Prior to this, while trying to get the right hues for the red and green, I did googled. Dan makna warna tu...symbol of Arab unity. I was thinking, like...seriously?!? unity? errr...no comment. 

Bila dah ada cat, cari pula kertas. Takde stok jugak! Do you know that there are special water color artist paper that will give you magnificent water color effect if you use the right piece as base? Ada jenis hard press, yang ni smooth je texture dia. But I would prefer yang ada texture, diorang panggil cold press. tapi stok kertas yang best memang tak ada kat rumah. Yang ada cuma stok kertas A4 ayah buat kerja. Boleh lah. Kalau tak jadi, kira ni testing ground lah ya.

Shirod mulalah taped kertas A4 atas meja kat foyer. Mak dah jeling menjeling. Dia tahulah tu. Kalau dah start tape kertas gaya gini, it will be one messy day ahead.

"Nak buat apa?" Mak tanya.
"Ada job sikit." Anak jawab. Sengih. Angkat-angkat kening sikit.
"Lepas buat, kemas." Mak nasihat.
"O-K." Anak janji. Senyum lebar. Waktu tu, di luar rumah mula nak hujan gerimis.

Dan, setelah dibancuh bancuh warna merah dan hijau, kerja menceduk warna, drop atas kertas dan blow pun bermula. Tak sampai beberapa minit, datang segerombolan askar. My platoons. Nieces and nephews. Cuti raya, who do you expect? Sebelum tu, diorang main basikal. Bila dah gerimis, sibuk semua berkumpul bawah foyer.

"Mama buat apa?" Tanya si anak saudara.
"Painting." Jawab si mak saudara. Yes, dalam ini rumah ada undeng-undeng. Semua makcik pakcik tak dipanggil pakcik or makcik, or mak long, mak short, takdak. Anak you anak i, anak i anak you juga. sharing is terlebih caring. 
"Macam best je, ma." Ada unsur ayat nak mengurat di situ.
"Memang best pun." Makin galak mak saudara ni blow blow. Kasi hangin sama itu anak sedara sebab masih tak ajak dia join sama. 
"Ma..."
"Ya..."
Platoons sengih-sengih. "Nak buat jugak."
Mak sedara tengok muka platoons seorang-seorang-seorang-seorang-seorang. Ya, lima orang semuanya. Three flowers, two beetles (or more like beezy bees! Bugging the flowers 24/7).
Mak sedara balas, "Pergi cari straw."
Gamat!

Dan hasilnya, setelah tumpah air bancuhan, messy tangan, messy atas meja, messy comot muka semua, inilah hasil mak sedara dapat buat secara waras. Selebihnya acara mengecat secara tak waras sahaja. Membuatkan seorang maktok beristigfar panjang juga di hujung acara. Katanya, "Pergi masuk mandi!" Ayat ditujukan untuk platoons. Faham-fahamlah ya ropanya bagaimana!



Above all, Alhamdulillah. Few GAZA theme 'bloodsplat' were developed. As you can see here in this snapshot:

Based on this, next, Shirod buat mock-up layout.  


10 August 2014
Hati Piatu, together with Peachy Megabit full script, plus the 1st proposed basic layout were sent via email to TGP. We decided that we need cover as well as page dividers. Done.



By 12 August 2014
Second layout were proposed.



On 15 September 2014
Third layout was developed.

For the purpose of promotion, by 16 October 2014, profile pictures of the titles and writers initials were proposed. Followed by a base for any future blurb's promotions.



And last step, to finalize the proposed cover.
It took about one hour to finalize on the font, final format layout with the text and page dividers all in all via our chat windows.

Finale: this is the cover.


And, that is what you received via your email, readers (kalau beli antologi tu lah ya). Alhamdulillah.
And I hope, insyaAllah, Shirod dapat bekerjasama lagi dalam projek projek yang macam ni.
The excitement keep the pulse racing.
Itu yang paling best.
Life vibes.
Alhamdulillah.

Okay, enough rambles.

Maaf sekali lagi, atas penggunaan bahasa yang merojakkan bangsa.
Bukan final mss pun kan. Ini sekadar luahan jiwa. Ampuni hamba. :D

Diharap readers/buyers who contributes through Antologi Cerpen Ilham GAZA berpuashati dengan cerita yang disampaikan, dengan kualiti persembahan. Diharap antologi kami itu membawa manfaat kepada yang membaca.

Terima kasih sekali lagi untuk TGP for your generous effort, for your invitation.
Readers, terima kasih di atas setiap sen, setiap ringgit yang anda sumbangkan.
Semoga ia menjadi 'saham' yang menjamin kita kemudian hari, insyaAllah. Aminn.

InsyaAllah, TGP, mereka akan ada lagi projek berunsur amal sebegini di masa hadapan.
Like The Gossiper Project page FB di sini untuk membeli ebook Antologi keluaran TGP dan untuk mengetahui perkembangan projek mereka pada masa akan datang:

https://www.facebook.com/pages/The-Gossiper-Project/681560681921253


Salam, love.

A snippet untuk sesiapa yang belum memiliki ebook ANTOLOGI CERPEN ILHAM GAZA. (RM10)









Wednesday, 27 August 2014

SHIROD Rambles v.08 : HOME

Day -7
Assalamu'alaikum

Shirod nak merapu. It has been quite a while since my last writings and my last doodlings. My last writing was at KLIA2 during last transit, a cerpendek on Rudi-Shak. Yang ni tunggu shirod balik Msia lah ya baru shirod release. Doodle? Ah! Dah lama tak buat. My japan house has turned into...shall i say storage? Mungkin. Kotak berderet, barang untuk dibuang, barang untuk dibawa pulang... Gila shirod! How long have you been living here? Empat tahun je kot?! Begini banyaknya harta benda, masyallah! Total madness! 
๐Ÿ‘†Ruang lapang kecil yang tinggal untuk membuka buku nota dan duduk sejenak sambil berpikir-pikir. 

Lagi bertambah gila bila di jepun ni, kita tak boleh buang sampah sembarangan. Ada certain hari untuk buang kertas/kotak, ada certain hari untuk kaca, ada hari raw rubbish (isnin & khamis sahaja). So in my 7-days timeline before return flight, shirod ada peluang satu hari sahaja untuk buang barang-barang yang tak mahu bawa pulang. Dan lagi satu, barang yang melebihi saiz 90cm lebar di jepun ni, perlu bayar untuk panggil orang sampah tu datang ambil sampah kita. Total chaos! Saat ini, bergempa bumi dah kocek ni, nak bayar 'sampah'. I will pour this feeling in fuad-dahl's plot , insyaAllah. In my list, I still have several unsolved 'rubbish', namely; single-size mattress, fridge, tv, washing machine. Siapa nak? Hihihi..

