Saturday, 30 December 2017

PEARL 07

BATUK. Batuk. Dan dia batuk lagi. Kenapa dengan dia ni? Banyak sangat ketawa waktu berbual dengan Rayn tadi agaknya? Atau, kerana perubahan cuaca? Daripada panas terik di Malaysia kepada sejuk berangin di sini. Atau kerana musim bunga?
Pearl, I think you should take your meds. Teruk sangat batuk awak tu. Tak boleh nak tunggu sampai kita dekat rumah kalau macam ni.” Semenjak mereka tinggalkan pesawat tadi Rayn sudah dengar Pearl Ratna batuk tanpa henti.
Saat mereka menunggu di ruang mengambil bagasi ini, bertambah kerap batuk itu kedengaran. Sehingga merah-merah muka wanita itu. Mahu tunggu apa lagi?
Hanani pula lekap tapak tangan di belakang tubuh Pearl. “And, you are wheezing, dear. I can hear it very clearly.” Tapak tangan Hanani mula menggosok belakang tubuh Pearl Ratna.
Pearl sekadar membisu. Dia pandang wajah Rayn, dan pandang pula wajah Hanani.
Bingung. Sebenarnya, dia sudah mula rasa rimas. Bukan rimas dengan dua beradik Reynolds ini, tapi pada dirinya sendiri.
Dada dia terasa sesak. Ditambah dengan rasa gatal tekak. Hidung dia pun sudah mula mengada-ngada. Merenyam sana sini. Mata dia, tak perlu dia cakap. Terasa kering, gatal, dan minta digaru-garu.
Wahai alergi dan asthma, waktu beginilah kamu nak datang. Nanti-nanti tak boleh ke, getus hati Pearl.
“Beg awak yang mana satu, Pearl?” Mata Rayn mengekori deretan bagasi pelbagai jenis yang lalu di hadapan mereka. “Beg warna apa?”
“Beg?” Pearl gagau kiri kanan. Dia mencari warna yang ingin dipadan dengan ayat di minda. “Hmm.”  Jari telunjuk di tala ke satu logo. Tepat pada logo beg messenger Manhattan Portage yang terselempang di tubuh Rayn.
“Okay.” Sekarang Rayn faham kenapa aksesori wanita ini hampir semua dalam tona warna yang sama. Miss Little Red Riding Hood, rupa-rupanya.
Kemudian Rayn tatap kembali wajah yang kelihatan tidak selesa itu. Dan dia toleh ke arah Kak Ann.
“Kak Ann, go on. You duduk dulu dengan Pearl. I’ll grab our bags.”
You mean ‘allll’ bags?” Hanani senyum menyindir. Mana pernah Rayn mahu ambilkan bagasi dia.
Yes, all bags. Mine, yours and hers.” Rayn geleng tak percaya dalam tersenyum sendiri. Apa yang dia buat ini? Dia biarkan sahaja kedua-dua wanita itu akur, melangkah ke deretan kerusi berhampiran.
Sepuluh minit kemudian Rayn kembali, bersama troli sarat dengan tiga buah beg besar. Salah satu daripadanya, beg Pearl Ratna.
“Pearl, kenapa beg awak ringan sangat?” Rayn angkat sebuah bagasi petak. “Tak bawa apa-apa balik ke sini ke?” Hairan sungguh. Beza berat beg dia dan beg Pearl ibarat antara batu-bata dan kapas.
Pearl geleng sambil menatap wajah Rayn yang penuh dengan riak tanda tanya.
Rayn garu tengkuk. “Emm, okay. Come on, girls. Let’s head to the lobby.
Rasa pelik dalam fikiran Rayn masih belum surut. Banyak sungguh persoalan yang dia mahukan jawapan, tetapi dia sengaja hentikan suasana bisu janggal apabila Pearl kekal tak menjawab. Salahkah dia tanya soalan macam tu?
“Jay dah mesej. Dia sampai lambat sikit. Dia terlambat bangun. Dia kata, dia terus tunggu kita kat arrival bay.” Terang Rayn laju sambil menolak troli. Selepas beberapa langkah, Rayn berhenti dan kembali menoleh ke belakang. Pearl Ratna tak berganjak. “Balik dengan kita orang?”
Pearl pandang Rayn. Balik dengan awak? Dia belum beri kata putus sama ada mahu pulang bersama dua beradik ini, atau menggunakan khidmat Skybus bukan?
“Ada tempat duduk kosong, jomlah! Duduk belakang dengan Kak Ann ya?”
Kemudian, Pearl pandang Hanani. Duduk belakang ya, Kak Ann? Aduhai, bingungnya dia.
We will send you right at your doorstep.” Jelas Rayn lagi.
