Saturday, 30 December 2017

PEARL 06

“LA TROBE Street... Swanston Street. Hisssh Pearl! Dekatnya kita.”
Pearl toleh ke kanan. Ya Allah! Lelaki ini, tak sudah-sudah lagi ke? Pearl buka helaian baru pada buku nota dan mula conteng sesuatu.

Kenal Khadeja? Myb junior u?

“Kha... de... ja?” Balas Rayn sepatah-sepatah.
Pearl angguk. Khadeja yang mana lagi? Khadeja pelajar jurusan seni juga. Cumanya, Khadeja berbeza pengkhususan dengan Rayn.
Deja budak senireka industri. Pelajar design pasti kenal dengan clique design. Pearl teleng sedikit. Rayn kelihatan berkerumut dahi, dan sekadar membisu. Gayanya seperti orang yang sedang berfikir.
“Deja. Khadeja Khalid? The forever happy-go-lucky girl tu, kan?”
Pearl angguk lagi. Iya, Rayn. Iya.
But how do you know her?
Dan Pearl tulis lagi…

My housemate.

Pearl toleh ke kanan. Lelaki itu sudah jegil mata sambil tergeleng-geleng pula. Apahal lagi, Rayn?
“Biar betul, Pearl. Ya Allah...” Rayn raup wajah sekali lagi. “Awak tahu tak, Kak Ann selalu lepak dengan Deja.” Rayn toleh laju ke arah kanan. Bahu kakaknya dicuit.
Hanani menoleh, dengan mulut yang masih mengunyah. Dengan kening yang terangkat, Hanani jawab ringkas... “Hurmm?”
“Deja?”
Hanani angguk. “Uhuh. Why?
Wajah Rayn masih kekal menghadap ke kanan, jari telunjuk sahaja menghala ke arah kiri. “Deja housemate dia.”
Seriously?!” Hanani dah tayang wajah tercengang juga. “Kecilnya dunia!” 
Pearl Ratna senyum berisi. Inilah rupa-rupanya crime partner Deja. Patutlah Deja selalu tak melekat dekat rumah. Mentor Deja, gaya serupa saja macam Deja. Full of rocket spirit.
“Jadi, Pearl...” Celah Rayn sambil tatap kembali ke arah Pearl Ratna. “Awak tak jawab satu soalan saya lagi. Macam mana awak nak balik ke CBD? Deja will fetch you?
Pearl geleng. Deja ada ke dekat rumah? Budak itu suka merayap 24 jam. Apatahlagi waktu cuti musim bunga macam ni. Cuti beginilah musim paling seronok untuk berjalan-jalan. Cuaca sedang elok, tak terlalu sejuk, belum terlalu panas. Sememangnya dia tak harap kepulangan dia kali ini akan bersambut. Silap-silap haribulan, Deja sudah pusing separuh bumi kanggaru. Tanpa fikirkan dia langsung.
Pearl catat ringkas di buku nota, masih beralaskan pembahagi ruang duduk antara mereka.