Ok then, I will update this piece regularly sampai hari perlepasan. InsyaAllah. It's like my diary, before I reach home safely insyaAllah next week. Lately, it feels weird not to write or doodle. Thus, that's the main reason, shirod grab handphone and start rambles di sini. 

And, may I share with you this one piece that I jotted down in flight, last few days, sebab sangat lemas tak dapat window seat, hence lah that word lemas pop-out! Jangan salah sangka. Sometimes ayat kita lain, orang faham lain. *jongket bahu satu kali* 

*harap-harap nampaklah ya apa yang tertulis dalam gambar tu. 


Ja matta ne. 
Wassalam 

Shirod. 2014.08.27. 19.18pm. Tokyo-home. 


***


Day -6
Salam. 
Have a break...
Have a....err...hanger...??

One thing which I can considered as expensive in Tokyo...is this...cloth hanger. 
Additional info: hanger ni semua turun temurun shirod dapat daripada senior, senior tu pun dpt daripada super senior, dan shirod akan turunkan pada junior. Junior itu akan pass lagi selepas dia settle pakai... Jadi, ini adalah hanger turun temurun pelajar Malaysia :) 


Dan hanger juga, adalah antara barang yang senang kita nak let-go kepada 'kohai' / adik junior...sebab dia benda 'mahal'. :) 

Ja ne :) 
SS. 28.08.2014. 0.16am. Tokyo-home. 


***


Day -5
Kenapa tiba-tiba jadi Day -5? 
Ahahaha...sebab Shirod salah kira hari. Tinggal lima hari sahaja! 

Hari ini bermula daripada pagi, Alhamdulillah. From tight pocket, situation changed miraculously, Alhamdulillah, into bigger pocket. 
Morning, a friend help me to contact the person who pick-up massive household furniture and electrical stuff. Dekat sini, masyarakatnya dididik untuk kitar semula barang-barang. So we called two different recycle sections; one for electrical things, another one for mattress and blankets etc. 

Poket dah nak menyusut: 
Single-size mattress 
Futon 
Total 6,000¥. 
+~RM200.

Fridge
Washing machine 
Tv
Rak tv. 
Total 19,000¥ 
+~RM650.

Alhamdulillah, by noon, dapat satu email from a stranger. A Vietnamese student. Dia nak cari perabot dan barang rumah. Shirod jemput dia datang rumah. 

Dia sampai rumah, tangan dia tunjuk sana sini. I want this, this..this...etc. 
Lega. 

Lori recycle datang, cuma bayar harga tv sahaja 5,900¥ pada otosan tu. Dia siap tanya, tak ada lagi ke? Maaf, otosan. Itu sahaja :) 




Half of the house is currently emptied. Alhamdulillah. 
Sambung lagi selepas maghrib nanti. 

Tentative for tomorrow: buang sampah plastik, botol kaca. 

InsyaAllah. 

SS. 28.08.2014. 16.40pm. Tokyo-home


***


Day -4
Slow motion 
Hari ni semua macam bergerak dalam kelajuan sloth. 'Fuad' and 'Rizqy' will go for solat Jumaat at around 12pm ++. So basically we will start sending 'rubbish' to the recycle center after solat Jumaat. 

Tentatif 1: selesaikan pack buku. Need to give away more books. Why? Terlebih muatan. Sad..sad...sad

Tentatif 2: pelajar Vietnam angkat barang yang dia dah pilih sekejap lagi. So, another quarter of the house will be cleared. InsyaAllah. 

Tentatif 3: urusan buang sampah di pusat kitar semula. Caj setiap ikatan barang/baju lama/buku/kertas yang hendak dibuang mungkin sekitar 20¥ seikat. Okaylah tu. 

Dua tiga hari ni rasa macam banyak bercakap hal sampah..hehhe... Macam tulis artikel pengurusan sampah di jepun pulak rasanya. 

Okay, kerana waktu yang senggang, kerana semua still in sloth mode, ada lah masa nak merapu ni.

Oh! Ada lagi satu misi. Misi makanan special jepun, 1 japanese meal /day. 

Last two days, been eating japanese full course meal at different restaurants. Ikut tekak and perut 'Fuad' & 'Rizqy' nilah. 


Today, misi sushi or okonomiyaki kot. We'll update by the end of the day. 

Ja ne. 

SS. 29.08.2014. 9.23am. Tokyo-home. 


***


Day -4
Rescue
Ini cerita semalam, tapi diceritakan hari ini. Semalam malam, lepak. Knock-out! 

Selepas slow-mo morning, everything turned hectic after lunch hour. Terima email, kena pergi ambil flight tiket di Shinjuku. Terus naik densha (keretapi) pergi sana. Shinjuku ni satu stesyen besar, macam sentral. Ada banyak exits. Tapi bila dah keluar west exit macam yang tour agent suggest in map, I was a bit lost. Nak ke kanan, atau ke kiri west exit? Ada dua tangga ke jalan utama. Not sure which way to go. So, shirod pergi 'koban'. Koban ni balai polis kecil. Bila tanya seorang pak polisi, dia jawab macam blur-blur. Tapi dia tunjuklah kena naik tangga, massugu (jalan terus), bangunan tu selepas lima lampu trafik. Tapi gaya macam nak tak nak je jawab. Jangan ingat dekat jepun semua orang baik sopan santun. Ada juga orang tempatan yang tak suka orang luar, samalah macam kita kat negara kita kan? Embraced the differents, love. Telan. 

Okay, sebelum bergerak, shirod and geng review semula map yang ada dekat dinding. Bila nak naik tangga, ada cuitan di bahu. Satu lelaki jepun, senyum. 
'Bukan,' dia cakap. 'Ikut tangga yang itu, bukan yang ini. Lepas naik tangga ni, nampak Uniqlo terus lagi, jalan terus sampai ada Tully's cafe...bla bla...' Rupanya daripada dekat map dia tengokkan kitorang, katanya. Dia kata dia nampak kitorang berbual dengan pak polisi blur. Dia nampak kitorang tunjuk bangunan yang nak dituju. Dan dia explain lebih details daripada pak polisi punya explanation. Bagus betul mamat tu. Semoga Allah swt balas kebaikan dia dengan kebaikan juga untuk dirinya, ameen. 


๐Ÿ‘† pemandangan Shinjuku daripada pejabat tour travel. 

Bila dah selesai urusan tiket, niat di hati mahu lunch+dinner. Kalau sudah di Shinjuku, jawabnya no japanese meal lah. Terus ke favorite Shinjuku spot kitorang... 