Pearl Ratna serba salah. Kenapa dia tak tahu nak jawab apa? Keadaan dia memang sudah cukup syarat untuk menurut sahaja. Mengantuk? Yes. Sejuk? Sudah terasa di tulang-temulang, walau cuaca sejuk tidaklah senegatif mana. Tapi, tak bermakna dia perlu balik bersama mereka ini bukan?
“Awak dah penat, Pearl. You couldn’t even think on your own.
Gesaan Rayn itu menamatkan soalan monolog Pearl. Rayn turut berikan satu anggukan kepadanya. Langsung Pearl tak mahu membantah. Sudah terlalu tepu akal dia untuk berfikir panjang.
Di lobi balai ketibaan, Pearl terus duduk di salah sebuah kerusi. Beg galas dibuka. Dia cari satu lagi set beg ziplog. Sebotol Avian yang baharu dibeli sebentar tadi turut dikeluarkan.
Powder inhaler dalam bekas bulat diputar, dirapat ke bibir dan nafas disedut sedalam mungkin. Air mineral langsung diteguk perlahan-lahan, melarut sisa serbuk di dalam mulut. Pil-pil ubat menghalau alergi, ditelan juga.
Ubat-ubat ini semua bakal membuatkan dia ingin mencari bantal. Itu sebab utama dia sengaja buat keputusan untuk makan ubat setelah tiba di apartmen nanti, bukan sekarang. Tapi nampak gayanya dia dah tak boleh tanggung semua ini lagi.
You asthmatic?” Tanya Hanani.
Pearl angguk, bibir dia turut tersenyum kelat. “Penyakit warisan.” Bisik Pearl perlahan. Mama ada asthma. Dia ada juga.
Oh my, my… and it’s spring.” Terdengar keluhan di bibir Hanani.
Hanani faham nasib seorang pesakit lelah apabila tiba musim bunga. Musim ini musim yang merengsakan buat mereka yang alah kepada debunga. “Pollen and allergies just don’t mix.”
Pearl angguk setuju dan terus menunduk. Lengannya bertongkat di lutut. Tapak tangan dijadikan penahan kepala. Tanpa dapat ditahan, batukan kecil mula berangkai keluar daripada kerongkong. Pearl tertoleh ke kiri saat terasa satu tangan lembut menepuk-nepuk belakang badan.
Bibirnya hanya mampu mengungkap senyap, thanks, sis.
Hanani angguk. Tepukan kosong chest percussion di belakang badan begini boleh bantu longgarkan rasa sempit di dalam dada Pearl. Dia belajar melalui pengalaman bersama rakan sebilik zaman universiti dahulu, si asthmatic juga.
Batuk yang kedengaran di bibir Pearl ibarat seruan untuk Rayn datang merapat. Melihat Pearl menunduk, Rayn turun melutut di lantai. Sebelah tangan direhatkan di sisi peha Kak Ann. Rayn jengah sedikit menatap wajah Pearl Ratna.
Are you okay?” Si mutiara yang ditanya senyap sahaja.
She’s asthmatic. I think she’s pollen sensitive. Kita duduk dekat open bay ni, Rayn.”
Rayn mendongak menatap kakaknya. “Nak duduk dekat dalam semula?”
Pearl geleng laju. Tak perlulah, Rayn.
“Nak pergi hospital ke, Pearl? You nak proper nebuliser?” Rayn kekal menantikan jawapan Pearl.
Pearl geleng lagi. Buat masa ini cukup dengan inhaler yang dia ada dan ubat-ubat ini sahaja. Sikap prihatin memang sebati dalam keturunan Reynolds ini agaknya, fikir Pearl. Baik yang lelaki, mahupun yang wanita, terserlah sikap empati walaupun mereka baharu berkenalan. 
Jay will be here soon.” Kata Rayn sambil menatap telefon. “Kalau kita perlu singgah mana-mana klinik atau E.R., do inform us, okay Pearl?”
Wanita itu mengangguk perlahan. Rayn toleh pula ke arah kakaknya. “Macam mana, Kak Ann? Do you remember, Angie?” 
Hanani angguk, tapi dia letak jari telunjuk di bibir. Bisinglah Rayn ni.
Rayn ketap bibir. Dia masih ingat. Dahulu, Kak Ann pernah cerita teman sebilik kakaknya di universiti itu pernah masuk wad hanya kerana semput. Spasm, katanya. Dia tak boleh nak bayangkan spasm itu bagaimana. Tapi dia tak mahu Pearl Ratna jadi macam kawan Kak Ann.
We’ll see how it goes, ya?” Sahut Hanani. Berbalas dengan anggukan Pearl Ratna.