Skybus

Nope.” Reynolds Hanafi geleng laju. “No way. Balik dengan kitorang. We have a friend waiting at the airport. Tak payah naik bas transit tu.”
Pearl tayang senyum tawar. Oh my, lelaki ini bossy-nya! Dia baharu sahaja kenal dengan pasangan Reynolds ini. Dia segan nak berlebih-lebih berbalas budi. Tak mahulah.  
Rayn turut balas senyuman Pearl. Tapi dia masih tak tahu apa yang difikirkan si mutiara. Mahu atau tak mahu pulang ke CBD bersama dia dan Kak Ann? Tak menjawab pun si dia ini. Tak mengapa, mereka ada masa lagi.
Selepas itu, masing-masing seakan tiada topik lagi untuk dibicarakan. Mereka diam membisu. Minuman disudahkan dalam diam. Hanya sesekali mereka mengerling kosong dan berbalas senyum.
Setelah hampir setengah jam berlalu, Pearl masih membuang pandangan ke kiri.
Subhanallah...
Di luar sana, segenap langit masih gelap. Tapi ada satu garisan nipis mula muncul. Garis horizon halus yang sangat unik. Campuran kelam langit sisa malam dan merah jingga sang matahari yang malu-malu mahu menampakkan diri, dalam kelimut yang terhampar luas.
Inilah antara sebab Pearl gemar menempah tempat duduk di sisi tingkap. Dan sebolehnya pemandangan yang tidak terhalang dek sayap kapal terbang. Saujananya... masya-Allah.
Pearl tongkat dagu. Persoalannya sekarang, sudah selesaikah urusan orang di sebelah dia? Dia mahu toleh, tapi dia segan. Senyuman spontan terlarik di bibir sendiri. Senyuman perisa malu. Rencahnya, memori mereka sebentar tadi...
“Pearl, kita ni dah masuk waktu fajar Aussie.” Mendengarkan ayat itu dari bibir Rayn, Pearl tatap jam di tangan. Jarum jam sudah dilaraskan mengikut waktu tempatan di hujung destinasi. Yup, betul kata Rayn, waktunya sudah tiba. Tapi dia tak boleh nak jawab. Pipi sudah meruap suam. Macam mana nak beritahu? Ah! Geleng sahaja.
It’s your off day?
Soalan polos beserta senyuman nipis terbentuk di bibir lelaki itu menambahkan lagi rasa berpintal di hujung hati Pearl Ratna. Malunya dia! Diam. Buat masa itu, berdiam diri lebih baik.
Lelaki itu kemudian tergelak sambil geleng kepala. “I have a sister, Pearl. Don’t you think I get the idea?
Waktu itu, Pearl Ratna hanya mampu garu pipi. Tak gatal pun sebenarnya.
“Pearl, orang lelaki perlu sentiasa ada deria ke-enam.” Sambung Rayn lagi. “Especially around the woman he wants to hang out with. And likewise, for you ladies.”
Senyum, Pearl Ratna. Senyum. Senyum itu sedekah, dan senyum itu perisai terbaik, kata hati Pearl Ratna. Hampir saja nafas dia hilang sesaat dengan kenyit mata lelaki itu, sebelum si dia bingkas dari kerusi.
‘Around the woman he wants to hang out with.’
Dan ayat itu terus hang out dalam fikiran Pearl sehingga ke saat ini. 
“Assalamu’alaikum warah matullah...”
Bisikan itu ibarat izin untuk Pearl toleh ke kanan. Pandangan mereka bertaut. Sempat dia tilik wajah yang baharu mengucapkan syukur. Masih ada kesan basah wuduk di anak-anak rambut Rayn.
Suci.
Handsomely suci?
Boleh ke dia label macam tu? Tapi yang di hadapan mata dia sekarang ini adalah satu contoh terbaik untuk istilah itu. Ada rasa berlainan yang merebak dalam dada dia.
Dan terlintas di fikiran Pearl ayat terakhir yang dibisik ayah di telinga dia, sebelum ayah dan keluarganya berlepas tinggalkan dia keseorangan bersama pembantu rumah di rumah mereka. Dia tahu itu sebenarnya bukan ayat ayah. Ayah ungkap semula ayat Sri Sathia Sai Baba.
Pesan ayah, every experience is a lesson, every loss is a gain.
Pesanan itu juga yang ayah ulang dalam SMS terakhir yang dia terima daripada ayah lewat petang semalam, sewaktu dia pinta izin ayah untuk kembali ke Melbourne. Ayah satu-satunya orang yang tahu niat dia yang sebenar. 