By the time sampai rumah semula, dah maghrib. Selepas isya', datanglah dua rescue team. Rescuer sampah. Both kawan ni tolong sort sampah. Plastic goes with plastic. Combustibles, non combustibles, boxes, papers etc. Ahli cekap bahagian sampah diorang ni! Terkesima sekejap tengok my friend ni expert sungguh sort sampah. And these rubbish are to be sent to recycling center this morning. Team sampah sedang menjalankan tugas saat ayat ini ditulis. Hantar sampah tu pun berbayar, 20¥ atau RM0.60 setiap longgok. Bolehlah tu.  Dan sekarang baru boleh goyang kaki sikit. Rumah sudah kosong. Yang tinggal hanya beg yang bakal naik flight nanti. Dan kotak buku yang mahu dipos ikut servis kapal, dua bulan baru sampai Malaysia. 


Dan bila ada waktu lapang ni, mula terfikir semula apa yang jadi hari ini. Allah swt sent rescuers through many people. The vietnamese student, the guy who helped me at Shinjuku eki, the sampah team (sorry guys, ku label korang sampah team walau yang sebenarnya korang adalah gems! Tapi korang tak baca pun article ku ini ...hihihi). So back to the muhasabah session, Allah knows best. Bila kita susah, Dia hantar bantuan. Orang-orang yang membantu shirod hari ini tak akan datang tolong kecuali bila Allah swt buka hati diorang untuk tolong. Hati manusia Allah yang pegang. Sangat betul, dan sangat terasa di saat-saat kelam kabut ini. Kita mohon bantuan manusia, tapi kita mengharap pada Allah swt di dalam hati. Kalau ada izin Allah, dapatlah kita bantuan. Jangan marah kalau orang tak nak tolong kita, sebab mungkin bantuan dia tak sebaik yang Allah nak susun untuk kita. Alhamdulillah for all the rescuer and non-rescuer for me today. 

Okay. 
Packing done. 

Sekarang misi mengemas dapur kesan sesi pemasakan yang berleluasa. Esok tuan rumah nak datang check. Kalau ada major kerosakan, deposit rumah sebulan burn. Tapi kebiasaannya memang lumrah burn duit deposit tu. Jarang tuan rumah pulangkan semula. 

Baiklah, misi Cindi-tak-rela pula hari ni. 
Scrub the floor...
Do the dishes...
Etc...etc... 
Until the house glows! 
Hihi

Till next rambles session. 
Matta ne! 
Wassalam. 

SS. 30.08.2014. 9.34am. Tokyo-home. 

***


Day-3
The End. 

emptied. 
kosong. 


The end. 

20.05pm. 30.08.2014. Tokyo-home. 

***
Day-3
Last sushi at japanese sushiro

Malam ini, dinner sushi. 
My favorite: Aburi salmon (sushi salmon mayo bakar), Aburi ebi (sushi udang with mayo bakar), Ebi avocado (sushi udang with avocado), Salmon avocado (salmon with avocado). 

๐Ÿ‘†aburi salmon


๐Ÿ‘† aburi ebi 

Will miss this walking session, jalan ramai-ramai, pergi sushiro (kedai sushi 100¥ sepinggan) dekat belakang rumah. 

InsyaAllah, someday kita datang lagi ya, sushiro. Sayonara. 

And today, shirod jumpa satu keratan akhbar lama. Shirod koyak satu mukasurat ni daripada suratkhabar yang shirod naik, first flight shirod untuk further study kat sini. Dated 31.08.2010. Esok, ia genap 4 tahun. Alhamdulillah. Empat tahun yang penuh dengan macam-macam ups and downs, including blog ni lah. Hihihi... 

Ok then, itu sahaja. This route to home journal end here. 


Maaf kalau bahasanya compang camping. 
Maaf kalau tercuit perasaan sesiapa. 
Maaf kalau entry ni entah apa-apa. 
Shirod just poured what comes in mind. 
As part of my travelogue. 
*Haiiihhh..lepas ni travelogue on work! Aiyakkk! 

Bismillahhirrahmannirrahim. 
Wassalam. 

SS. 30.08.2014. 23.18pm. Tokyo-home. 



Tuesday, 5 August 2014

SHIROD Rambles v.07 Qaseh's Updates

Assalamualaikum 

Dear love :) 
Salam Aidlifitri

So, hadiah Aidilfitri shirod is our beloved series of #QASEH.

Shirod will updates one vol. each week kat sini. InsyaAllah. 
And there will be times when shirod will updates snipputs (snippet+seciput) dekat helipad grup fb kita, sekali sekala, in between the full-entries. Snipput Qaseh vol.04 dah ada di wall group: 



So, anyone willing to fly to our facebook group helipad, here's the links: 


See you there, love :) 
Arigatou gozaimasu. 
Ja ne! 

Shirod Shukri 

Friday, 1 August 2014

Qaseh v.01

Qaseh v.01



Kedengaran beberapa ketukan di muka pintu. Qaseh angkat sedikit pandangannya. "Hmmm?" 

Ada wajah kecil bertudung terjongol di sebalik daun pintu pejabat.

"Errr...Puan Qaseh, ni dah nak masuk Zohor ni, err...saya nak balik dulu...boleh ke?" Serba salah nada suaranya. Suara Zaidah Halim, pembantu peribadi dia. 

Qaseh tanggalkan cermin mata bacaannya perlahan-lahan. Dia tarik nafas, juga perlahan. Nafas dihembus. Masih bereaksi dalam keadaan senyap. 

Pandangan mata difokus pada jam digital di satu sudut mejanya. Pukul dua belas, tujuh belas minit tengahari. Pandangan Qaseh beralih pada si dia yang berdiri kaku di bukaan pintu. Senyap lagi. 

Dan sesaat...Qaseh larik senyum manis. 

"Baliklah, Kak Zed. Qaseh banyak kerja lagi ni. Kak Zed kan memang saya dah bagi half day hari ni, baliklah kak." Ucap Qaseh, mesra.

"Akak gerak dulu ya...Qaseh jangan lama-lama sangat duduk pejabat sorang-sorang. Bahaya Qaseh. Orang dah ramai balik kampung, area pejabat-pejabat sini dah lengang." 

Zaidah melangkah menghampiri meja Qaseh. Walaupun dia lebih berusia berbanding bos di hadapannya ini, Zaidah tetap hormatkan Qaseh. Hanya bila mereka berdua sahaja, bahasa gelaran formal dilucutkan daripada bicara. 

Tahap hormat Zaidah berasaskan dua sebab yang kukuh. 

Satu, Zaidah senang dengan sikap Qaseh yang tidak pernah kasar terhadap dia. Qaseh tidak pernah mengambil kesempatan atas status pengarah syarikat yang dijawatnya. 

Dua, kerana kasih sayangnya sendiri terhadap Qaseh. 

Qaseh Kawsar ibarat adik angkatnya. Qaseh Kawsar membesar di hadapan mata dia. Sebelas tahun Zaidah menjadi pembantu peribadi arwah ayah Qaseh, sebelas tahun itu jugalah arwah Haji Kamarul seringkali bawa anak bongsunya ini ke pejabat. 

