Saturday, 30 December 2017

PEARL 01

PENUMPANG 34c mendongak, sambil teleng ke tempat duduk di sisi tingkap, beserta ekspresi kedua keningnya yang turut sama terangkat.
Satu persoalan senyap antara mereka, tempat awak?
Dan penumpang 34A balas dengan satu anggukan.
Penumpang 34C berdiri untuk memberi laluan wanita itu menyusup.
Kedengaran bunyi laga tali pinggang keselamatan diketap kemas. Mereka membetulkan letak duduk, dan bersandar tenang. Masing-masing masih memilih untuk membisu. Hanya bola mata berlari ke sana ke mari memerhatikan kesibukan penumpang lain mengambil tempat duduk.
Seketika kemudian wanita 34A membongkar beg sandang. Novel yang terhenti bacaannya sebentar tadi dikeluarkan, bersama sebuah lagi buku nota kecil dan sebatang pen dakwat basah hitam. Kemudian beg sandang diselit di bawah kerusi, di hujung kaki. iPhone diletakkan dalam mod penerbangan. Pandangannya mula dibuang jauh ke luar jendela.
Sunyi lagi.
Dua puluh minit selepas kapal terbang menginjak daripada landasan...
“Anda boleh menggunakan semula sebarang peralatan elektronik.” Pesanan daripada ketua pramugara mula kedengaran.
Tanpa berlengah, wanita di tempat duduk 34A mencapai iPhone di atas riba. Ikon senarai album lagu disentuh. Fon telinga putih yang tersadai di bahu kembali disumbat ke lubang telinga, di sebalik shawl. Majalah Going Places edisi terkini di poket tempat duduk hadapan dicapai. Setiap mukasurat mula ditelaah. Begitulah sehingga hampir lima belas minit berlalu.
Dan masih sunyi.
Penumpang 34C terasa ingin memulakan bicara dengan wanita di sisinya tetapi rancangan itu hanya tinggal rancangan apabila melihat wanita itu memilih untuk ‘memekakkan’ telinga.
Si dia ini mahukan privasi nampaknya, tebak hati si penumpang 34C. Dia jengah pula penumpang 34D, di seberang laluan. Lelaki itu dicuit.
Bro, kita tukar tempat duduk?”
“Sekarang?” Balas si pemilik kerusi 34D.
“I dah mengantuk sangat, dah tak boleh tahan. Please...”
“Betul tak apa I bagitahu semalam-”
Syyy. Kita tukar aje, please.
Dan terlepas keluhan di mulut penumpang 34D. Tali keselamatan yang melilit di pinggang dibuka.
“Sebelum tu, I nak ke sana dulu,” Penumpang 34D tuding jari ke arah ruang antara dua kabin. “Lepas tu kita tukar.” Dan dia bangkit melangkah ke arah bahagian hadapan pesawat.
Penumpang 34C turut mengekori.
Di ruang terbuka di hadapan tandas, sambil mereka menunggu giliran...
“Nampak macam sombonglah dia tu. Tak payah nak test market.” Bibir tercebir spontan. “Dia tak berbunyi langsung sejak tadi, bisu kot.”
“Ish! Mana boleh kata orang tu bisu, selagi kita belum tahu dia betul-betul bisu atau tak?” Bahu dijungkit sekali. “Kita mana tahu, mungkin dia segan kot. And, when did I mention about any market testing?” Dia menggeleng laju.
“You jangan bohong akak. Akak nampak mata you fokus dekat mana waktu dia nak duduk tu. Eagle’s eyes! Pantang!” Si kakak tuding jari. “Dengan senyum-senyum senget you sekarang ni pun akak dah tahu apa maknanya. Akak ni pun dia tak tegur, apa lagi guys.” Muslimah bukan? Haruslah. Dan mungkin saja si dia itu sudah pandang enteng pada mereka berdua.
“Hmm.” Si adik kemam bibir. Kakak dia memang kenal sangat apa yang dia suka, apa yang dia minat. Sekilas ikan di laut, kakak dia boleh tebak semua. Jangan kata jantan betina, jenis ikan sekali! “Urm, give me some time. I think by the time we reach Tullamarine, nombor telefon dia, dekat mana dia tinggal…” Tak perlu dia sudahkan ayat. Cukup sekadar poket kemeja putih di dada ditepuk laju.