PEMANDU HONDA-CRV menjengah di cermin pandang belakang. “How is she?” Jordan Ghazi sudah berkenalan dengan wanita di tempat duduk di belakangnya.
Rayn turut sama menoleh. “She’s asleep. She took her medicine right after we landed.” Faham-fahamlah Jay, kesan makan ubat batuk itu macam mana.
But she’s wheezing, Rayn.” Bisik Hanani. “That’s not a good sign, right?” Hanani lekap tapak tangan perlahan-lahan di dahi Pearl. Beralih sedikit kedudukan Pearl. “Tak panas. Thank God!
We can bring her to my family’s clinic.” Cadang Jordan Ghazi.
Rayn toleh ke kanan. Jejaka arab berasal daripada Dubai ini memang mewah. Tak hairan kalau Jay ada khidmat klinik keluarga sendiri di bandaraya Melbourne ini. Dia dan Kak Ann sekadar dapatkan khidmat di farmasi sahaja kalau mereka jatuh sakit. Tapi semewah-mewah Jay, sahabat dia ini tetap dengan kereta lama yang mereka naiki ini juga.
Rayn jengah semula ke arah belakang “Boleh ke Kak Ann?”
Hanani angguk, tapi laju jari telunjuk diletak rapat di bibir. “Guys, sshhh!” Di sisi Hanani, Pearl mula bergerak. Mungkin terganggu dengan perbualan mereka.
Let’s head straight to my doctor.
Jawapan muktamad Jay melegakan hati Rayn. “Thanks, mate.” Rayn tepuk bahu kiri Jay.
No worries.” Stereng berputar, berlawanan arah. Kereta Honda itu membelok ke arah lain, bertentangan dengan laluan ke Swanston Street. Kini menghala ke High Street.
     