Zaidah sendiri jadi saksi Qaseh pulang daripada sekolah, selesaikan kerja sekolah di bilik mesyuarat di hujung pejabat ini. Qaseh sentiasa sabar menanti ayahnya selesai kerja dan pulang bersama. Setianya Qaseh bersama arwah ayahnya tidak dapat disangkal. 

Dan dua tahun lalu, Qaseh Kawsar pegang tampuk pemerintahan pejabat ini...tanpa rela sebenarnya. Atas 'arahan mendadak' pada wasiat yang ditinggalkan arwah Haji Kamarul. 

Cara pemergian arwah bosnya itu sendiri agak mengejut. Tak siapa menyangka Haji Kamarul yang sentiasa nampak sihat itu adalah seorang penghidap penyakit jantung. Zaidah, orang yang paling rapat dengan Datuk Kamarul, yang langsung tak pernah suka menggunakan gelaran itu di hadapan namanya, pun tak mengetahui tentang penyakit arwah. 

Kasihan Qaseh, terpaksa menanggung beban mengendali syarikat di usia muda. 

"Qaseh..." Zaidah sudah berdiri rapat di hadapan meja kerja bosnya. 

"Ya kak." Qaseh Kawsar boleh mengagak apa yang mahu dibicarakan kakak angkat dia seorang ini. Bibirnya menguntum senyum.

"Qaseh raya rumah akak ya? Datang malam ni pun tak apa. Tidur rumah akak. Rewang-rewang masak rendang, masak serunding dengan keluarga akak. Nak?" 

Qaseh lunjurkan tangan kanannya mendepa menyeberang lebar meja. Tapak tangan ditadah. Permohonan senyap agar tangannya disambut. 

Zaidah Halim sambut genggaman salam Qaseh. Mereka sama-sama bertukar senyuman. 

"Kak Zed tak payah risaukan Qaseh. Qas okay je kat rumah. Mak Jah ada. Pak Yem pun ada. Tak sunyilah."

"Hmmm...kalau sunyi datang rumah akak ya. Anak-anak akak suka kalau Qaseh datang rumah." 

"InsyaAllah, nanti raya kedua ke, raya ketiga ke...Qaseh datang ya. Raya pertama Qaseh nak jenguk..." Terdiam. Qaseh pandang mata si kakak.

Zaidah Halim mengangguk bisu. Mengerti sepenuhnya ayat terputus di bibir Qaseh tadi. 

"Baliklah kak. Kirim salam abang and kids." Qaseh bangun daripada kerusinya. Dia berjalan ke arah Zaidah. Salam dihulur. 

Sempat Zaidah kerling set baju kurung longgar yang tersarung di badan Qaseh. Cantik. Tapi bukan itu yang buat pandangan mata Zaidah masih kekal di baju Qaseh. 

"Jaga diri, dik. Jaga makan. Jangan makan yang bukan-bukan sangat." Zaidah peluk Qaseh erat. "Anything, call akak. At any time, malam buta pun tak apa." 

"Ya kak, dah...pergi balik sana kak. Kids dah tunggu kat rumah tu. Nak Qas guna kuasa bos ke ni?"

Spontan mereka gelak bersama. 

Zaidah Halim lurutkan pegangan tangan dia. Kemudian dia melangkah  berat ke arah pintu. Seberat hatinya untuk membiarkan Qaseh Kawsar menyambut Aidilfitri seorang diri. 

✂️

© 2014. shirod shukri 





Wednesday, 30 April 2014

SHIROD Rambles v.06: shirodryoriOshimasu

#shirod main masak-masak lagi. With Deen, Rayn and Rich...






Ding! Ding! Ding! Ding!
Bertalu-talu bunyi loceng di pintu. 

Rayn dan Richard sedang melepak di ruang tamu. Melayan Walking Dead. Back-to-back. Saat genting ni!  Saat pagar kem lindungan mereka hendak diroboh zombie. 

Rayn angkat kening, "turn kau!" 

"Ahh! Balik balik aku!" Membebel, tapi bangun juga Richard membuka pintu. Iya lah, sedar diri. Dia sekadar tetamu. 

Di balik pintu. Deen berdiri tegak di situ. Tangan kanan dan kiri penuh dengan jinjing beberapa beg plastik. 

"Assalamualaikum!" Terus terjah masuk ke rumah bujang milik Reynolds Hanafi itu. Apartment di Danga Bay, siap dengan pemandangan cantik menghala ke Singapura. 

"Waalaikumusalam." Bisik Richard. Diperhatikan saja gerak langkah kalut Rizal Deen. Kesemua beg plastik diletak di meja kaunter. Di dapur. Sudah kenapa mamat seorang ni? Kalut macam ni...

Richard tutup pintu. "Kau apa hal Deen? Kelam kabut je ni!" Jari telunjuknya berlari-lari menuding ke arah beg-beg plastik. "Tu apa? Nak buat apa? Bahan masak ke? Kau nak masak?" 

Deen bercekak pinggang. Sebelah tangan diangkat separas dada, "sekejap!" Senyap sesaat dua. Tarik nafas. Semput terasa. Ini semua kalau tak kerana Cik Cindi-tak-rela, takkan dia buat ini semua. 

Selamba Deen melangkah ke peti sejuk pula. Buat macam rumah sendiri. Seperti kebiasannya, penuh peti ais Rayn. Ada air tin 7up. Ada jus oren. Banyaknya yogurt! Dan pilih punya pilih, Deen ambil sekotak Peel Fresh akhirnya. Satu mug dicapai. Air oren dituang, "ahhhh..." Baru terasa betapa leganya tekak dia! 

Rayn yang sedari tadi menghadap televisyen pun berganjak ke ruang dapur. Rancak benar dia mendengar Rich menegur Deen. Apa benda pulak lah budak-budak ni...

Kini, ketiga-tiga lelaki itu berdiri di setiap satu penjuru meja kaunter. Berpaling-paling wajah. Apa? 

"It's her birthday! Aku janji aku nak buat something special..." Luah Deen. Akhirnya...

"Birthday siapa? Her siapa?" Richard bingung. Senarai kenalan perempuan Deen penuh sebuku folder name-card. Tak salah kalau dia terpaksa teka.

Deen guling anak matanya. "Birthday Cindi lah. Mana ada lagi yang lain..." 

"So, apa masalahnya?...celebrate je lah! Dah sah apa, nak buat celebration kategori mana pun boleh..." Disusuli high-five Richard dan Rayn. Ketawa-ketawa lelaki bujang berdua tu.

"Kurangggg lah tu!" Deen geleng kepala. Aura bujang dia masih ada lagi ke? Dah nampak sangat aura suami-suami ke? 

Rayn hentikan tawa juga akhirnya, "okay, okay bro... ni nak masak apa?" 