“Baiklah. Silakan. Dipersilakan, brother.” Si kakak peluk tubuh dan tersenyum bangga. “I’ll owe you Max Brenner nibbles kalau, ka-lau... kalau impian you tu betul-betul jadi kenyataan.” Rasanya dia akan menang tanpa bertanding. Wanita 34A itu nampak sombong!
Sepuluh minit kemudian...
Penumpang 34A hanya menelan liur, buat-buat tidak tahu, tapi sebenarnya memang detak jantung dia sangat terusik. Kenapa bertukar penumpang pula? Sedang elok tadi dia bertemankan penumpang sama jantina. Sekarang?
Bacaan Going Places diteruskan tapi ternyata mata dia asyik nak melirik ke wajah baharu di sisi kanan. Dan dia juga perasan lelaki itu asyik menoleh ke arahnya, seperti mahu bertanya sesuatu.
Mungkin dia perlu lempar senyuman sekilas, dan kemudian abaikan sahaja kehadiran si dia di sisinya ini. Ah! Daripada mereka asyik bersambung melirik, lebih baik dia toleh habis. Okay, nak tengok, mari kita tengok betul-betul. Dan ternyata si dia yang ditatap sedang senyum membalas tatapannya.
Ya Allah! Serabainya rambut! Itu pendapat pertama penumpang 34A terhadap lelaki itu. Tapi… hmm, bolehlah. Sesuailah messy haircut itu dengan bentuk wajah yang jelas nyata tulang rahang. Dengan gaya ringkas berkemeja-T warna lusuh, kemudian bersarung pula kemeja putih linen dan sepasang seluar kargo, serta merta akal dia nak menilai. Lelaki ini backpacker ke?
Si dia ini seiras dengan wajah penumpang asal. Siblings? Mungkin. Cuma wanita tadi nampak jelas aura Melayu-nya. Yang ini lebih banyak gen orang barat. Dan satu lagi, lebatnya kening! Masya-Allah! 
Sesaat kemudian, apabila lelaki itu berbual, tertayang pula taring berlapis di sudut kiri antara sederet gigi yang putih.
Eh, dia berbual? Bercakap! Bercakap dengan... chup!
Lima jari kanan dikumpul dan diangkat selaras mata. Jari kiri laju menarik fon telinga di bawah helaian lilitan selendang. Kening diangkat sedikit. Soalan senyap sekali lagi, apa dia?
“Oh! You pakai earphones.” Patutlah dia berbual macam tiada reaksi balas, getus lelaki itu di dalam hati. “Ermm, tadi saya cakap sorry. Kakak I tu mengantuk sangat, dia nak tukar tempat duduk. Tempat saya tu sederet kosong,” Jari telunjuk dihala ke kanan. “She can sleep tight on those seats.” Dan punah juga harapan dia hendak berlunjur kaki sepanjang tujuh jam penerbangan ini.
Kemudian lelaki itu menatap wajah [w2] penumpang di sisinya yang masih terkebil-kebil. Wanita itu sekadar membalas dengan anggukan kecil dan amboi… amboi! Buat kesekian kalinya si dia kembali menatap Going Places. Telinga itu turut bersumbat semula. Sombongnya! Atau memang betul tekaan Kak Ann? Akhirnya, dia turut berdiam diri.
Hakikatnya, wanita itu mula ribut sendiri semenjak dia dengar lelaki itu boleh berbahasa Melayu! Oh no! Ubah fakta. Ini bukan sembarangan lelaki.
Caucasian!
+ Bahasa Melayu!
+ Loghat Aussie!
Dan akal dia gagal selesaikan congak semudah itu.
Saat ini, hanya Tuhan yang tahu betapa cukup sukar untuk dia kawal riak wajah!
Seketika kemudian, aroma makanan merebak di segenap ruang.
Lelaki 34C mula perasan akan sesuatu. Wanita di tepi tingkap mula gelisah. Kenapa? Nak ke tandas ya? Ha! Tadi berlagak sombong sangat. Bukankah sekarang susah nak minta izin dia? Dia bersiap sedia sambil menggenggam kepala tali pinggang keledar.
Penumpang 34A lepas dan kejap semula kedua-dua tapak tangan. Bagaimana ya? Boleh ke? Sebentar nanti tiba waktu makan, dia perlu buat sesuatu. Lebih payah kalau dia nak berbicara bisu dengan si pramugara melangkau lelaki ini. Tak salahkan kalau dia maklumkan si dia ini terlebih dahulu?
Going Places diselit kembali di poket tempat duduk. Buku nota dibuka. Dia mula tulis sesuatu dengan laju di atas satu helaian kosong. Kemudian dia unjuk buku nota kepada lelaki di sisinya.