     
PEARL RATNA buntang mata.
Why?” Suara parau dia yang keluar. Ya Allah, ketiga-tiga insan ini dengar suara orang dikejut daripada tidur. Pearl berdehem sedikit.
Tapi kenapa mereka di sini? Di depan klinik ini? Pearl mula laras fokus mata. Dia cuba membaca papan tanda di hadapan bangunan itu.
McFarlane Clinic! Dan tulisan yang lebih kecil pula dibaca. Alamat tertulis menyatakan lokasi mereka kini di High Street. Bukan di La Trobe Street mahupun Swanston Street.
Why are we here?” Bisikan sudah bertukar parau, kini tidak dihiraukan, sambil dia pandang sekeliling. Rumah Jordan Ghazi di sekitar kawasan inikah? Tapi yang ada di sini cuma deretan kedai? Di mana rumahnya?
“Bunyi wheezing Pearl makin teruk. Ngeri Kak Ann dengar. Kita orang takut melarat. Jay cadang kita check Pearl kat sini.”
Hanani tiba-tiba tepuk dahi. “Gosh! Sorry Jay.” Dia sentuh bahu kanan Jordan melalui ruang antara celah kusyen. Terlupa sesaat ada bangsa lain yang tak mengerti sepatah pun bahasa ibunda mereka. Dia sebut nama Jay pula tu! Lelaki ini boleh salah anggap. “I was telling her why we are here.” 
It’s okay, mate.” Kata Jordan. “I can sense if it’s something bad that you said, which I  assumed not, right?
Hanani dan Jordan ketawa pendek.
Pearl, let’s meet the doctor.” Rayn selesaikan kebingungan yang mereka cetuskan. Dia nampak Pearl semakin resah. Cepatlah Kak Ann! Bawa Pearl masuk ke klinik itu dahulu.
Pearl renung sisi belakang tubuh Jay yang masih memegang stereng. Lelaki itu sedang sibuk menoleh ke kiri dan kanan jalan. Masih mencari parkir agaknya. Pandangannya beralih pula ke cermin pandang belakang. Dia berharap Jay turut melihat ke arah yang sama.
Saat pandangan mereka bertaut…“It’s ok, Pearl. Don’t feel guilty. We’ll get you your nebulisor, and then we’ll send you home. Any extra charges, it will be on my family account. No worries.” Pujuk Jordan Ghazi lagi.
Pearl berdecit. Bukannya dia risaukan caj bayaran rawatan. Dia ada kad insurans. Semua caj rawatan boleh dituntut ke situ.
Belakang Reynolds Hanafi pula dipandang. Seperti dipanggil-panggil, lelaki itu turut menoleh. Hanya satu pandangan redup beserta senyuman yang dia terima. Mata yang berkedip, memberi satu persetujuan bisu antara mereka. Ibarat lelaki itu sedang berkata, semuanya akan baik-baik sahaja.
Baik apanya! Dia sudah susahkan tiga orang sahabat ini!
Rayn pusingkan tubuh, menghadap penuh kepada kakaknya.
Kak Ann, could you help her register? Jay and I, we’ll go around the block to park. Nanti kita jumpa dekat klinik ya? Tak ada parking ni.”
Hanani angguk. Nama pun High Street Armadale. Ini jalan lubuk membeli dan blah. Kereta parkir berderet di sepanjang jalan. Daripada butik fesyen, kafe dan restoran, sehingga ke galeri seni, semua ada sepanjang jalan ini. Betul juga cadangan adik dia. Nak tunggu lot parkir kosong di tepi jalan High Street, pasti memakan masa. Jangan haraplah boleh dapat sekali petik jari.
“Jom, Pearl.” Kemudian Hanani menggeleng melihatkan tindak tanduk Pearl. “No, dear. You bawa kad pelajar dengan kad insurans saja. Beg tu tak payah bawa. Kalau perlu, nanti awak bawakan, ok Rayn?”
Reynolds Hanafi angguk. “Pergilah dulu, Pearl.” Sempat dia berlaga mata dengan Kak Ann. Kak Ann mungkin mengerti apa yang dia cuba sampaikan. Lihat saja betapa bingungnya Pearl saat ini. Nasib baik mereka ada bersama-sama Pearl hari ini. Kalau tidak?
“Nanti saya bawa bag pack awak tu, Pearl.”
Pearl masih geledah beg galas untuk dapatkan si kecil Cath Kidston. Dan dia terus menurut langkah Hanani yang setia berdiri, sedang nantikan dia di sisi luar kereta.
Ann, don’t forget to mention my name. Tell them we are related.” Pesan Jordan sebelum memandu CR-V pergi.  


__________________________


Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 


https://www.facebook.com/shirod.shukri

No comments:

Post a Comment