"Ayam panggang. Yang macam kita buat zaman degree dulu. Aku lupa lah cara dia..." Tangan Deen sudah menyelongkar kesemua bahan-bahan. 

Rayn datang merapat. "Mana tak lupa, lu yang selalu mengelat! Orang masak, lu membuta!" 

Ketawa meledak lagi. Kenangan zaman belajar mereka dulu sememangnya tak dapat dilupakan. Walau berlainan universiti, berlainan jurusan, berlainan tahap pengajian, tapi mereka tetap satu kepala. Menyewa rumah bersama. 

"Apa pulak mengelat. Aku kerja bro. Korang lain lah, belajar full time. Aku double task bro!" Deen tak puas hati. Mana ada dia mengelak. Dia penat. Kerja dan belajar dalam satu masa. Balik rumah, yang dicari cuma bantal saja. Lain tak ada. 

"Eleh! Kalau pergi jum..."

"Dah lah wei...karang Cindi balik, kau tak balik lagi..." 

Rayn baru saja hendak gali kisah dating Deen, tapi sudah dicantas Richard Krisnan pula. 

Serta-merta tiga lelaki mengambil alih tugas masing-masing. Macam tahu-tahu saja. Ibarat di rumah sewa lama mereka dahulu. 

Bahan-bahan sama-sama disemak Rayn dan Deen. Richard sudah bergerak menghangatkan oven. 

"Kau blender semua ni." Arah Rayn. 

"Semua?" Deen jungkit kening. Bahan-bahan yang diasingkan Reynolds Hanafi dipandang. Ada bawang merah, bawang putih, halia dan satu labu lada hijau. 

"Ya semua. Ikut je cakap chef-cikgi Rayn ni." Richard mencelah lagi. Bahu Rayn ditepuk sekali. Richard capai pula lobak dan kentang. Kulitnya dibersihkan satu persatu di sink bersebelahan Rayn. 

"Aku bersihkan ayam sekejap. Nasib baik kau pandai Deen... Tahu pulak kau beli bahagian maryland chicken ni." Lapan keratan ayam bahagian peha dan dada dicuci bersih oleh Rayn. 

Deen yang tadi sibuk dengan alat pengisar berpaling tubuh, "Lepas tu, bro?" Blender berisi kisaran bahan tadi diangkat separas wajah. 

"Come. Bawak sini. Tumis dulu dalam periuk ni." 

Tangkas Rayn bekerja. Olive oil dituang memenuhi dasar periuk. Bahan kisar dimasukkan. Berdesir. Tak sampai lima minit, harum bau tumisan bawang mengisi segenap ruang rumah. 

Deen berdiri sambil menyinsing lengan kemeja ke paras atas sikunya. Selit baju di pinggang ditarik juga. Lebih selesa. 

"Kan dah kuning-kuning ni kan, dah wangi kan bau dia, hah...kau dah boleh campak je semua. Masukkan je semua." Jelas Rayn sambil tangannya memusing-musing sudip kayu di dalam periuk. 

"Masuk apa? Campak apa?" Blur! 

Papp! Richard tepuk bahu Deen. "Blur lah kau bro! Takkan gabra nak treat orang rumah sampai macam ni sekali jadinya Abang Deen kita weiii!" Richard gelak lagi. 

Disahut gelak Reynolds Hanafi. 

Terfikir lagi di benak Richard, 'hai lah suami!' Kalau Deen yang serba serbi terkenal 'taff paling macho' antara mereka bertiga pun sudah begini gayanya bila tiba bab hal ehwal isteri, macamana lah agaknya dia dan Adinda nanti. Tak sabarnya nak tunggu saat-saat hendak melayan Adinda layanan istimewa begini. 

"Hah! Berangan!" Rayn tepuk dahi Richard. 

"Apa?" Richard gosok dahinya. Tak sakit pun. Tindakan refleks sahaja. 

"Berangan Adinda lah tu?" Serkap Rizal Deen pula. 

"Siapa lagi bro! Adinda beta lah!" Sengih memanjang Richard Krisnan sambil tangan laju memotong kentang dan lobak menjadi kiub sederhana besar. Siap dipotong kesemuanya, dimasukkan pula di dalam periuk yang sudah penuh dengan potongan ayam bersalut bahan tumisan. 

"Okay, kita tunggu sekejap. Sepuluh minit. Let the chicken cook halfway."  

"Kenapa kau tumis semua dulu bro, aku tengok chef mat saleh masak semua sumbat je dalam oven sekali jalan..." Soalan si blur. 

"Macam ni cepat sikit. Ayam half cook dalam periuk. Halfway lagi dalam oven. Kalau roast straight in the oven, lama sangat nak tunggu. Kau nak cepat kan? Aku buatlah cara separuh-separuh macam ni." 

Sambil menanti tumisan ayam, lobak dan kentang di dalam periuk, Rayn capai lagi dua mug. Untuk dia dan Richard. Santai mereka melepak di meja kaunter. Angin bayu yang menerpa dari pintu sliding balkoni terasa sangat mendamaikan. 

"Rayn, kau macamana? Jadi kahwin?" Tanya Deen. Mug berisi air oren dipusing-pusing. 

"InsyaAllah. Tengah tunggu sibling dia  confirm tarikh nak balik daripada New Zealand. Confirm je, kitorang proceed application kat pejabat khadi." Senyum lagi seorang bakal suami. 

"Kau Rich?" Soalan beralih kepada calon suami seorang lagi. Kisah bakal pengantin ini lagi sadis daripada kisah dia dan Rayn. 

"Insyallah. Sebulan lagi. Insyallah! Entahlah. Kejap jadi. Kejap tak jadi. Hopefully kali ni jadi, tak ada halangan macam dulu lagi." Kedengaran Richard tarik nafas dalam. Rayn dan Deen tunduk menghadap mug masing-masing. Sememangnya jalan cerita jodoh mereka bermacam gaya. Tak ada yang sama. 

Deen kalih pandang ke arah jam dinding. "Hey! Dah nak dekat sepuluh minit ni Rayn... Lepas tu macamana? Nak buat apa?" Tanya Deen. Teruja semula. 

"Okay, lepas ni kau buat sendiri. Air tangan kau saja untuk Cindi." 

Deen gosok-gosok kedua telapak tangannya. Bibir digigit sekejap. "Boleh, boleh... aku nak jampi-jampi sikit. Biar lembut sikit si Cindi tu dengan aku." Dan tersengih-sengih si lelaki bertiga itu ketawa. Faham akan apa yang dilalui Rizal Deen dan isterinya, Cindi Aisyah. 

Rayn ringan tangan saja melapik dulang pembakar dengan kertas aluminum. "Okay Deen, lepas ni kau keluarkan ayam, kentang, lobak daripada periuk tu... kau letak dalam mixing bowl ni." Rayn hulur satu mangkuk besi sederhana besar kepada Deen. 

