Minggu
pertama Oktober 2013…
PANGGILAN terakhir untuk penumpang MH147 ke
Melbourne, Australia di Pintu C36. Kami meminta penumpang di tempat duduk 21
sehingga 40 terlebih dahulu, untuk beratur dan menaiki kapal terbang.”
Mendengarkan pengumuman itu, seorang
penumpang wanita menyelit penanda buku magnetik di muka surat 68, langsung
menutup novel yang dibaca sedari tadi. Kemudian beg Dueter hitam disandang
kemas di bahu kiri. Dia mula melangkah ke pintu perlepasan.
Di satu sudut yang lain, seorang lelaki
turut terdengar pengumuman yang sama. Dia bangkit daripada kerusi dan berhenti
seketika di hadapan sebuah tong sampah. Sempat lelaki itu menghabiskan baki
kopi di dalam cawan kertas di tangan. Cawan kertas kosong dicampak melewati
mulut tong sampah dan dia berjalan beriringan dengan seseorang. Mereka menuju
terus ke pintu C36.
Di pintu masuk pesawat...
Wanita tadi meneliti pas perlepasan di
tangan. 34A. Dia turut sama beratur. Passport dan pas diserahkan untuk
pemeriksaan.
“Lorong kanan, cik,” maklum sang
pramugari.
Sempat wanita itu berbalas senyum tanda
terima kasih. Langkah kembali diatur senyap melalui lorong di sebelah kanan,
menuju ke kerusi bernombor 34A. Lirikan matanya mendahului langkah. Satu
persatu nombor di deretan ruang bagasi diteliti.
29...
30...
31...
Arrgggh! Dari jauh dia sudah nampak...
Tujuh jam tanpa privasi!
Hakcipta terpelihara. © Shirod Shukri. 2017
--------
PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari.
462 mukasurat
Terbitan minggu ke-2 Januari.
462 mukasurat
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku.
Whatsapp +6014 620 6290
Atau pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini:
https://www.facebook.com/shirod.shukri
No comments:
Post a Comment