Apa maksud ayah? Lessons? Loss? And gain? Hidup mesti diteruskan? Dia hilang yang seorang itu, dia ditemukan dengan yang ‘ini’? Begitukah literalnya, ayah? Hidup memang boleh diteruskan, ayah. Tapi bukan lagi untuk rasa sebegini!
This is not even the right time to feel this way, duhai hati! Tak wajar seawal ini. Tak logik kalau semudah sifir satu tambah satu sekali lagi. Tapi hati kalau sudah tercuit, memang payah. Logik akal dia pun sudah tak tahu yang mana satu waras, mana satu khayalan.
Hey, look. Cantiknya!”
Bisikan Reynolds Hanafi membawa Pearl Ratna kembali ke detik sebenar. Dan, bila masa lelaki ini menyendeng ke sisi kanan dia? Reynolds Hanafi sudah senget bahu kiri, turut mahu menjengah ke arah luar jendela.
Man, I need my private bubble! Pearl mengengsot perlahan ke arah dinding pesawat. Tangan kiri kembali menongkat dagu. Pandangan dihala ke arah fokus yang sama dengan lelaki di sisinya. Dalam hati dia ikut mengulang ayat memuji Sang Pencipta. Sama seperti ayat yang terbisik rapat dari arah bahu kanan dia.
“Cuba bayangkan pemandangan cantik ni di atas kanvas.” Terbisik kasar di bibir Pearl. Sememangnya itu yang terlintas di minda dia saat ini. Dia terbatuk sedikit.
Shhh. But yes... that horizontal line. Macam mana warna hitam tu nampak mati selari macam tu?”
“Rata, kan?” Dan dia batuk lagi.
Shhh. Don’t talk.” Bisikan masih bersahut bisikan. “And it makes you wonder, betulkah bumi itu bulat?”
But it’s one uplifting scenery…” Pearl menahan diri untuk bercakap lagi. Tapi dia akui hitam kelam itu tetap ada semangatnya yang tersendiri. 
“Tanpa kelam hitam langit tu, cahaya terang yang nak timbul tu tak akan jadi istimewa macam ni.”
“Uhumm.” Pearl Ratna angguk kecil. Lelaki ini ibarat boleh baca apa yang dia fikir. Sekarang dia mahu dengarkan apa lagi ekspresi lelaki ini. Ada lagi ke?
And those blue hues, merging with those sunny tint, masya-Allah.”
Pearl senyum. Setuju. Dia sekadar angguk lagi.
“Dekat bumi, kita tak nampak ini semua. Hanya untuk yang bertuah,” sambung Rayn.
“Yang bertuah...” bisik Pearl Ratna.
“Alhamdulillah.”
Pearl teleng kepala, sambil menongkat dagu. Dia lirik sedikit ke kanan. Rayn, they say great minds think alike, though fools seldom differ. But this time I am a fool, Rayn.
Tapi sesaat kemudian, pandangan Rayn beralih, betul-betul menghadap dia. Pandangan mereka lekap.  
Suasana jadi hening.
Sunyi.
Cepat-cepat Pearl berpaling.
Dan selepas itu agak lama masing-masing diam mengamati keindahan alam di julang ketinggian luar biasa. Sehingga cahaya matahari terbit tanpa silu lagi.
Tiba-tiba…
“Pearl, awak nak ke?”
“Nak apa?” Bisik Pearl Ratna, tanpa menoleh. Kali ini tubuh dia tak sanggup nak berganjak. Tapi Rayn ini... dia masih tak faham. Mahukan apa?
I can paint one.
Pearl toleh ke kanan. “You? Painting? You want to paint this?” Bisik Pearl lagi. Dan dia terbatuk kecil.
Pearl Ratna pejam mata. Ya Allah, sudah tentulah! What were you thinking! Lelaki ini pembuat arca. Fundamentalnya, tetap seni lukis. Lukisan macam makanan ruji untuk orang-orang artistik macam si dia ini. Tak faham lagi?
Dan apabila dia buka mata dan menoleh, Rayn masih tersenyum sambil mengangguk. 
Now...” Lelaki itu hulurkan iPhone. “Tolong saya snap. Nak jadikan rujukan. Lukisan tu siap nanti, saya cari awak.”

Praktikalnya, Pearl akur. Tetapi di dalam hati, dia menolak idea itu sepenuhnya. Kalau selepas ini Rayn mahu cari dia hanya kerana sebuah lukisan, tak perlu!

__________________________


Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 

https://www.facebook.com/shirod.shukri

No comments:

Post a Comment