Arahan seterusnya, "Kau tabur garam, lada hitam, basil, thyme. Kicap dengan madu pun kau jirus atas dia. Mix, ratakan semua keliling ayam. Kalau nak pedas lagi, boleh tambah serbuk lada. Serbuk kari pun boleh." 

"Jangan! Cindi tak tahan makan pedas. Tak macam lidah kita." 

"Pssst! Kau dah rasa eh lidah dia?" Richard yang bertanya, jungkit-jungkit sebelah kening. 

"Lu kurang asam eh Rich! Gurau 18sx eh dengan gua! Asik kena kan gua je sekarang ni! Nanti siap kau ya... siap lah turn lu nanti, wa kasi bakorr!" 

Terbahak-bahak Richard dan Rayn ketawa. 

"Dah, dah! Cepat! Tak siap nanti ni..." Deen akur dengan teguran Rayn. Ligat tangannya melumur ayam. 

"Dah lumur rata, letak ayam tu atas dulang besi ni. Susun flat semua, jangan bertindih. Nanti tak masak sama rata bahagian yang tertindih tu." 

Deen akur lagi. Setelah ayam, kentang dan lobak tersusun cantik di atas dulang, "Lepas tu?" 

Rayn hulur sudip kepada Deen, "scoop bahan kuah tumis tu, jirus sikit-sikit atas ayam. Tambah perisa dia." 

Deen akur lagi. Mengikut saja arahan Chef Rayn. Richard bersantau sahaja, sekadar menonton daripada seberang meja kaunter. 

"Okay, dah siap." Deen tersenyum. "Macam jadi je ni..."

"Walhal, panggang pun belum Encik Deen." Richard lagi. Penyakat terbaik sedari tadi. 

"Dah siap tu masuklah tray tu dalam oven sana." Richard bersuara lagi, "tu lah! Dulu kecik-kecik mak suruh belajar masak, kau lari tak mau!" Sakat lagi si suami yang baru nak belajar jadi mithali itu. 

Deen dah tak tahan dengan usikan Richard. Sempat dia capai sisa hujung lebihan carrot di meja kaunter. Dicampak ke dahi Richard. 

"Auchhhh!" Mengaduh Richard. Kali ini betul-betul dahinya sakit. 

"Wey! Kecah rumah aku! Behave! Korang tak kemas, siap eh!" Chef Rayn dah naik hangin! "Masukkan ayam dalam oven cepat lah Deen! Pukul berapa nak siap kalau macam ni!" 

"Iya! Iya! Relaks lah bro! Chill!" Lantas Deen masukkan sedulang ayam itu ke dalam oven. 

Richard pula datang merapati oven bila dilihat Deen masih terkial-kial. Beberapa butang dilaras. 210 degrees C. Empat puluh lima minit. Butang 'start' ditekan. "Okay, done.  Jom Rayn, sambung zombie!" 

"Wey aku?" Deen tuding jari pada dada sendiri. 

"Kau kemas ni semua. Kau yang punya angkara. Silakanlah ya." Ucap Rayn dalam gelak tawa. 

"Sii..." Tak jadi Deen nak habiskan ayat carutan yang hampir terluncur dari mulutnya. Teringat akan nasihat si isteri. Kepala digeleng sahaja melihat kawan-kawannya sudah santai berbaring di sofa. Tak boleh harap punya kawan! 


SATU jam kemudian...

Ketiga-tiga lelaki berdiri tegak menghadap sedulang ayam panggang. 

Rayn capai set pisau dan garfu daripada bekasnya di hujung sudut meja. Peha ayam dihiris sedikit. Hirisan ayam dicucuk, disuap ke dalam mulut. "Rasa ada. Sedap. Ada kualiti. Moist and yummy." 

"Kau tengah puji diri sendiri ke apa ni?" Tanya Deen. 

Richard pula capai pisau di tangan Rayn. Garfu diambil yang lain. Disuap juga hirisan ayam ke mulut. 

"Hmmm. Sedap. Betul lah Chef Rayn, sedap!" 

"Eh tapi kenapa rupa dia gelap semacam?" 

"Dah kau ikut kitorang layan zombie tu jugak tadi kenapa? Tak palingkan ayam tu... jadi lah dia gelap sebelah macam ni..." Chef Rayn berbalas hujah. 

"Boleh ke ni nak hidang dekat Cindi macam ni?" Sesaat Deen pandang wajah Rayn, kemudian kalih pandang ke wajah Richard pula. Kemudian menghadap dulang berisi ayam panggang yang agak gelap. 

"Boleh Deen! Kalau Cindi sayang kau, insyaAllah dia terima je apa pun kau masak.." 

"So...take this as sayang test... Kalau Puan Cindi sayang Encik Deen..." Rayn tepuk-tepuk bahu Rizal Deen, "dia akan terima kau seadanya... walaupun kau bagi dia ayam separa rentung ni!" 

"Terbaik lah kawan-kawanku... Terbaik sungguh!" Deen dongak menghadap siling, "Ya Allah! Kau lembut kan lah hati Cindi!" 

Serentak Rayn dan Richard menadah tangan menyambut doa sahabat mereka, "Ameen!" 

Copyright © 2014. Shirod Shukri. All rights reserved. 

Saturday, 22 March 2014

SHIROD Rambles v.04: IMAN inbox vol.12



IMAN inbox is a story of hidden loves in Richard Krisnan, Adinda Alwi and Taufik Tarmizi. 
Cerita biasa..santai santai lepak lepak je shirod buat pada awalnya..tapi jadi meng'stress'kan banyak pihak ...gulppp.. 
Jadi shirod rephrases ayat shirod, shirod MENAIP cerita ini dalam keadaan santai n lepak lepak...sambil tengok tv, sambil tunggu CNN update MH370, sambil dalam train, sambil bancuh kopi kat pantry...tapi cerita nya tidak lah santai ya, readers..? What say you? Ahaksss... 

This has been a very wonderful experience in plot writings...as shirod posts, love readers give feedback, and shirod twist plots further! The feelings is mutual, readers rasa ups n downs perasaan Adinda-Richard-Taufik. Shirod felt your frustations towards the scene, your happiness when the scene berbunga bunga, your hate..every single comment shirod digs n tried to improve in every sense that I can. 

Herewith, is a chapter for viewers yang belum ada dalam group fb shirod shukri love travelers.... Join us there! 

____________
The full entry for this volume were deleted. :) peace 

Sunday, 16 March 2014

SHIROD Rambles v.03 : When Love Arrives



Dalam poetry ini ada loves that described #RaynPearl, ada #DeenCindi, #FuaDahlea and #RichAdindaTaufik

Sempoi.... 