I have to tell you something.

Dahi lelaki itu mula berlapik. “Saya?” Jari telunjuk dihala ke dada sendiri. Peliknya, tebak si lelaki dalam hati. Aduhai sayangnya! Wajah cukup molek, tapi… Kak Ann, you were right! “Awak nak minta tolong apa?”
Wanita itu mencoret lagi. Buku nota kecil tertayang cukup untuk jarak bacaan si lelaki. Apa yang tertulis kini terluah satu persatu di bibir lelaki itu...
“Sakit-tekak. Tak-boleh-cakap-banyak.” Lelaki itu tongkat wajah.  “Oh?” Nota; Kak Ann, dia tak bisu.
Kedengaran batuk suara parau menjawab pandangan curiga si lelaki.
“Maaf.” Lelaki itu menggeleng ringan. “To be frank with you, tadi saya ingatkan awak bisu.” Ya Allah, hati dia ini, Ya Allah. Tolong jauhkan dia daripada hati yang berat sebelah macam ni. Berdosa tak hati dia double standard?
“Kenapa? Macam mana boleh jadi macam ni?” Dan persoalan lelaki itu berbalas dengan tulisan. Dia turutkan lagi apa yang ditulis wanita itu. “Throat... infection. Oh...
Wanita itu terdongak sesaat sebaik mendengarkan bisikan terjemahan tulisannya oleh lelaki itu, dan kembali menulis.

Sekejap lagi diorang hidang makanan. 
I’ll pass a writen message to the stewardess.
I am sorry if that will disturb you.

Kemudian, wanita itu menghulurkan buku nota, walaupun dia tahu lelaki yang asyik menjengah sepanjang dia menulis itu sudah pasti selesai membaca semua tulisan. 
“Oh.” Sejujurnya, lelaki itu tak boleh nak fikirkan ayat lain yang lebih sesuai. Takdir apakah yang bakal terbentang untuk dia hari ini?
     
U okay with it?
Sorry

Lelaki itu menggeleng laju. “No. No. No. No. No... no worries. Tak perlu minta maaf. Tak perlu.” Ah, sudah kenapa dia tiba-tiba cakap berulang-ulang macam ni? Ditatapnya wajah wanita itu kembali. “You know what? Let me talk to the stewardess on your behalf.”
Wanita itu sudah tergantung kening.
Yes.” Lelaki itu mengangguk yakin. “Just tell me what are the do’s and don’ts. Should and shouldn’t.
Dan kali ini si lelaki hanya memerhatikan jemari yang mula bergerak.

Boleh makan yang lembut2 sahaja. Nasi X

Tanda pangkah yang diconteng wanita itu agak besar. Membuatkan si lelaki tersenyum lebar.  “Nasi tak boleh?”
Wanita itu menggeleng, sambil badan disandar sedikit pada dinding pesawat. Jemari kanannya mendakap leher.
“Sakit sangat ya?”
Wanita itu angguk. “Hurmmm…”

Dah 4 hari. Terlebih makan manis

Terletus gelak kecil di mulut si lelaki. Macam simptom kanak-kanak pula. Dan saat dia angkat wajah… “Hah! Boleh pun senyum.” Dan sememangnya sebuah senyuman amat mudah untuk berjangkit. “Daripada tadi saya tengok muka tu ketat aje. Saya nak tegur pun, jadi tak jadi.”
Wanita itu terlepas tawa bisu. Lelaki ini! Mana ada ayat ‘jadi tak jadi’. 
Your name?”
Genggaman pen di jemari wanita itu bergerak lagi...

Pearl

Really?” Mata yang masih menatap wajah wanita itu, sudah berubah. Bertambah buntang. “Pearl, maksudnya… Pearl? Errr, Pearl, yang… what is pearl in Malay?” Ah! Dia gagap lagi!
Pearl Ratna angguk perlahan.
“Waaah.”







Hakcipta terpelihara. ©  Shirod Shukri. 2017


PRE-ORDER NOVEL PEARL!
Terbitan minggu ke-2 Januari. 
462 mukasurat 
Bulky paper
Belian online sahaja, tidak dijual di kedai buku. 





Whatsapp +6014 620 6290
Atau 
pm inbox Facebook Shirod Shukri di link ini: 
https://www.facebook.com/shirod.shukri

No comments:

Post a Comment