Look for the video in youtube here 



When Love Arrives by Sarah Kay and Phil Kaye

I knew exactly what love looked like – in seventh grade

Even though I hadn’t met love yet, if love had wandered into my homeroom, I would’ve recognized him at first glance. Love wore a hemp necklace. 
I would’ve recognized her at first glance, love wore a tight french braid. 
Love played acoustic guitar and knew all my favorite Beatles songs.
Love wasn’t afraid to ride the bus with me. 
And I knew, I just must be searching the wrong classrooms, just must be checking the wrong hallways, she was there, I was sure of it. 
If only I could find him.

But when love finally showed up, she had a bow cut. 
He wore the same clothes every day for a week.
Love hated the bus. 
Love didn’t know anything about The Beatles. 
Instead, every time I try to kiss love, our teeth got in the way.
Love became the reason I lied to my parents. I’m going to- Ben’s house. 
Love had terrible rhythm on the dance floor, but made sure we never missed a slow song. 
Love waited by the phone because she knew if her father picked up it would be: “Hello? Hello? I guess they hung up.”

And love grew, stretched like a trampoline. 
Love changed. Love disappeared, 
Slowly, like baby teeth, losing parts of me I thought I needed. 
Love vanished like an amateur magician, and everyone could see the trapdoor but me. 
Like a flat tire, there were other places I planned on going, but my plans didn’t matter. 
Love stayed away for years, and when love finally reappeared, I barely recognized him. 
Love smelt different now, had darker eyes, a broader back, love came with freckles I didn’t recognize. 
New birthmarks, a softer voice. 
Now there were new sleeping patterns, new favorite books. 
Love had songs that reminded him of someone else, songs love didn’t like to listen to. So did I.

But we found a park bench that fit us perfectly
We found jokes that make us laugh. 
And now, love makes me fresh homemade chocolate chip cookies. 
But love will probably finish most of them for a midnight snack. 
Love looks great in lingerie but still likes to wear her retainer. 
Love is a terrible driver, but a great navigator. 
Love knows where she’s going, it just might take her two hours longer than she planned. 
Love is messier now, not as simple. 
Love uses the words “boobs” in front of my parents. 
Love chews too loud. 
Love leaves the cap off the toothpaste. 
Love uses smiley faces in her text messages. 
And turns out, love shits!

But love also cries. 
And love will tell you you are beautiful and mean it, over and over again. “You are beautiful.”
When you first wake up, “you are beautiful.” 
When you’ve just been crying, “you are beautiful.” 
When you don’t want to hear it, “you are beautiful.” 
When you don’t believe it, “you are beautiful.” 
When nobody else will tell you, “you are beautiful.” 
Love still thinks you are beautiful. 
But love is not perfect and will sometimes forget, when you need to hear it most, you are beautiful, do not forget this.

Love is not who you were expecting, love is not who you can predict. 
Maybe love is in New York City, already asleep;
You are in California, Australia, wide awake. 
Maybe love is always in the wrong time zone.
Maybe love is not ready for you. 
Maybe you are not ready for love. 
Maybe love just isn’t the marrying type. 
Maybe the next time you see love is twenty years after the divorce, love is older now, but just as beautiful as you remembered. 
Maybe love is only there for a month. 
Maybe love is there for every firework, every birthday party, every hospital visit. 
Maybe love stays- maybe love can’t. 
Maybe love shouldn’t.

Love arrives exactly when love is supposed to, 
And love leaves exactly when love must. 
When love arrives, say, “Welcome. Make yourself comfortable.”
If love leaves, ask her to leave the door open behind her. 
Turn off the music, listen to the quiet, whisper, 
“Thank you for stopping by.”

Wednesday, 12 March 2014

SHIROD Rambles v.02: IMANinbox

Salam & Konnichiwa lovers :) 

Shirod nak rambles about satu lagi cerita ceriti love-travelogue di fb group shirod. 


Yuppp! That's the tajuk lahh.. 
#IMANinbox 

Only released in fb group for SHIROD SHUKRI love travellers.. 

Cerita baru mula, baru volume 01 

And, shirod bagi snipputs sket ya..

Oleh yang demikiannnn... 
Dijemput ke fb group shirod :) 

Dozzo... 


Monday, 10 March 2014

Cerpen-dek: CINDI-tak-RELA

Cerpen-dek : CINDI-tak-RELA
11 Februari 2014




KLIA.
Di hadapan pintu Gate A8. Dia sepatutnya menunggu di pintu bertanda A8. Tapi kenapa dipenuhi orang-orang gelap yang ramai ini?
Tenaga buruh negara kah ini?
Di mana perginya anak-anak pemilik kartu negara biru?
Satu pertiga pesawat kalau nak dikira ni. Dahssyaaatt!

"Sorry, adik maniss, saya mahu tanya. Ini pirigi Johor? Ada betulll?" Tiba-tiba dirinya disapa. Bisikan diri terhenti. Liur ditelan.
Terkedu.
"Err...ya..ya. Pergi Johor." Ringkas dia menjawab.
"Terima kasih."
"Sama-sama."

Jangan tunggu lagi.
No.talking.to.stranger!
Lebih baik bersikap prejudis, daripada jadi free-'chikedees'!

Cepat-cepat dia beralih ke pintu A7. Bukannya jauh. Bertentangan sahaja. Melabuhkan duduk di kerusi yang diletakkan sepanjang laluan ke pintu check-in A7.
Sempat memberi peringatan untuk dirinya sendiri, 'Jangan salah gate!'

Di kerusi yang diduduki, ada selang satu kerusi kosong. Ada seorang lelaki yang resah gelisah.
"Penerbangan ke Kota Bharu di tunda..." Bergema.
"Damn! #*\#! Again!" Keluh si lelaki seorang diri. Nafas berat dilepaskan.

Automatik kepalanya tertoleh ke kanan, mencari wajah yang bersuara itu.

Si lelaki dot-dot yang sedang elok duduk membongkok, siku menongkat badan, turut tertoleh ke kiri. Baru menyedari yang keluhannya terluah agak kuat dan didengari orang di kiri kanannya.

"Tak payah lah nak damn damn bagai. Damn banyak mana pun, flight tu tak jadik cepat pun." Sindiran ikhlas. Mulut berkata-kata menuju kepada si lelaki, tapi wajah ditala tegak ke gateway sebenar, bertentangan di sana.

Makan dalam...makan dalam! Si lelaki angkat kening, "Like I care?"

"Ada budak kecil kan sebelah awak tu. Yes! You should care! Budi bahasa budaya kita. Bagus lah tu. Tunjuk lah kat budak kecik tu budaya damn awak tu!" Intonasi yang dia gunakan masih bernada lembut tapi kasar bermakna. Tangan menyelak helaian sebuah buku. Multi-tasking. Mata melihat isi kandungan daily-planner di tangannya itu. Otak berfikir. Esok? Apa jadual nya esok?

Si lelaki toleh ke kanannya pula. Ada budak? Damn! Budak kecil yang dimaksudkan sedang tersenyum kepadanya.

"Hi uncle. Damn! #*\#! Again!" Senyum.

"Errr..." Terkesima. Kembali menoleh ke kiri, "err, sorry. My bad. Tak perasan ada budak."

"Ada budak, takde budak. Tak payah bermaki maki kan lagi baik. Tak geti nak jaga lidah. Nampak educated, nampak civilize sangat, tapi...huh! Sendiri mau pikir lah."

Adehh! Koyak jantung mendengar ayat si dia ni, fikir si lelaki.

Senyap. Jeda.
"Tunggu flight KB juga?"
Senyap.
"Dari mana?"
Senyap.
"Bisu?" Memang lah tidak.
Berbalas! Berbalas jelingan tajam. Auch!

"Panggilan untuk penumpang ke Johor Bahru, penerbangan MH1063, sila ke pintu A8..." Berkumandang di ruang udara.

"Bisu ya? Hmmmm... Saya, TAK RELA nak berkenalan dengan orang yang tak geti jaga bahasa. Your choice of words, describe who you are, mister!" Sengaja ayat 'tak rela' ditekan. Ditambah perisa pula dengan reaksi jengkel di wajah. Punggung diangkat. Gerak melangkah menuju ke pintu A8.

Dia lebih rela beratur panjang bersama pendatang-pendatang yang ramai tadi, berbanding duduk bersembang dengan si lelaki pribumi yang kurang tatabahasa itu.

Tidak rela. Full stop.

Dush! Terasa wajahnya ibarat disimbah sebaldi air sejuk di bawah paras beku. Si lelaki hanya mampu mengekori langkah si gadis ke pintu pelepasan bertentangan dengan lirikan matanya.

Hai lah nasib badan...dah lah penerbangannya tertunda. Dapat pula 'tamparan hebat' dari Cik Tak Rela. Hanya kerana mulut nya...

Your choice of words, describe who you are, mister!

Terngiang-ngiang di telinga!



Setengah jam berlalu...
"Uncle punya?" tanya si anak kecil. Si copycat tadi. Telunjuknya menghala kepada sesuatu di bawah kerusi didudukinya.

Si lelaki turut sama membongkok melihat apa yang dimaksudkan oleh si anak kecil.
Ada sesuatu, yang pasti itu bukan miliknya.

Sebuah daily-planner...

Diselak muka pertama, "Tak, bukan uncle punya."

Senyum.

"Aunty Cindi-tak-rela yang punya."

__________


*nota-tangan: hanya cerpen yang sangat pendek. Inspired by incident sesama rakyat satu negara yang kurang berbudi bahasa berbanding orang asing yang sering disalahsangka...tetapi sebenarnya lebih menghormati budaya bahasa kita.

Mahu sambung kah cerita ini? sambung? end here? sambung? ... maybe, ready for boarding!

SHIROD Rambles v-0.1 :MY KIND OF LOVE

Ramble volume -ve 0.1



This was partly published dekat rumah lama.
Dipindahkan ke rumah ini:


What love is...
Do you expect mushy-mushy love story from me?
Perhaps yes...but please DO NOT... 
Hehe...saya tak geti nak lovey dovey... 
And all the characters in my stories are straight-forward-non-mushy but high-dosed in-love people...
How do they share their love ? 
Not thru words...but through their caring gestures and normal people reactions when you are full of love...
Some of the lovey characters not even utter the words 'love' but they are in love... 
Love...is meant to be felt and melt in you...not visibly grasp, perhaps 

Sorry if I don't do the gula-manis ayat lovey dovey mushy in my writings...it is just me...the straight-forward writer... Peace ! :D 

Sunday, 9 March 2014

SHIROD RAMBLES v.01

Assalamualaikum Love Travellers...
Dimulakan dengan bismillahhir rahmannir rahim...
Kita di rumah baru u ols!


Okay, makluman... mengapakah kita berpindah rumah?
01. Link corrupt, link malicious, broken, etc...
Nyanyi sket....
Jambatan sudah roboh,  
sudah roboh..
Jadi, rumah ini dibina kerana link 'jambatan' untuk ke rumah lama shirod selalu corrupt. Kasihan readers yang selalu tak dapat latest updates on our PRD, Dd and CtR.





02. shirodahlea vs shirod shukri
First travelogue Shirod was Darling Dahlea. And probably only some might noticed that the meaning behind the name SHIROD is actually 'SHE WROTE'.
And the moment shirod first wrote #DahlFuad, I never thought there will be #PearlRayn, #CindiDeen and recently added to the family #Iman&guesswho. Thus, during that time, the best name I could think of was SHEWROTEDAHLEA = shirodahlea.

And .... you, you, you... with first few steps lead by three special personnel LS, SA and SA (you know who you are) brought SHIROD SHUKRI's writings alive. Arigatou ne. Syukur Alhamdulillah. It just changed in a swift move that SHE-who-wrote-dahlea became SHIROD SHUKRI.
*please stop me from rambling further...arrrgghhh!!!

So, dengan segala hormatnya, SHIROD SHUKRI ingin menjemput semula semua warga love travellers, readers and writers ke rumah baru ini. Rumah lama akan berdiri di situ sehingga rumah baru ini feel homey and lively.

In future, there will be folders of


SHIROD Rambles maknanya tu yang bukan-bukan lah tu Shirod ngaruts ya, upload on theme-song for our e-novel, poets, drawings, doodles... part rambling ni tak baca pun tak apa... hehehe...



Chapters of e-novels, insyaAllah updated once a week, in particular samada hari rabu (when its usually sensei-not-around day! ahaks!!) ; or weekends... and hopefully, with your kindness, bolehlah tinggalkan komen yg berunsur 'membina' menghentam atau mengapa-apakan karya itu, untuk tahu sejauh mana hasil tulisan saya itu ya...



SHIROD Travelogue on ramblings of my travel whereabouts. Mana-mana lah Shirod pergi nanti Shirod share the experience with all readers ya... InsyaAllah.

The main theme of this blog remains targeted on a traveller's travelogue with hidden love story underneath, which Shirod hopes will be disembarked into your hearts. 
For those who follow Shirod di facebook kat sini, mesti ingat my first poster ni...



It was just a monologue. Which has turn into this lively LOVE TRAVELOGUE. Tarikh SHIROD launch that fb group page will always be one of my most important timeline. 

So let's embark into our journey, with hopes that Shirod dapat berkongsi ilmu dunia akhirat with all readers and followers, as mentioned, point of disembarkation is targeted at YOUR HEART. 

Diakhiri dengan Alhamdulillah..
Dan sekali lagi Bismillahhir rahmannir rahim. 

Ikhlas: SHIROD SHUKRI 
a.k.a iphone keypad warrior with kak pah tagging along tolong chargekan henpon yang asik battery kong! Ahaks! 

Ja ne!